Featured By: Fadzlena Jafar May 18, 2020 @ 1:40pm

5 tahun tunggu zuriat, ini janji Dr Say Shazril kepada isteri

Kegagalan untuk memperoleh zuriat boleh menjadi punca perceraian dalam kalangan pasangan muda, terutama apabila campur tangan keluarga khususnya ibu bapa mentua yang kerap bertanya soalan keramat itu.

Lebih-lebih lagi apabila tiba Aidilfitri, kegembiraan untuk meraikan Lebaran bertukar pilu apabila sering dilontarkan soalan mengenai cahaya mata.

Itulah yang dirasai pasangan doktor muda, Dr Muhammad Shazril Shaharuddin, 32 dan isterinya, Dr Azura Abas. Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2014 itu juga tidak terkecuali apabila sering ditanyakan soalan mengenai cahaya mata.

Dr Say Shazril ketika mengacara rancangan Tanya Dr Say. (Gambar Instagram @say_shazril)

Dr Muhammad Shazril  atau lebih popular dengan gelaran Dr Say Shazril membina nama menerusi pembabitan dalam pertandingan bina badan dan peragaan, sebelum popular sebagai pengacara program Tanya Dr Say dan kini mempunyai program di YouTube.

Orangnya tampan dan tegap, justeru ramai wanita yang ingin mendekati walaupun beliau sudah mendirikan rumah tangga. Lebih empat tahun berkahwin dengan Dr Azura, beliau akui pelbagai dugaan dilalui apabila masih hidup berdua tanpa kehadiran si comel sebagai pengikat kasih.

Lelaki juga tidak subur

Dalam tiga perkongsian bermula 21 Sepetember 2018, Dr Say Shazril menulis panjang lebar mengenai isu kesuburan. Tajuk kontroversi Bukan Semua Salah Perempuan menjadi tular kerana beliau seolah-olah membuka aib sendiri, namun ramai warga siber yang memuji perkongsiannya itu.

“Pada awal perkahwinan kami memang merancang untuk tidak mempunyai anak kerana masing-masing sibuk dengan latihan sebagai pegawai perubatan. Ketika itu kami di Terengganu, tetapi selepas dua tahun rezeki masih tidak berpihak untuk menimang cahaya mata.

“Apabila berhenti kerja dan kembali ke Selangor masih lagi belum ada rezeki. Tetapi, biasalah apabila isteri tak mengandung masyarakat sering tuding jari kepada wanita. Isteri saya pula bimbang, lebih-lebih lagi dia pernah buat pembedahan di perut,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Topik : Bukan Semua Salah Perempuan Part 2 . Tiba masa sy tuk buat checkup. Sy dgn yakin & bangganya pergi thinking “ah mesti aku ok lah, aku gagah”. Masa pi tu agak ramai lelaki lain yg buat checkup dtg ngn bini masing2. Tp sy relax dtg solo sb yelah kite kuat kan ahaha. Tup tap Semen Analysis (ujian kecemerlangan kuah) sy came back as Teratozoospermia (banyak sperm yg abnormal morfologi, xbnyk sperm yg normal). Terduduk sy bang. . Teringat banyak crita2 yg sy dgr sebelum ni bile psgn xleh pregnant, bini dipersalahkan, suami mintak cerai sb bini mandul. Sy pun pikir lah nasib sy “gulp mati aku bini ak mintak fasakh sb kuah aku basi”. Sy sempat curi2 intai keputusan laki2 lain yg kt situ n mostly semua mcm sy Teratozoospermia cuma yg lebih menyedihkan bini depa ada kt sebelah nk mengadap skali kputusan yg kuah lelaki mereka bukan seperti yg mereka idamkan. . Sy anta kputusan Semen Analysis sy kt specialist sy sebelum sy roger bini sy. Specialist sy reply “not bad, there is still hope, u kena…”. Bila sy dgr “there is still hope” tu, langit jadi cerah gilaaa bakhang. Maka sy terkinja-kinja wassap bini telling her my result n terus dgn cepat sy sandarkan ayat specialist sy “there is still hope”, bini pun akur & positif. . Terus sy amalkan nasihat specialist sy yakni jgn pki seluar ketat2, kurangkan pengambilan caffeine & patuh makan ubat yg disuruh. Awat sperm sy jadi lagu tu? Sy pn xtau, sb sy xamik supplement lama dh tp mmg sy suka gila minum pepsi black dekat 4-5 cawan sehari campur ngn kopi lg & at d same time makan benda2 xsihat. Sy amalkan dekat 2 bulan, lepas tu… Aishhh sabaq naa part 3 coming soon heheh. . #sharingbysay

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Hasil pemeriksaan ke atas Dr Azura, wanita itu disahkan normal, justeru giliran Dr Say Shazril melakukan ujian Analisis Semen yang akhirnya mengesahkan beliau menghidap Teratozoosperma atau jumlah tinggi sperma abnormal.

Hampir terduduk dengan keputusan berkenaan, namun beliau bersyukur apabila dimaklumkan doktor beliau masih mempunyai harapan.

Sejak itu, Dr Shazril mengamalkan gaya hidup sihat dengan menghentikan pengambilan minuman berkarbonat, mengambil makanan sihat dan tidak memakai seluar sendat apabila di rumah.

