Featured By: Yanie Baharom August 26, 2019 @ 6:00pm

5 sebab mengapa setiap rumah perlu mempunyai seterika Panasonic ini!

Sifat ingin tahu yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak ada kalanya mengundang bahaya dan risiko kecederaan, malah ketika berada di rumah kemalangan juga boleh berlaku.

Kecederaan akibat terkena benda panas adalah kemalangan paling biasa berlaku. Selain tertumpah air mendidih atau mandi di bawah pancuran air dengan suhu panas, tangan juga boleh melecur akibat terkena seterika.

Walaupun sesetengah luka terbakar atau melecur tidak serius dan boleh dirawat dengan selamat di rumah, luka lain yang lebih serius mungkin memerlukan rawatan segera di pusat perubatan berhampiran.

Oleh itu, mengambil langkah berjaga-jaga khususnya menjadikan persekitaran rumah anda lebih selamat adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan ibu bapa supaya dapat mengelak daripada berlaku kejadian tidak diingini.

Bagi merealisasikan persekitaran yang kurang berisiko kepada si kecil dan seisi rumah, Panasonic memperkenalkan produk elektronik terbaharu iaitu Panasonic Cordless 360° Freestyle Steam/Dry Iron NI-WL41VSK.

Foto: Panasonic Malaysia

Seterika tanpa wayar bukan itu sahaja menjadikan proses menggosok baju lebih mudah dan efisien, malah pengguna tidak lagi berdepan dengan masalah wayar seterika tersangkut pada papan seterika yang akhirnya membuatkan anda naik darah!

Paling mengagumkan, selain didatangkan lengkap bersama penutup yang direka khas seperti tas tangan, seterika tanpa wayar ini mempunyai pelbagai ciri keselamatan, termasuk akan terpadam dengan sendirinya selepas 10 minit walaupun anda terlupa untuk menutup suis seterika tadi.

Ciri berkenaan secara tidak langsung berupaya mengurangkan risiko kebakaran dan melindungi si kecil daripada menjadi mangsa lecur.

Foto: Panasonic Malaysia

Plat papan (soleplate) yang lebar berbanding seterika biasa juga membuatkan kedudukannya kukuh di atas papan penggosok sekali pun bergoyang.

Seterika tanpa wayar yang berharga RM359 ini dibina dengan berat 970 gram iaitu kurang daripada satu kilogram, bagi memudahkan pengguna membawa ke mana sahaja.

Ada banyak lagi ciri hebat Panasonic Cordless 360° Freestyle Steam/Dry Iron NI-WL41VSK yang dihadirkan dalam rona ungu yang cukup elegan ini.

Lima kebaikan Panasonic Cordless 360° Freestyle Steam/Dry Iron NI-WL41VSK.

1. Nikmati kebebasan menggosok 360 darjah sama ada secara wap mahupun kering dengan menggunakan pangkalan pengecas.

2. Melancarkan aktiviti menggosok baju tanpa masalah dengan papan plat keluli tahan karat yang dilengkapi tapak leper mudah meluncur untuk hasil menggosok yang licin, dari berbilang arah.

3. Ketika sedang menggosok, anda boleh melaraskan penggunaannya kepada stim dengan menekan butang stim bagi hasil gosokan yang lebih sempurna untuk pelbagai jenis fabrik.

4. Untuk keselamatan, pangkalan pengecas menyahaktifkan selepas 10 minit jika dibiarkan, dipasang dan tidak digunakan, malahan gelendong pengecas yang boleh ditarik dengan kemas menyimpan kord di dalam pangkalan.

5. Beban yang ringan memaksimumkan keupayaan, menjadikan seterika tanpa wayar ini sesuai dibawa untuk kegunaan bengkel kraf tangan, kumpulan penjahit dan pereka.

Jumaat lalu, Panasonic selaku penaja bersama Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2019 yang berlangsung di Pavilion membawa media untuk melihat sendiri kehebatan Panasonic Cordless 360° Freestyle Steam/Dry Iron NI-WL41VSK.

Demonstrasi dilakukan oleh Eksekutif Pemasaran Panasonic, Daniel Ling.

Eksekutif Pemasaran Bahagian Kelengkapan Rumah Panasonic Malaysia, Daniel Ling membuat demonstrasi produk terbaru Panasonic, seterika stim tanpa wayar. NSTP/MUSTAFFA KAMAL

Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Audio Visual, Jabatan Pemasaran Peralatan Rumah, Panasonic Malaysia, Ng Hong Ping (kiri), Pengurus Besar, Jabatan Inovasi Pemasaran, Panasonic Malaysia, Chew Keng Heng (kanan) dan Eksekutif Pemasaran Bahagian Kelengkapan Rumah Panasonic Malaysia, Daniel Ling menunjukkan produk terbaru Panasonic, seterika stim tanpa wayar. NSTP/MUSTAFFA KAMAL

Penulis bersama rakan setugas, Aiza Adriena, juga sempat membuat ulasan mengenai produk hebat keluaran Panasonic ini.

Apa yang mampu penulis katakan, setiap orang wajar memiliki Panasonic Cordless 360° Freestyle Steam/Dry Iron NI-WL41VSK di rumah anda!

Tak percaya, saksikan video eksklusif daripada Hijab & Heels ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 21 Nov 2022
Featured Fri, 9 Mar 2018

Anak-Anak Pasti Teruja Kalau Dapat Tengok Dinosaur Cuti Sekolah Ini

Setiap kali ada cuti sekolah, pastinya ibu bapa antara individu yang paling sibuk mencari lokasi percutian untuk membawa anak-anak. Kononnya untuk ‘reward’ anak-anak yang dah penat lelah pergi sekolah! Waktu cuti sekolah jugalah masa yang sesuai untuk ibu bapa mengambil cuti setelah penat bekerja. Kadang-kadang, si anak ini memilih sendiri lokasi yang mereka mahukan, tetapi permintaan tersebut mestilah dapat kelulusan mak ayah kan? 

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Terpegun Dengan Kecantikan Anna Jobling Sejak Dewi Remaja, Meerqeen Akui Pandang Rupa – “Dia Crush Saya”

Cinta pandang pertama ke ni gais? Hehehehe comel jee! Tak sabar pula min nak tunggu drama Melur Untuk Firdaus 2 😚🤩

Featured Fri, 11 May 2018

5 Kesilapan Memasak Lazim Yang Menjadikan Makanan “Sihat” Anda Hilang Khasiatnya

Walaupun kita gunakan ramuan yang sihat, kalau cara memasak tak betul, tiada gunanya.

Featured Mon, 27 Mar 2023
Acara Fri, 12 May 2023

ABPBH Ke-35 Kembali! Kekalkan Legasi Seni Dengan Iktiraf Bakat Muda

Wah banyak kategori baru untuk ABPBH-35! Jangan lupa undi bintang kegemaran korang sebelum 11 Jun depan 🤩