Featured By: Shaidah Shafie May 27, 2019 @ 10:08am

5 perkara perlu diambil kira sebelum anda ambil keputusan memakai pendakap gigi

Senyuman yang cantik antara aset berharga yang mampu menaikkan seri wajah seseorang, namun struktur gigi yang tidak tersusun akan membuatkan hilang seri wajah.

Bagi membantu masalah struktur gigi yang tidak tersusun, jarang atau senget, doktor gigi anda akan mengesyorkan penggunaan pendakap gigi. Tetapi perlu diingat, hanya doktor pakar yang mempunyai latihan sahaja dibenarkan untuk memasang pendakap gigi.

Begitupun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pemakaian pendakap gigi juga dianggap sebagai satu aliran fesyen khususnya dalam kalangan remaja.

Mungkin anda pernah melihat pendakap gigi yang dihias dengan aksesori berupa getah berwarna-warni seperti merah jambu, merah, jingga, kuning dan biru.

Ada juga pendakap gigi sedondon dengan warna pakaian mahupun solekan, malah ada yang berkilauan seperti permata.

Pakar Ortodontik di Jabatan Pergigian, Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Prof  Madya Dr Siti Adibah Othman, berkata perkembangan itu membantu mempromosikan pemakaian pendakap gigi terutama bagi mereka yang sememangnya memerlukan rawatan terbabit.

Pakar Pergigian Falkuti Pergigian Universiti Malaya (UM), Dr Siti Adibah Othman menunjukkan cara penjagaan pendakap gigi berdawai. NSTP/Nik Hariff Hassan.

“Mungkin ada yang menganggap pendakap gigi adalah aksesori untuk memberi nilai tambah pada penampilan, namun sebenarnya pendakap gigi adalah aksesori yang ‘perlu’ dalam usaha membaik pulih sruktur gigi.

“Fungsi utama adalah untuk mencantikkan struktur gigi, bukan sebagai aksesori atau penghias pada wajah,” katanya ketika ditemui di jabatan berkenaan, baru-baru ini.

Terdapat dua jenis pendakap gigi yang sering diguna pakai di negara ini, iaitu pendakap gigi bersifat kekal, iaitu pemakaian selama dua tahun atau lebih dan pendakap gigi mudah alih, iaitu boleh dicabut atau diubah dengan segera oleh pemakainya.

Pendakap gigi kekal, ia akan dipakai selama dua tahun atau lebih bergantung kepada keperluan rawatan. Ihsan: Jabatan Pergigian UM.

Pendakap gigi boleh ubah. Ihsan: Jabatan Pergigian UM.

Dr Adibah berkata, antara masalah yang bakal dihadapi apabila memakai pendakap gigi ialah gigi mudah rosak kerana makanan akan terlekat di celah dawai pendakap gigi, selain gusi juga akan terjejas jika tidak dijaga dengan betul dan sempurna.

Sehubungan itu, katanya, individu yang ingin memakai pendakap gigi akan diberi penerangan mengenai kebaikan dan keburukan mengenakan alat berkenaan pada gigi.

“Ada banyak prosedur yang perlu dilalui sebelum memakai pendakap gigi. Jangan disebabkan sedikit sahaja masalah struktur gigi, mereka terus membuat keputusan untuk memakainya.

“Doktor akan memastikan mereka boleh memakai pendakap gigi selepas melalui proses tertentu kerana selain memasang alat berkenaan pada gigi, kesihatan gusi juga perlu dipastikan dalam keadaan memuaskan,” katanya.

Mungkin ada yang terpengaruh dengan getah berwarna-warni pada pendakap gigi dan menganggap benda kecil itu sebagai aksesori menyebabkan mereka teruja untuk memakainya walaupun gigi tidak memerlukan .

Getah yang sangat kecil itu adalah antara aksesori perlu dalam pemakaian pendakap gigi dan ada yang memilih getah berwarna atau warna asas walaupun fungsinya sama.

Sampel gigi yang menggunakan pendakap dengan getah warna-warni.  NSTP/Nik Hariff Hassan

 

Bagaimanapun, apa yang penting adalah sruktur gigi dapat diperbaiki dan pemakainya tidak lagi berasa hilang keyakinan diri untuk berkata-kata ketika berada di hadapan khalayak.

