familuv By: Shaidah Shafie April 25, 2020 @ 12:45pm

4 kemahiran hidup si kecil boleh belajar ketika COVID-19

Kanak-kanak sihat adalah kanak-kanak yang aktif, mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi dan boleh dikatakan mereka akan diam hanya ketika tidur sahaja.

Oleh itu, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pastinya mereka juga terkesan kerana tidak bebas bermain terutama di luar kawasan rumah.

Bagaimanapun, kita tidak tahu apa yang difikirkan kanak-kanak apabila mereka tidak boleh bermain di taman, tidak boleh ke pusat asuhan untuk bersama rakan-rakan sebaya dan yang pasti juga mereka tidak boleh bertemu guru kesayangan mereka.

Ibu bapa perlu bijak menyediakan aktiviti yang boleh dilakukan anak ketika di rumah sepanjang PKP – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Pakar psikologi daripada Universiti Antarabangsa Alliant, Ron Stolberg, berkata berkurung di rumah akan memberi tekanan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi ibu bapa perlu bijak memikirkan aktiviti yang bermanfaat untuk si kecil.

“Ini adalah waktu yang teruk untuk dilalui oleh sesiapa sekali pun. Tetapi pada masa sama tempoh berkurung di rumah ini akan memberi peluang pada kanak-kanak untuk belajar bagaimana cara terbaik untuk mengendalikan kesusahan dalam hidup.

“Oleh itu, dalam tempoh beberapa bulan ini, kanak-kanak secara keseluruhannya tidak akan mengalami apa yang selama ini mereka lakukan di sekolah atau taman asuhan,” katanya dalam satu perkongsian di laman sosial Catherine Pearson.

Ajak anak lakukan aktiviti bersama-sama anda agar dia berasa diperlukan – gambar hiasan. Foto: NSTP/Nurul Syafina Jemenon.

Sehubungan itu, katanya, ada empat perkara yang boleh dijadikan pengajaran kepada kanak-kanak ketika wabak COVID-19 ini iaitu cara untuk menghadapi ketidakpastian, daya tahan, pembelajaran di luar kurikulum sekolah dan cara mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

Berikut dikongsikan penjelasan bagi empat perkara berkenaan:

1. Ketidakpastian
Sesuatu yang yang dianggap sebagai ketidakpastian atau ketidakselesaan adalah sebahagian daripada proses pembangunan mental yang sihat menuju kedewasaan.
Tindakan: Ibu bapa perlu bercakap kepada anak mengenai pandemik ini yang tidak pasti bila akan berakhir.

2. Daya tahan
Inilah masa yang boleh dilakukan untuk membina daya tahan dalam kalangan kanak-kanak kerana pakar mengatakan kanak-kanak dan remaja lazimnya mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap apa yang dihadapi.
Tindakan: Ajar atau jadi contoh kepada anak bagaimana anda sendiri menangani sesuatu masalah, mislanya cara menenangkan diri.

Beri mereka peluang lakukan apa yang mereka tidak sempat lakukan sebelum ini – gambar hiasan. Foto: NSTP/Ainal Marhaton Abdul Ghani.

3. Pembelajaran di luar kurikulum sekolah
Tempoh perintah berkurung sepanjang wabak COVID-19 ini juga adalah tempoh yang boleh digunakan oleh kanak-kanak untuk belajar selain daripada apa yang mereka pelajari di sekolah.
Tindakan: Tanya anak apa yang mereka mahu lakukan yang sebelum ini tidak berkesempatan untuk dilakukan.

4. Kukuhkan ikatan kekeluargaan
Masa ini juga boleh digunakan untuk menerangkan pada anak bahawa mereka adalah sebahagian anggota penting dalam keluarga dan perlu bekerja sebagai satu kumpulan.
Tindakan: Ajak si kecil anda membuat kerja rumah bersama-sama seperti mengemop lantai, biarkan mereka sediakan sendiri sarapan yang mereka mahu atau didik mereka mengenai kebersihan dengan tunjuk ajar yang betul.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Jul 2022

[VIDEO] “Ego & Sombong Diri!” – Netizen Berang Pesara TLDM Tampar Kepala Jemaah Lain Gara-Gara Salam Tak Pandang Muka

Hmm, kelu lidah min untuk berkata-kata. Mungkin pesara TLDM ni tak perasan jemaah ada pandang wajah dia.. Apapun, pihak polis berkata kes sudah selesai.

Featured Fri, 2 Aug 2019

5 bahan makanan ini dapat lindung anda daripada kesan jerebu

Selain topeng muka, makanan pun boleh bantu.

Featured Wed, 28 Sep 2022
Eat Travel Wed, 1 Apr 2020

Resipi mudah terung panggang ala piza

Terung pun sedap jika tahu cara memasak

Featured Sat, 10 Apr 2021

“Bantu Usahawan Luaskan Peniagaan..” – Kempen Salam Sayang Ramadan TV3 Suntik Semangat Ramai

Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) tampil dengan Kempen Salam Sayang menerusi siaran langsung di TV9 malam tadi. Mengangkat tema Salam Sayang, tema ini merupakan kesinambungan kepada Setulus Ikhlas yang dibawakan pada tahun lalu. Tahun ini,

Featured Tue, 11 Jun 2019

Pilih kain tenun daripada penjara, Raja Permaisuri Agong sekali lagi sentuh hati rakyat jelata

Banduan daripada Penjara Penor dan Penjara Bentong pastinya berbangga!

Featured Sun, 1 Dec 2019
Featured Sat, 12 May 2018

Jangan Makan 5 Makanan Ini Secara Mentah. No.3 Itu Yang Selalu Anda Makan!

Jangan fikir bahan masakan yang mentah boleh dimakan sesuka hati ya! Bahaya sebenarnya.

Featured Tue, 8 Nov 2022

| Live TV