Featured By: tex_admin December 18, 2019 @ 4:24pm

3 tip untuk berjaya sebagai seorang jurusolek

Oleh Amnan Hibrahim

Kerjaya jurusolek bukan antara pekerjaan yang diidam-idamkan atau disebut-sebut oleh kanak-kanak apabila ditanya mengenai cita-cita mereka sewaktu di sekolah.

Selain sering dikaitkan dengan pekerjaan yang dimonopoli lelaki lembut, kerja merias wajah juga dilihat tidak mempunyai masa depan yang cerah, apatah lagi kerja itu juga sering dianggap hanya dilakukan sebagai hobi dan bertujuan untuk suka-suka sahaja.

Namun begitu, seiring dengan perkembangan pemikiran dan juga kesedaran fesyen yang semakin maju, perkataan profesional kini sudah mula dipadankan dengan kerjaya jurusolek. Kini, ramai jurusolek profesional yang muncul khususnya dalam industri hiburan yang dikenali sebagai Make Up Artist ataupun nama singkatannya MUA.

Bukan sahaja artis, malahan pelajar yang mahu menghadiri majlis konvokesyen dan juga sebarang acara rasmi juga sudah mula menggunakan khidmat jurusolek bagi memastikan penampilan mereka pada hari istimewa tampak anggun menawan.

Presiden Persatuan Jurusolek Bumiputera Malaysia (MBMUAA), Rosnawati Salleh, berkata permintaan terhadap perkhidmatan jurusolek kebelakangan ini menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan.

Presiden Persatuan Jurusolek Bumiputera Malaysia (MBMUAA), Rosnawati Salleh. NSTP/ MOHD YUSNI ARIFFIN

Beliau berkata, peningkatan itu dapat dilihat berdasarkan pendapatan yang diperoleh seseorang jurusolek dalam sebulan sama ada hasil daripada khidmat merias mahupun menjual barangan kosmetik.

“Seseorang itu boleh memperoleh pendapatan yang lumayan jika mereka bijak untuk menguruskan perniagaan yang ditawarkan termasuk memasarkan perkhidmatan mereka.

“Sebagai contoh, seseorang jurusolek boleh menjana pendapatan sebanyak RM30,000 dengan hasil modal yang hanya memerlukan sekitar RM3,000,” katanya ketika ditemui pada Pertandingan Solekan Piala Jemari Emas yang dianjurkan bersempena dengan Gaya Fest 2019, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, berdasarkan pengalamannya, ramai jurusolek tidak menguruskan perkhidmatan mereka dengan cara yang betul, sekali gus menjejaskan potensi mereka untuk lebih berjaya dalam bidang yang diceburi.

Beliau yang juga pengasas syarikat BeautyGest Sdn Bhd merangkap penyelia bagi program latihan perniagaan gaya hidup, Beauty in Business (BISS) anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkata, jurusolek perlu mengikuti beberapa langkah bagi memastikan kerjaya mereka dapat berkembang ke arah yang lebih baik.

1. Tetapkan harga perkhidmatan dengan betul

Jursolek perlu tahu cara untuk menetapkan harga mengikut perkhidmatan yang mereka berikan kepada pelanggan. Gambar hiasan/NSTP/EMAIL

Rosnawati berkata, beliau mendapati ada jurusolek yang memberikan harga bagi setiap perkhidmatan tanpa mengambil kira keuntungan.

“Walaupun menawarkan harga yang mahal, mereka tidak tahu berapa banyak keuntungan yang diperoleh hasil daripada bayaran yang mereka dapat. Adakalanya mereka tidak tahu sama ada untung ataupun tidak.

“Misalnya, bagi setiap perkhidmatan mereka letak harga RM300 tanpa menilai khidmat yang diberikan sedangkan harga bagi sesuatu solekan berlainan mengikut jenis solekan dan jarak perjalanan yang dilalui,” katanya.

Beliau menasihatkan supaya jurusolek yang mula berkecimpung dalam bidang berkenaan untuk menetapkan harga yang bersesuaian supaya wang yang diperoleh berbaloi dengan komitmen yang diberikan.

