familuv By: Ad Ops August 18, 2019 @ 7:30am

5 panduan setiap bapa baharu perlu tahu

Menjadi ibu bapa antara pengalaman paling berharga. Tetapi berjayakah suami anda menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baharunya sebagai seorang bapa?

Setiap wanita lazimnya mempunyai naluri keibuan yang akan timbul secara semula jadi. Ini membuatkan mereka mampu menjaga kesejahteraan anak dengan lebih mudah.

Bagi golongan bapa pula, mungkin sedikit rumit, tetapi sebenarnya mereka juga mempunyai naluri kebapaan.

Itulah apa yang dilalui oleh Glen Henry, pemilik saluran YouTube Beleaf In Fatherhood yang kini memiliki 185,000  pengikut.

Foto: People

Menerusi videonya, beliau menceritakan pengembaraannya sebagai seorang bapa dan berkongsi pelbagai panduan keibubapaan.

Ketika mengambil keputusan berhenti kerja, Glen akui beliau tidak sanggup untuk kembali ke bidang itu, lalu isterinya mencadangkan Glen menjaga anak-anak di rumah sepenuh masa.

Bapa kepada empat cahaya mata itu tidak menjangka bahawa hanya seminggu selepas mengambil keputusan yang mengubah hidupnya itu, beliau akan menangis teruk akibat kecewa dengan ketidakcekapannya sebagai bapa.

Tekanan yang dialami terus membelenggu dirinya sehingga beliau mengambil keputusan untuk belajar daripada pengalaman itu dan memantapkan lagi tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

Foto: People

Kisah beliau dalam mencari keserasian sebagai seorang bapa dikongsi dalam saluran Youtube miliknya itu dan menjadi panduan kepada ramai bapa baharu.

Jika suami anda berasa tidak yakin, dia tak perlu risau. Perkara sebegini boleh dipelajari dan ia mungkin mengambil masa, lama-kelamaan nescaya dia akan biasa dengan peranan baharunya itu.

Bagi bapa baharu yang masih tercari-cari kaedah sesuai untuk membantu dalam menjaga anak anda, Glen berkongsi lima nasihat untuk menjadi seorang bapa yang baik.

1. Pastikan anda wujud dalam hidup anak

Jadikan ini satu keutamaan. Bayi akan membesar dengan cepat, dan anda akan terlepas daripada menyaksikan detik-detik penting dalam hidupnya jika anda tiada di sisi.

2. Sertai rutin anak ketika masuk tidur dan mandi

Jika mempunyai bayi yang baru dilahirkan, anda perlu mencari peluang untuk mewujudkan ikatan dengan bayi itu. Hal ini adalah kerana secara semula jadi, si kecil akan mencari ibunya.

Waktu masuk tidur dan mandi adalah detik sesuai bagi si bapa untuk memulakan tradisi yang akan membantu merapatkan hubungan dengan anak.

3. Rakam semuanya

Anda akan rasa bersyukur apabila anak anda sudah besar. Video dan gambar adalah kenangan yang bagus untuk waktu-waktu manis dalam hidup mereka.

4. Wujudkan rasa minat dalam perkara yang anak sukai

Apabila usia semakin meningkat, anda akan mula hilang minat terhadap perkara-perkara yang anda pernah anggap menarik dahulu.

Dengan adanya anak, anda berpeluang untuk menerokainya semula. Minat yang sama ini juga boleh merapatkan lagi hubungan anda berdua.

5. Yakinkan diri sebagai seorang bapa

Jangan rasa takut atau malu untuk bergantung pada naluri kebapaan yang akan timbul dalam diri anda. Sama seperti ibu-ibu, bapa juga mempunyai naluri semula jadi yang boleh memanfaatkan hubungan anda dengan anak.

Semoga berjaya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Jan 2020

Bagaikan mayat hidup, mangsa koronavirus di kuarantin dalam ‘keranda’

Tindakan demi keselamatan petugas paramedik dan orang awam!

Featured Wed, 9 Nov 2022
Featured Wed, 25 Mar 2020

Gaun perkahwinan RM800,000 dan majlis resepsi luar biasa Irina, kini tinggal kenangan

Rumah tangga waris jutawan Rusia ini bertahan 6 bulan saja!

Featured Tue, 13 Aug 2019
Featured Thu, 20 May 2021

Tak Dapat Tidur Malam Lihat Video Kanak-Kanak Diseksa, Vivy Yusof Kutip Lebih RM1 Juta Dana Buat Rakyat Palestin

Usahawan dan pengasas jenama Fashion Valet dan Duck Scarves, Datin Vivy Yusof mengakui beliau amat tersentuh dengan penderitaan rakyat Palestin. Menurut Vivy lagi, sebagai seorang ibu dia tidak sanggup melihat kanak-kanak di sana saban hari […]

Eat Travel Mon, 3 Jun 2019
familuv Mon, 6 Apr 2020
Featured Tue, 5 Sep 2023

[VIDEO] Seperti Hangat Dilamun Cinta, Ira Kazar Belanja Nyanyi Lagu ‘Best Part’

Wah wahhhh, sedap juga suara Ira ni menyanyi, ada serak serak basah sikit gituh.. 🤪🥰