Featured By: Fadzlena Jafar March 28, 2020 @ 11:40am

44 kes positif COVID-19 sembuh dan dibenarkan pulang

Sebanyak 44 kes yang positif COVID-19 disahkan sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada hari ke-10 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah berkenaan adalah rekod harian tertinggi sehingga kini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh sebanyak 259 kes.

“Kementerian Kesihatan (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 44 kes yang  pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan dibenarkan keluar wad adalah sebanyak 259 kes,” katanya dalam perkongsian menerusi akaun Facebooknya, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. (Gambar BERNAMA)

Sehingga 27 Mac 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 130 kes baharu yang dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,161 kes.

Daripada jumlah itu, seramai 54 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 34 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, dalam perkongsian terbarunya, Dr Noor Hisham menyambut baik kesediaan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) menyumbang 65 alat bantuan pernafasan bagi membantu hospital kerajaan yang menjadi pusat penempatan pesakit yang positif COVID-19.

Beliau berkata, sumbangan itu dapat membantu persediaan KKM bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan akibat penularan wabak COVID-19.

“APHM menawarkan tambahan sebanyak 65 alat bantuan pernafasan, tidak termasuk 51 alat berkenaan yang akan disumbangkan sebelum ini bagi membantu KKM memerangi wabak COVID-19.

“Kerjasama memberangsangkan antara sektor awam dengan swasta ini dapat memperkukuh sistem kesihatan di negara ini dalam usaha kita bersiap siaga akan senario yang lebih buruk.

“Lebih baik terlebih dalam persediaan (menghadapi wabak ini) berbanding terkurang kerana jika terkurang persediaan, bermakna sebenarnya kita tidak bersedia,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Oct 2022
Featured Mon, 20 Apr 2020

Artritis menyerang tidak kenal usia

Jari juga perlu rehat

Sihat Wed, 25 Mar 2020
Featured Tue, 3 Jan 2023
Featured Sun, 12 Dec 2021

Britney Spears Tak Rancang Nak Jemput Ahli Keluarga Hadiri Perkahwinannya

Selepas berjaya memperoleh hak kebebasan untuk membuat keputusan dan memiliki semula pendapatannya sebagai seorang artis, Britney Spears kini memilih untuk hidup dalam keadaan yang membahagiakannya. Baru-baru ini, penyanyi Baby One More Time itu memberitahu sumber […]

Featured Wed, 21 Feb 2024