Featured By: Shaidah Shafie March 7, 2020 @ 2:49pm

4 cara mudah lindungi diri daripada penyakit

Peningkatan jumlah jangkitan COVID-19 di Malaysia pasti menimbulkan kebimbangan ramai, lebih-lebih lagi sejak penularan coronavirus itu diumumkan Januari lalu seramai 98,424 kes jangkitan dan 3,386 kematian dilaporkan di seluruh dunia.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan mengumumkan sebanyak 55 kes jangkitan COVID-19 dikesan, termasuk membabitkan jangkitan tempatan.

Sehubungan itu, masyarakat perlu mengambil sikap berhati-hati sepanjang masa tidak kira di mana sahaja, malah ada yang mengambil keputusan untuk terus balik ke rumah selepas habis waktu bekerja bagi mengelakkan diri terdedah pada gejala berkenaan.

Bagi mereka yang rajin melakukan senaman atau ke gimnasium, tentunya bimbang untuk meneruskan kegiatan berkenaan ketika ini.

Usah risau, Hijab & Heels mencadangkan empat panduan untuk memastikan anda berada dalam keadaan sihat dan kekal cergas tanpa perlu ke gimnasium.

Jennifer Purdue menerusi perkongsian di laman sosialnya menulis mengenai saranan ahli lembaga penasihat perubatan Persatuan Pemakanan Magnesium, Dr Carolyn Dean, mengenai langkah mudah menjaga kesihatan bagi mereka yang mahu ke gimnasium.

Cecair pembasmi kuman patut dibawa bersama setiap kali keluar rumah. Sumber foto: CNN.com

Empat panduan mudah disyorkan Dr Caroly ialah:

1. Kerap membasuh tangan.
Apabila ke gimnasium, tangan terdedah pada kuman yang ada di merata-rata tempat seperti di bahagian pemegang alat senaman, tikar senaman mahupun selipar yang disediakan. Basuh tangan selama 20 saat atau lebih. Lap pemegang pintu atau peralatan lain di rumah dengan cecair pembasmi kuman.

Teh dengan lemon baik untuk menjaga kesihatan. Biji chia juga membaw kebaikan untuk badan. Foto: Arkib Hijab & Heels.

2. Minum teh dengan lemon
Masukkan hidangan teh yang dicampur perahan lemon dan sitrat magnesium ke dalam menu harian kerana ia dikatakan berupaya melawan penyakit selain membantu memulihkan otot serta menjaga fungsi neuron badan.

3. Ambil sumber zink
Masukkan sumber zink seperti daging, tiram, ayam dan ikan ke dalam menu kerana zink akan menguatkan sistem imunisasi badan. Jika tidak mahu mengambilnya dalam bentuk bahan segar, anda boleh mendapatkan zink dalam bentuk makanan tambahan.

Limau sumber vitamin C. Sumber foto: webmd.com

4. Dapatkan vitamin C
Ambil juga vitamin C untuk mengelakkan badan mudah mendapat sakit atau demam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Dec 2022

“Like Mother, Like Daughter!” – Gelagat Serta Tarian Norreen Iman & Anak Curi Perhatian

Bagi pengguna aplikasi TikTok, pasti ramai yang mengetahui pelakon dan pempengaruh Norreen Iman sering memuat naik video kandungan lucu yang mencuit hati penonton. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik di TikTok yang memaparkan […]

Featured Wed, 19 Apr 2023
Featured Wed, 24 Nov 2021
Featured Fri, 3 Mar 2023
Featured Wed, 23 Nov 2022

Tak Kisah Jawatan Perdana Menteri Lambat Diumumkan, Aeril Zafrel Harap Keputusan Capai Kata Sepakat

Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel bersabar menanti pengumuman bakal Perdana Menteri ke-10 Malaysia. Menurut Aeril, lebih baik keputusan yang akan dibuat mengambil lebih masa bagi mendapatkan kata sepakat semua pihak dalam menentukan keputusan yang […]

Featured Mon, 3 Apr 2023

Video Tak Pernah Bangun Sahur Dikecam, Reen Rahim Hilang 1.6 Juta Pengikut Di TikTok Gara-Gara…

Haa itulah netizen ni cepat sangat buat andaian sendiri.. Banyak tu 1.6 juta followers hmmm