Oleh itu, berfikirlah masak-masak sebelum anda mengambil keputusan memakai pendakap gigi kerana bukan saja boleh memberi kesan kepada gigi dan gusi, malah harganya yang mahal juga boleh dimanfaatkan untuk tujuan lain.

Dalam erti kata lain, anda boleh saja menganggap struktur gigi yang tidak sama itu ialah satu kelebihan kepada anda. Tepuk dada, tanya selera kerana hanya anda yang mengetahui sejauh mana kemampuan anda untuk memakai pendakap gigi.

5 fakta yang perlu diberi perhatian sebelum anda mengambil keputusan memakai pendakap gigi

  • Anda perlu mendapat khidmat nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memakai pendakap gigi bagi tujuan keselamatan. Dalam situasi ini, pastikan anda memilih mengadakan temu janji dengan doktor bertauliah sama ada di hospital swasta atau hospital kerajaan. Jangan sekali-kali terpengaruh dengan doktor yang menawarkan kos yang murah dan beroperasi di bilik hotel.
  • Selain gigi, gusi juga mesti berada dalam keadaan sihat. Jika gusi tidak sihat doktor lazimnya akan menasihatkan anda supaya merawat gusi terlebih dahulu.
  • Ada yang mengatakan memakai pendakap gigi akan menyebabkan anda terpaksa melupakan banyak jenis makanan dan boleh menguruskan badan. Ini tidak betul, anda tetap boleh menikmati makanan kegemaran seperti biasa, namun perlu berhati-hati supaya tidak menjejaskan pendakap gigi yang dipasang pada gigi.
  • Elakkan mengambil makanan mengandungi asid seperti jus buahan tertentu bagi mengelakkan dawai pendakap gigi rosak akibat asid dalam minuman yang diambil.
  • Mungkin anda juga akan mengalami beberapa fasa kesakitan sepanjang memakai pendakap gigi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Mar 2022

Didakwa Menghina, Wakil OKU Buat Laporan Polis Terhadap Kak Long 7E

Fuh, semoga laporan polis ini akan memberi pengajaran kepada Kak Long 7E..

Featured Wed, 1 Mar 2023

Padam Semua Hantaran Di IG, Ella Akan Berhenti Menyanyi? – “Terima Kasih Untuk 35 Tahun”

Alamak, ratu rock kita nak bersara ke? 😭🤧Jangan laaaa 😮‍💨 Min harap ini semua prank! 🤧😭

Acara Thu, 25 Aug 2022

Hijrah Lisa Surihani Dipuji Ramai, Yusry Tidak Mahu Ambil Kredit – “Itu Apa Yang Dia Mahu, Bukan Saya Paksa”

Suka sangat dengan Lisa, Walau tanpa secalit make up tetap cantik dan berseri-seri 💖💖💖

Gaya Hidup Mon, 19 Dec 2022
Featured Fri, 27 Aug 2021

Ucap Tahniah Kepada Kabinet Baharu, Tweet Bekas Menteri Agama Buat Ramai Sayu

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yakin dengan barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. Dalam satu kenyataan di laman […]

Featured Fri, 23 Dec 2022

Alif Satar Bersyukur Dapat Rasa Hujan Di Makkah – “Ini Memang Rezeki Hari Jumaat…”

Pelakon dan penyanyi Alif Satar bersama kumpulannya, The Locos berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah. Artikel Berkaitan: Alif Satar Gembira Dapat Jumpa Mufti Menk Di Madinah – “Dia Muncul Dan Solat Sebelah Saya” Baru-baru […]

Featured Sat, 16 Dec 2023
Featured Wed, 30 Nov 2022

Netizen Terkedu Lihat Cara Alisa Anak Hanis Zalikha ‘Healing’ -“Another Level!”

Anak kepada pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Alisa Aisyah sering mencuri tumpuan netizen dengan kecomelannya. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Hanis di laman TikTok yang memaparkan Alisa sedang duduk dengan memakai […]