Kelahiran Aezriel

Hasilnya, tiga bulan kemudian isterinya disahkan hamil dan bayi yang ditunggu-tunggu selama ini selamat dilahirkan pada 5 Mei 2019. Meskipun tidak dapat menyaksikan kelahiran anak sulungnya itu kerana terikat dengan tugasan, kelahiran bayi yang dinamakan Aezriel atau digelar Ace itu disambut dengan penuh kesyukuran

Kelahiran Aezriel yang kini berusia setahun mengukuhkan kasih sayang pasangan dua sejoli itu. (Gambar Instagram @say_shazril)

Begitu pun, beliau akui pernah terfikir isteri mungkin meninggalkannya kerana beliau yang bermasalah lebih-lebih lagi apabila isterinya pernah meminta beliau untuk tidak meninggalkannya jika mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Dalam perkongsian 8 Mei lalu, Dr Shazril yang mengimbas kembali detik suram mereka berdua sebelum dikurniakan Ace mengakui pernah berjanji untuk setia dengan isterinya walau apapun yang terjadi.

“Saya dan isteri mencuba selama lebih empat tahun untuk mendapatkan Ace. Dalam tempoh percubaan ini semestinya pelbagai pahit getir yang kami lalui. Yang saya paling ingat ialah apabila isteri berbisik sayu kepada saya agar saya tidak meninggalkannya sekiranya kami tidak dikurniakan cahaya mata.

“Masa itu saya jawab dengan ‘It’s okay hun. To be honest i am more than happy living my life just with you’ (Saya baik-baik sahaja, sayang. Secara jujur, saya amat gembira hidup dengan awak). Niat untuk mengambil anak angkat pun ada kami bincangkan,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Topik : Pengalaman Setahun Jadi Bapa Sy & bini mencuba selama 4.5 tahun untuk mendapatkan Ace. Dalam tempoh percubaan ni semestinya pelbagai pahit getir yg kami lalui. Yg sy paling ingat was bini sy berbisik sayu kepada sy agar sy tidak meninggalkannya sekiranya kami tidak dikurniakan cahaya mata. Masa tu sy respond dengan “Its okay hun. To be honest i am more than happy living my life just with u”. Niat untuk mengambil anak angkat pun ada kami bincangkan. Yelah its not easy menerima soalan “bila nak dapat anak?” bila anda sudah lama berkahwin. Bagi lelaki chill ja soalan cenggini tapi bagi perempuan, itu ibarat soalan “umur u berapa?” atau “berat badan u berapa?”. Bini terluka durjana & sy kerap terduduk dibuatnya. September 2018 bini lewat periodnya tetapi akibat kami dah hampir putus asa kami anggap ia tidak bererti apa-apa. Kami buat urine test dapat 2 line tapi kami masih kurang percaya. Sehinggalah kami pergi scan kelihatan sebiji kantung, melonjak gira kami dibuatnya! Fast foward Ace was born. Memandangkan sy sudah biasa hidup berdua untuk satu tempoh yg agak lama, pabila muncul orang ketiga, sedikit porak peranda kehidupan saya. Tidur sy yg selama ni cukup 8 jam mula terpendek durasinya. Meroyan dengan rutin baby yg kian bertukar fuuuh tidak terkata bilangannya. Persengketaan dengan bini tentang pembahagian tugas fuuuuuuh bagaikan melawan raksasa. Terduduk terkesima sy dibuatnya. Fast foward Ace masuk setahun. Kalau tanya sy balik, sy hampir terlupa segala sengsara kerana hati sy kini kebanyakannya hanya gembira. Lagi-lagi bila mommy takda, kami berdua jalan di luar pimpin tangan bersama, bergelak-tawa bersama, Ace mengangkat kedua tangannya untuk meminta sy mendukungnya, aish belinang air mata gembira saya. Kehidupan kini cukup bahagia. Akan tetapi bini meminta orang keempat pula. No hal no worries, ada rezeki kita tempuh bersama!

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Mulia sungguh hati Dr Say Shazril, mungkin Allah menguji beliau selama hampir lima tahun tanpa zuriat, namun kerana keikhlasannya terhadap isteri, Allah kurniakan rezeki seorang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang.

Kini, pasangan bagai pinang dibelah dua itu dalam perancangan untuk menambah cahaya mata. Semoga kekal bahagia dengan dikurniakan lebih ramai cahaya mata!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Apr 2020

Petugas barisan hadapan boleh qada puasa jika tidak berkemampuan

Buka puasa agar tidak jejas tugas merawat pesakit

Featured Wed, 29 Apr 2020

Kesalahan berbeza punca dua wakil rakyat hanya didenda RM1,000

Masyarakat perlu faham istilah undang-undang

Featured Tue, 3 Mar 2020

3 tekstil kraf ini dikatakan sesuai disimpan di muzium, ini cara memodenkannya

Pereka tempatan tampil dengan rekaan lebih santai

Gaya Hidup Tue, 25 Dec 2018

Apa Itu Mighty Girl Effect? Jom Baca!

‘Mighty Girl Effect’ iaitu perasaan empati yang wujud dalam diri si bapa ketika melihat cabaran yang perlu ditempuhi anak perempuannya.

Featured Tue, 7 Aug 2018

Ambil Tahu Jangka Hayat Produk Solekan Anda. Jangan Tahu Guna Saja!

Setiap item solekan berbeza tempoh jangka hayatnya!

Gaya Hidup Thu, 11 Oct 2018

Ketahui Risiko Bahaya Akibat Tidur Meniarap

Tidur meniarap boleh menjejaskan kesihatan diri anda.

Featured Thu, 19 Sep 2019
Featured Wed, 27 May 2020

Ekstrak buah-buahan tempatan untuk baja kulit

Bahan kaya antioksidan buat kulit tampak remaja

Featured Fri, 20 Mar 2020

Ubat selesema yang dibangunkan Jepun berkesan merawat koronavirus

Kajian klinikal di China tunjuk kesan positif

| Live TV