Featured By: Ad Ops September 9, 2018 @ 9:00am

5 Gaya Potongan Rambut Yang Nampak Menawan Pada Wanita Bermuka Bulat

Tak perlu bermuram durja jika anda bermuka bulat. Anda masih boleh nampak manis jika anda tahu beberapa teknik tertentu. 

Malah ada ramai saja selebriti yang bermuka bulat, seperti Selena Gomez dan Chrissy Teigen. Confident saja!

Jika anda ada tak yakin, anda mungkin patut dapatkan gaya rambut yang sesuai dan boleh menyerikan lagi bentuk muka anda tanpa membuatkan ia nampak lebih lebar.

Menurut hairstylist Devin Toth dari Salon SCK, untuk mendapatkan ilusi bentuk muka yang lebih panjang, anda perlu tahu di mana nak letak rambut anda dan bagaimana nak cipta asimetri.

“Selagi rupa gaya rambut itu tak ketara di bahagian rahang dan pipi, ia pasti akan mengimbangkan bentuk muka,” katanya.

Jika bahagian rambut anda yang kerinting terletak di bahagian muka anda yang paling lebar, lagilah nampak besar, kan?
 
Teruskan baca untuk mengetahui cadangan jenis-jenis gaya rambut yang anda boleh pilih.

1. Lob

Foto: Getty / Jason LaVeris

Gaya rambut ini yang mencecah dua inci di bawah dagu anda akan nampak seimbang dengan kelebaran muka anda.

“Pandangan mata akan tertarik kepada garisan mendatar pada rambut; dan pipi anda pula akan nampak terlindung di kedua-dua belah,” kata Devin.

2. Baby Bangs

Foto: Getty / Jamie McCarthy

Jika anda rasa rambut depan boleh selesaikan masalah, cuba gaya ini.

“Rambut depan yang lembut dan pendek boleh serlahkan lagi muka anda dan memanjangkannya.

3. Long layers

Foto: Getty / Dominique Charriau

Bagi anda yang tak nak lepaskan rambut panjang anda, anda patut pertimbangkan gaya potongan layers.

“Lapisan bertingkat yang mencecah di bawah dagu akan nampak menegak. Pandangan mata orang akan mengikutnya ke arah bawah dan ini akan mewujudkan efek memanjang,” jelas Devin.

4. Asymmetrical

Foto: Getty / John Lamparski

Apa-apa gaya rambut sekali pun, jika ia sebelah panjang sebelah pendek, ia akan menarik perhatian orang lain daripada kelebaran muka anda.

Sesiapa yang inginkan hairstyle yang edgy, bolehlah cuba.

5. Asymmetrical Pixie Cut

Foto: Getty / Barry King

Gaya ini lebih pendek tapi sama menarik. Asalkan sebelahnya panjang dan sebelah lagi pendek.

Sumber: Popsugar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Thu, 20 Oct 2022

[VIDEO] “Muncung Sikit Lah…” – Siti Nurhaliza Dedah Cara Merajuk Dengan Suami

Biasalah kan perempuan, merajuk sikit tu perkara biasa

Featured Tue, 14 Mar 2023
Featured Wed, 10 Aug 2022

Didakwa Lupa Diri Selepas Capai Populariti, Ini Respons Iman Troye – “Apa Yang Berlaku Disebabkan…”

“Saya minta maaf jika ada pihak terasa dengan cara kami berkomunikasi” – Iman Troye

Featured Mon, 3 Oct 2022

[VIDEO] “Memang Gaya Dia, Bukan Sebab Cerai!” – Noh Salleh ‘Meludah’, Peminat Tepis Dakwaan Negatif

Bak kata netizen, hal peribadi jangan dikaitkan gaiss hihiii. Pahit tak kena ludah Noh? 🤣🤭

Featured Wed, 29 Jun 2022

“Habiskan RM8 Juta, Duit Allah Bagi Dia Tak Habis”- PU Amin Label Penerbit #MatKilau Sebagai Jutawan Ummah

Patut min tengok nama beliau kat ending credit… Ini gerangan orang-orang hebat!