Featured By: Fadzlena Jafar March 9, 2020 @ 8:32pm

5 wanita dilantik menteri penuh dalam kabinet baharu

Sejarah tercipta apabila kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi menyenaraikan lima wanita memegang portfolio menteri penuh.

Berbanding kabinet sebelum ini yang hanya melantik empat wanita memegang portfolio menteri penuh, pengumuman Perdana Menteri itu nyata hadiah terbaik bagi wanita di negara ini, lebih-lebih lagi semalam merupakan sambutan Hari Wanita Sedunia.

Selain Kementerian Wanita dan Keluarga (sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) yang dikhususkan untuk Ahli Parlimen (MP) wanita, agak sukar bagi wanita memegang portfolio kanan.

Sehingga kini hanya Tan Sri Rafidah Aziz pernah mengemudi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, portfolio kanan  dalam kabinet.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan senarai kabinet baharu. Gambar sumber The Vocket.

Begitupun, ramai tertarik dengan perlantikan Datuk Dr Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi. Kementerian itu yang sebelum ini digabungkan dengan Kementerian Pendidikan kini kembali dipisahkan bagi memastikan agenda pembangunan pendidikan lebih berfokus.

Ketua Wanita UMNO itu dilihat berupaya untuk meneraju kementerian berkenaan berikutan pengalamannya selaku Timbalan Menteri Sumber Manusia, malah turut  memegang jawatan penting apabila dilantik Pengerusi Jawatankuasa Kiri-kira Wang Negara (PAC) dalam kerajaan sebelum ini.

Perlantikan Datuk Seri Nancy Shukri sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan adalah berita yang ditunggu-tunggu ramai. Pengalaman beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini dilihat mampu menjadikan kepelbagaian etknik di negara sebagai tarikan pelancongan.

Berikut ialah senarai wanita yang dilantik Menteri dan Timbalan Menteri dalam kabinet baharu:

  1. Datuk Dr Noraini Ahmad – Menteri Pengajian Tinggi
  2. Zuraida Kamaruddin – Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan
  3. Datuk Seri Rina Mohd Harun – Menteri Wanita dan Keluarga
  4. Datuk Seri Nancy Shukri – Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
  5. Datuk Halimah Mohamed Sadique – Menteri Perpaduan Negara
  6. Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff – Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga
  7. Datuk Hanifah Hajar Taib – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
  8. Datin Mastura Yazid – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
  9. Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Nov 2021

Berjaya Tewaskan Robert Lewandowski, Messi Menang Trofi Ballon d’Or Buat Kali Ketujuh

Penyerang Paris Saint-Germain, Lionel Messi dianugerahkan trofi Ballon d’Or berprestij buat kali ketujuh dalam satu majlis di Theatre du Chatelet, Paris pada Isnin. View this post on Instagram A post shared by Leo Messi (@leomessi)

Featured Tue, 4 Apr 2023

Meerqeen Jadi Artis Malaysia Pertama Dilantik Jadi Duta Jenama Mewah Antarabangsa!

#Meerna mesti seronok baby boss mereka jadi duta jenama mewah👏👏👏

Featured Tue, 10 Jan 2023

Nasihat Suami Jangan Aniaya Wanita, Mawar Rashid Harap Raf Yaakob Tak Kahwin Lain

Pelakon cantik, Mawar Rashid memberi pesanan buat suaminya, Raf Yaakob untuk tidak menganiaya perempuan dengan menduakan hati seorang isteri. @mawarashidMacam mana mood para isteri harini?♬ original sound – mawarashid Menerusi perkongsian di TikTok, Mawar memberi

Eat Travel Thu, 19 Jul 2018
Featured Wed, 11 Jul 2018

Miliki Satu Ijazah, Dua Ijazah Sarjana Dan PHD, Tabik Buat Soo Wincci!

Pelakon dan penyanyi Soo Wincci teruja untuk menerima Ijazah Sarjana keduanya di Berklee Valencia Campus.

| Live TV