familuv By: Ad Ops October 22, 2018 @ 9:00am

5 Tanda Anda Menyusu Anak Dengan Terlalu Banyak & Cara Untuk Mengelakkannya

Bagi ibu yang mempunyai bayi, pernah tak anda terfikir yang anda mungkin terlebih beri makan kepada si kecil?

Seorang bayi mungkin tak boleh beritahu yang dia dah kenyang. Kalau tak perasan, kita pun akan terus berikan susu berlebihan.

Itu sebabnya anda mesti cari tanda-tanda yang mengatakan bayi anda terlebih makan.

Perkara yang menyebabkan overfeeding dalam kalangan bayi adalah:

1. Anda menyusukannya menerusi botol

Botol susu memberikan susu secara free flow, jadi si kecil akan terus teguk susunya walaupun dia dah kenyang.

2. Anda menggunakan botol susu yang besar

Sebuah kajian menunjukkan bayi yang diberi susu dari botol lebih besar sering terlebih minum. Jika anda galakkan dia minum banyak, memanglah dia overweight nanti.

3. Anda memaksa bayi minum susu

Bayi memberi isyarat apabila mereka kenyang, termasuklah berhenti menghisap botol atau berpaling muka daripadanya. Sesetengah ibu bapa mungkin memaksa bayi mereka terus minum.

4. Anda menggunakan botol susu untuk menenangkan bayi

Bila anak merengek, daripada guna puting biasa, sesetengah ibu bapa akan terus memberikannya botol susu supaya dia diam. Ini bermakna mereka akan mendapat makanan lebih daripada apa yang mereka perlukan.

5. Anda memperkenalkan makanan pejal terlalu awal

Seelok-eloknya ini patut berlaku selepas bayi anda berumur 4 bulan. Jika tidak, dia akan makan dengan lebih banyak.

Foto: Newborn Baby

Tanda-tanda bayi anda terlebih makan

1. Bayi anda muntah lebih kerap

Bayi memang sering muntah pun, tapi mereka akan muntah lebih kerap bila mereka terlalu kenyang.

2. Najis cair

Jumlah lampin dengan najis cair akan bertambah.

3. Perut kembung dan berangin

Meminum daripada botol boleh menyebabkan angin disedut sekali. Akibatnya perut bayi anda kembung dan dia rasa tak selesa.

4. Bayi anda lebih kerap meragam

Kolik merupakan sebuah keadaan di mana bayi menangis terus tanpa sebarang sebab jelas dan tak henti-henti. Bila perutnya berangin dan najisnya cair, mestilah bayi anda rasa tak selesa.

5. Bayi anda meminta lebih banyak daripada 1064ml formula/susu badan dalam sehari

Bayi yang dah berumur setahun pun perlukan lebih daripada 887ml susu sehari. Lebih sedikit daripada itu mungkin tak luar biasa tapi menurut American Academy of Pediatrics (AAP), seorang bayi yang meminta lebih daripada 1064ml dikira pelik dan patut diperiksa oleh doktor.

Foto: Nurture Life

Kesan-kesan buruk jika bayi anda terlebih makan

Overfeeding yang kronik boleh menyebabkan:

  • Obesiti
  • Muntah-muntah
  • Asid refluks yang lebih teruk

Cara untuk mengelakkan overfeeding

1. Menyusu badan

Jumlah susu yang dia terima taklah sebanyak susu daripada dalam botol. Susu hanya keluar apabila mereka menghisap jadi tak mungkin mereka terlebih minum.

2. Kekalkan jadual pemberian susu

Tetapkan masa bila anda akan menyusu, lama-lama bayi anda akan ikut. Dia juga akan mula rasa lapar pada waktu yang sama, jadi anda tahu secara khususnya bila nak berikan susu.

3. Tunggu untuk isyarat lapar

Sentiasa alert dan lihat jika bayi anda ada menghisap jarinya ataupun bibirnya bergerak jika disentuh. Bayi yang lapar akan terus menghisap puting. Susukannya hanya bila mereka lapar. Jangan paksa bila mereka sudah kenyang.

Overfeeding seorang bayi merupakan sebuah masalah yang mudah dielakkan jika anda tahu cara menyusu yang betul. Gunakan info di atas sebagai panduan.

Sumber: Mom Junction

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Mar 2019

Ingin memenangi telekung jenama terkenal Siti Khadijah? Ikuti 5 langkah mudah ini!

Peraduan Kongsi & Menang Hijab & Heels tawar 5 telekung SK percuma

Eat Travel Wed, 26 Jun 2019

Anda rasa kurang cerdas? Amalkan enam jenis makanan ini!

Semua jenis makanan ini sangat enak sebagai hidangan.

Featured Tue, 19 May 2020
Featured Mon, 11 Mar 2019
Featured Mon, 13 May 2019

Cara mengqada puasa Ramadan dan membayar fidyah yang ramai keliru  

5 sebab membolehkan seseorang itu dikecualikan daripada berpuasa

Featured Sun, 14 Jun 2020

| Live TV