Featured By: Fadzlena Jafar May 27, 2019 @ 10:00am

5 sebab gincu matte terus diminati pada tahun 2019

Disediakan oleh Saadiah Ismail

Gincu bibir berasaskan warna matte dikatakan akan terus popular sepanjang tahun 2019, lebih-lebih lagi semakin banyak jenama antarabangsa tampil dengan himpunan gincu matte dengan rona lebih berani.

Warna matte kembali popular pada tahun 2015 apabila beberapa jenama kosmetik antarabangsa memperkenalkan himpunan matte. Ternyata percubaan untuk mengembalikan warna matte berjaya apabila himpunan berkenaan mendapat sambutan amat menggalakkan, khususnya di Asia. 

Tahun ini, beberapa rona baharu diperkenalkan seperti rose gold yang menarik perhatian wanita itu.

Tidak kiralah himpunan apa saja, warna itu memberi gambaran bahawa ada tawaran yang cantik, menarik dan pastinya mengikut aliran terkini yang harus dicuba.

gincu Matte

Gincu warna Matte memberikan kesan akhir yang sempurna dan cantik digayakan.

Tidak ketinggalan, jenama kosmetik terkenal, dUCk Cosmetics, yang turut memperkenalkan produk terbaharu iaitu gincu dikenali The Matte Love.

Himpunan yang diinspirasi daripada ibu kepada pengasas jenama itu, Vivy Yusof, tampil dengan lima pilihan warna klasik iaitu Preppy Girl, It’s Pink, First Class, Legally Posh dan Very Savvy, sesuai untuk dipadankan dengan tona kulit wajah wanita di negara ini.

Sapuan yang mudah pada bibir ini menggunakan formula velvet matte, mampu bertahan dalam tempoh masa panjang dan selesa memandangkan formula digunakan seolah-olah anda tidak terasa sedang memakainya.

Gincu ini juga kaya dengan vitamin E untuk mengelak dehidrasi dan uniknya ia dicipta untuk membantu melembutkan bibir secara semula jadi, segali gus memberikan penampilan bibir yang mungil.

Tip untuk nampak berbeza, jika sapuan pertama menampilkan warna semula jadi, tetapi sapuan seterusnya akan menonjolkan lagi warna bibir yang begitu cantik.

The Matte Love sangat pelbagai dan boleh dipadankan dengan gaya anda dan apa juga penampilan ketika itu.

Gincu matte

Jenama terkenal, dUCk Cosmetics tampil dengan The Matte Love khusus untuk wanita yang menggemari kesan gincu matte pada bibir.

Didatangkan dengan himpunan warna rose gold, ia juga lengkap dengan magnet supaya tidak mudah tertanggal. Harga sebatang gincu ini ialah RM60.

Berikut adalah 5 sebab gincu matte menjadi pilihan utama:

1.  Tampak bibir mungil

Pemakaian gincu berwarna matte akan menjadikan bibir tampak lebih mungil kerana gincu ini tidak berkilauan, sesuai untuk digayakan ke pejabat. Si pemakai akan tampak profesional dan tidak terlalu menonjol, sekali gus pasti akan membuatkan ramai kagum dengan penampilan yang sederhana, tetapi bergaya. Gincu berkilat (glossy) lebih sesuai digayakan untuk ke majlis kerana dapat menyerlahkan wajah anda dengan menjadikan bibir lebih seksi.

2.  Kesan akhir yang serata

Sapuan gincu berwarna matte akan membuatkan solekan tampak sempurna kerana ia menutup ketidaksempurnaan bibir anda. Sesuai untuk wanita yang mempunyai bibir gelap kerana gincu matte akan membuatkan bibir lebih menyerlah khususnya pada kulit sawo matang.

3. Sesuai untuk si bibir besar

Wanita yang mempunyai bibir besar tidak digalakkan memakai gincu berkilat kerana bibir akan lebih menonjol, lebih-lebih lagi jika mengenakan warna merah terang. Pemakaian gincu matte akan memudahkan anda membentuk bibir untuk tampak lebih kecil dan menjadikan bibir lebih cantik tanpa tumpuan yang keterlaluan pada bibir.

4. Tampak sempurna

Warna matte akan memberikan kesan kesempurnaan pada solekan anda kerana pemakaiannya tampak seakan permukaan baldu. Meskipun tidak berkilauan, bibir akan kelihatan cantik dan kemas.

5. Lembut bak satin

Apabila memakai gincu matte, bibir akan rasa ringan dan lembut, seolah-olah anda tidak mengenakan sebarang gincu. Cantik digayakan dan paling penting, mengenakan gincu matte akan membuatkan anda rasa selesa sepanjang hari.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Nov 2019

12 tanda hendak bersalin. Kalau rasa, jangan lengah ya!

Jangan risau, bila tatap wajah anak hilang semua rasa sakit!

Featured Mon, 26 Nov 2018

Betulkah Perbuatan Menanggalkan Makeup Mata Boleh Menyebabkan Kedutan? Ini Jawapannya

Selama ini kita gosok-gosok bahagian mata kita tanpa terfikir tentang akibatnya.

Featured Wed, 25 Aug 2021

26 Guru Di Perlis Didakwa Enggan Terima Vaksin

Isu melibatkan kakitangan kerajaan yang menolak vaksin semakin menjadi perdebatan di kalangan ramai. Terbaru, seramai 26 guru sekolah di Perlis dikesan enggan menerima suntikan vaksin COVID-19. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, Sains, Teknologi […]

Featured Tue, 7 Apr 2020

Tetap glamor pada pagi Lebaran, meski terpaksa beraya cara PKP

Jenama tempatan atas talian tampil dengan rekaan wow!

Oh Lawa Thu, 14 Nov 2019

Tahun lepas kostum nasi lemak, tahun ini pula kuih muih tradisional

Busana kebangsaan wakil Miss Universe Malaysia 2019

Oh Lawa Wed, 8 May 2019
Acara Sat, 17 Aug 2019
Featured Mon, 24 Feb 2020
Featured Tue, 24 Aug 2021

Dakwaan Gangguan Seksual Ebit Lew : Polis Rakam Keterangan Mangsa

Umum maklum, dakwaan gangguan seksual yang heboh diperkatakan baru-baru ini melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Terbaru, menerusi laporan daripada Harian Metro, pihak polis kini sudah mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan siasatan kes tersebut. […]

Featured Tue, 14 Aug 2018

Wow! Makan Kimchi Boleh Kuruskan Badan?

Kimchi mempunyai kandungan serat yang tinggi akan menjadikan anda berasa kenyang!

| Live TV