familuv By: tex_admin November 20, 2018 @ 10:00am

5 Kelebihan Bermain Bersama Anak Yang Anda Tak Tahu Selama Ini!

Mungkin menjadi satu cabaran dalam kalangan ibu bapa yang bekerjaya untuk menghabiskan waktu bersama anak-anak. Tatkala penat seharian bekerja, bila pulang saja di rumah, anak mula tarik tangan mengajak untuk bermain mainan bersama-sama. 

Bukan semua ibu bapa mahu menghabiskan masa untuk bermain bersama anak, yang difikirkan hanya keletihan bekerja dan memerlukan istirehat apabila pulang ke rumah. Anak-anak yang inginkan perhatian anda pula macam mana ya?

Ada juga ibu bapa yang mengambil jalan mudah dengan membiarkan anak bersama gajet selama berjam-jam. Ini kerana, melalui gajet, anak akan leka menonton video atau bermain game.

Wahai ibu bapa semua, macam mana penat sekalipun anda bekerja, luangkanlah masa bersama anak anda, jangan biarkan gajet menguasai fikiran mereka sehingga boleh membantutkan perkembangan mereka.

Sesungguhnya, masa yang anda luangkan bersama mereka sangat bermakna dan mempunyai banyak kelebihan yang boleh diperolehi oleh anak anda. Penulis senaraikan 5 kelebihan bermain bersama anak yang anda tak tahu selama ini.

Foto: Spectrum | Autism Research News

1. Anak akan belajar perkara baru

Bermain ialah satu medan pembelajaran yang sangat baik untuk anak. Dengan bermainlah anak-anak akan belajar banyak perkara baru. Baik dari input perkataan-perkataan baru hinggalah kemahiran dalam permainan yang kita ajar. Bagus untuk tingkatkan daya keyakinan mereka.

2. Kemahiran motor anak dipertingkatkan

Kemahiran motor terbahagi kepada motor halus dan kasar. Perkembangan dari sudut kekuatan, koordinasi dan sensori ialah antara perkara penting yang perlu ibu bapa beri perhatian. Dengan bermainlah, ibu bapa boleh secara tidak langsung merangsang perkembangan motor anak.

3. Kemahiran komunikasi dapat dibentuk

Intonasi dan emosi ialah dua perkara penting yang perlu bergerak seiring bagi memastikan kelestarian teknik komunikasi anak-anak. Dengan bermain dengan anaklah kesinambungan intonasi dan emosi ini dapat kita ajar secara tidak langsung.

4. Peluang untuk kenal personaliti anak

Sebagai ibu bapa kita perlu tahu kecenderungan anak kita ke arah yang mana. Melalui aktiviti bermain dengan anak, kita dapat tahu dan dengan mudah lebih memahami minat dan kecenderungan anak. Ini juga membantu ibu bapa untuk beri panduan yang tepat mengikut minat dan seterusnya pandu anak-anak menuju cita-cita mereka.

5. Cipta masa berkualiti dengan anak

Jika masa yang sedikit terluang ini kita tidak dapat manfaatkan sebaiknya dengan anak. Rugilah kerana kita semua pastinya sibuk dengan kerja dan peluang seperti ini tidak datang selalu. Jadi ambil setiap peluang masa yang ada untuk bermain dengan anak.

Anda sudah jelas tentang kelebihannya kan? Jadi, selepas ini manfaatkanlah masa anda untuk bermain bersama anak-anak dan hargailah mereka. Ingatlah bahawa, anak anda tak akan kecil selama-lamanya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 22 Jan 2022
Featured Mon, 2 Aug 2021

Semak Tarikh & Jumlah Pembayaran Bantuan COVID-19 (BKC) Bermula Ogos

Menerusi insentif PEMULIH, Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021. Permohonan BKC tidak perlu dilakukan kerana penerima yang layak […]

Featured Thu, 4 Aug 2022

Didakwa Telah Bercerai, Ini Respons Pengurus Noh Salleh – “Tunggu Berita Daripada Kami”

Apapun, kita kena tunggu respons tuan empunya badan dulu. Kita doakan yang baik-baik je okay.

Featured Sun, 13 Feb 2022
Featured Thu, 13 Dec 2018

4 Rahsia Nak Pilih Tembikai Yang Manis & Sedap

Mudah saja sebenarnya nak kenali buah tembikai yang isinya manis.

Featured Fri, 28 Feb 2020

Set kembara Tanamera mudahkan wanita bermusafir

Semua kelengkapan kecantikan disediakan

Featured Thu, 7 Apr 2022