familuv By: Shaidah Shafie April 8, 2020 @ 11:21am

4 cara menangani si kecil yang cemburu

Cemburu dalam kalangan kanak-kanak mungkin dianggap remeh kerana apalah sangat yang boleh dicemburukan oleh kanak-kanak berusia setahun atau dua tahun?

Lebih menyulitkan keadaan jika kita menganggap kanak-kanak sememangnya berperangai begitu, gemar menunjukkan perangai dengan menangis tanpa sebab walaupun hakikatnya mereka sebenarnya mahu menzahirkan rasa cemburu.

Cemburu itu mungkin juga berpunca daripada kehadiran bayi yang baru dilahirkan ibu atau si kecil anda tidak mendapat sesuatu yang dikehendakinya.

Jika si kecil menunjukkan perangai begitu, ibu bapa mungkin tidak akan berasa risau kerana tahu anak sedang melahirkan perasaan marah atau cemburu, tetapi bagaimana pula jika anak menangis secara senyap dan tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa mereka tidak berpuas hati terhadap sesuatu?

Pastikan si kecil tidak terlepas daripada pandangan mata anda agar dia tahu anda sayangkan dia – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam perkongsian di laman sesawangnya menyarankan ibu bapa agar melihat sikap anak yang berkelakuan begitu dari sudut positif.

Perkara penting yang perlu dipastikan selain bertindak menghukum anak ialah anak selamat dan ibu bapa sendiri dapat mengawal diri daripada menunjukkan kemarahan terhadap sikap si kecil sama ada di rumah atau di khalayak awam.

Elakkan juga daripada memarahi atau berjanji membelikan sesuatu sekiranya mereka menunjukkan kelakuan baik kerana tindakan itu akan menjadikan sikap si kecil lebih teruk.

Layan kerenah anak jika dia menunjukkan sifat ingin tahu yang membina – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Hijab & Heels kongsikan lima cara ringkas bagimana menangani si kecil yang memperlihatkan perangai dalam bentuk berbeza, iaitu menangis secara diam dan senyap:

1. Peka akan tingkah laku anak, pastikan mereka tidak lepas daripada pandangan anda dan ajak mereka berbual dalam bahasa yang mudah. Walaupun berusia dua atau tiga tahun, ingat si kecil juga mempunyai naluri kemanusiaan dan mahu dihargai.

2. Dahulukan si kecil yang sudah bergelar abang atau kakak berbanding adik mereka yang baru dilahirkan supaya mereka faham bahawa mereka tidak diketepikan.

3. Ajak mereka mengenali adik yang baru dilahirkan, benarkan mereka sentuh adik kecil mereka dan cuba tanya apa yang membuatkan mereka sayang kepada adik kecil itu.

4. Pastikan juga si kecil ada dalam rutin penjagaan bayi anda agar mereka berasa penting dalam hidup kedua-dua ayah dan ibunya. Jika mahu memandikan bayi, biarkan mereka ada di sisi atau minta tolong mereka pegang tuala untuk adik kecil mereka.

Benarkan anak lakukan sesuatu yang mereka gemar kerana dengan dengan tindakan berkenaan, mereka tahu ibu bapa memahami kehendak mereka – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Dengan langkah itu, si kecil akan faham bahawa mereka adalah ‘orang penting’ dan ibu bapa mereka tetap sayangkan mereka walaupun sudah mempunyai adik kecil.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Jun 2022

Kes Kematian Faziani Rohban ‘Diragui’, Keluarga Minta Buka Semula Siasatan Lanjut

Alamak unsur apa yang diragukan tu? 😥Semoga kes dapat dirungkaikan dengan cepat dan keluarga Allahyarham dapat menuntut keadilan yang sewajarnya ❤️

Featured Mon, 7 Nov 2022
Featured Thu, 1 Apr 2021

Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri Akan Ditutup Jika Tidak Patuh SOP

Walaupun operasi bazar Ramadan pada tahun ini dibenarkan, namun Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertegas akan menutup mana-mana gerai yang beroperasi dalam bazar Ramadan dan Aidilfitri sekiranya gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan. Bagi […]

#BabyXTRA Fri, 17 Mar 2023
Featured Fri, 17 Mar 2023