Perkara pertama yang perlu dilakukan dalam menetapkan harga bagi setiap perkhidmatan adalah dengan meneliti harga pasaran, selain mengira kos perkhidmatan yang diberikan merangkumi kos produk, kos perjalanan dan juga upah.

2. Tahu apa itu kos operasi

Pengurusan perniagaan memerlukan seseorang jurusolek itu untuk turut mengambil kira kos pengurusan produk yang mereka gunakan ketika memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Gambar hiasan/NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Dalam menguruskan perniagaan, seseorang jurusolek yang mahu mengembangkan perkhidmatan mereka dengan lebih baik perlu tahu mengurus perniagaan dan diri mereka sendiri.

Sehubungan itu, Rosnawati berkata, jurusolek perlu memiliki sistem pengiraan yang teratur membabitkan harga perkhidmatan ditolak dengan kos operasi terutama harga produk.

Beliau berkata, seseorang jurusolek juga perlu tahu cara untuk menguruskan produk yang digunakan dalam setiap perkhidmatan mereka. 

“Kebanyakan jurusolek baharu menambah produk tanpa mengambil kira keperluan sehingga ada produk yang dibeli sebenarnya tidak diperlukan. Hasilnya, kos operasi mereka akan bertambah dan seterusnya menyebabkan mereka tidak dapat menguruskan keuntungan dengan baik,” katanya.

3. Sentiasa kemas kini kemahiran solekan

Jurusolek perlu sentiasa mengemas kini skil dan gaya solekan mereka seiring dengan perkembangan semasa. Gambar hiasan/Foto: Gaya Fest 2019

Langkah terakhir yang perlu dilakukan oleh sesesorang yang mahu berjaya dalam bidang solekan adalah sentiasa mengemas kini kemahiran merias wajah.

Rosnawati berkata, gaya dan juga aliran solekan sentiasa berubah selari dengan perkembangan fesyen semasa.

“Dengan kemudahan sosial media, terdapat pelbagai teknik solekan yang boleh diperolehi dan dipelajari daripada platform berkenaan.

“Di samping itu, perkembangan gaya solekan semasa juga boleh diperolehi daripada jurusolek tempatan terkenal melalui media sosial dan program latihan yang dijalankan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 May 2022

Nasi Goreng Kosong Dengan Telur Punca Pergaduhan Di Restoran

Pasal nasi goreng pun boleh bawa gaduh ke?

Featured Wed, 26 Sep 2018
Featured Wed, 6 Sep 2023

Nur Fazura Teruja Diberi Peluang Beri Soalan Tentang Kekuatan PM Ketika Dalam Penjara – “Keyakinan Saya Untuk Bawa Perubahan…”

“Sabar, guna kebijaksanaan, bina kekuatan, iman, kuatkan akal, jaga disiplin, baca sebanyak mungkin”. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Featured Fri, 21 Oct 2022
Eat Travel Fri, 20 Jul 2018
Contest Mon, 1 Nov 2021

Lagu Cinta Kita 3: Tak Nampak Chemistry, 2 Couple Tersingkir… Jom Recap Episod 1!

Gandingan pengacara popular Kamal Adli dan Ain Edruce menghangatkan lagi pentas Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang baru sahaja bermula malam tadi. Persembahan peserta dan komen dari juri cinta yang ‘panas’ ternyata lebih menarik perhatian […]

Featured Tue, 21 Feb 2023

[VIDEO] Khusyuk Nyanyi Lagu Tiara, Siti Nurhaliza Dedah Ada Tragedi Lucu Berlaku 

Nak ambik video untuk kenangan, tapi jadi lain pula 🤣😭

Featured Wed, 4 Jan 2023

AJL 37: Gementar Jadi Finalis Paling Muda, Iman Troye Akui Tercabar – “Dulu Saya Duduk Atas Sekali Di Kerusi Penonton, Sekarang Saya Tercalon”

Kejayaan yang amat membanggakan, baru dua tahun dalam industri dah layak masuk AJL 🥰 Tahniah Iman Troye 🤩