familuv By: Ad Ops March 25, 2019 @ 2:00pm

6 jenis gambar kanak-kanak yang tidak patut dikongsi di media sosial

Sebagai ibu bapa, anda semestinya sayang dan bangga dengan anak anda. Gelagat mereka yang comel pastinya membuatkan anda menghargai kehadiran mereka di dalam hidup anda.

Selaras dengan zaman serba moden, laman media sosial menjadi landasan yang paling mudah untuk anda tunjukkan kepada orang lain betapa bagusnya zuriat anda itu.

Kenyataannya anak anda mungkin tampak comel ketika memakai pakaian tertentu, ataupun ketika dia sedang bermain dengan ombak di tepi pantai, tapi ada sesetengah memori dan gambar tidak patut dikongsikan dengan orang ramai.

Anak anda mungkin bukan sahaja akan berasa malu apabila dia besar kelak, anda juga sebenarnya mendedahkan kewujudannya kepada pemangsa dalam talian yang merbahaya.

Satu laporan yang dibuat pada 2012 menunjukkan terdapat sekelompok kumpulan pengguna Facebook yang mempromosi dan berkongsi pornografi kanak-kanak dengan menggunakan akaun mereka sendiri.

Malang sungguh kerana kejadian sebegini masih lagi berlaku. Jadi berwaspadalah sebelum anda memuat naik enam jenis gambar kanak-kanak ini di laman media sosial.

1. Gambar anak orang lain

Sebelum anda memuat naik gambar yang juga menampilkan kanak-kanak yang bukan anak anda, minta izin terlebih dahulu daripada ibu bapa mereka.

Anda mungkin tidak kisah untuk berkongsi gambar anda sendiri, tetapi orang lain mungkin tidak begitu selesa.

2. Gambar sekolah anak anda

Foto: CikguShare.com

Kita mengharapkan pihak sekolah untuk menjaga keselamatan anak anda, tetapi anda bukannya ada di situ untuk memastikan dia dalam keadaan selamat.

Kes culik di kawasan sekolah bukan lagi sesuatu yang pelik kebelakangan ini. Jadi elakkan daripada berkongsi gambar anak anda di sekolahnya ataupun apa-apa yang menunjukkan identiti sekolah berkenaan.

3. Gambar ketika anak anda sedang mandi

Foto: The Bump

Ketika mandi, mestilah anak anda tidak berpakaian. Walaupun anda rasa dia nampak comel, jangan lupa yang pedofil dalam talian mempunyai pemikiran yang lain.

4. Gambar yang anak anda mungkin tidak  mahu berkongsi dengan orang ramai

Walaupun dia masih kecil, ada potensi yang dia tidak akan gembira jika  gambarnya ketika kecil dikongsi dengan orang ramai apabila dia besar kelak.

Jadi sebelum anda kongsikan gambar anak anda yang memalukannya, fikir sejenak. Adakah dia akan like gambar ini?

Lagipun, gambar yang memalukan ini boleh meninggalkan kesan jangka panjang pada kanak-kanak. Ia boleh menyebabkan keresahan dan kemurungan pada masa akan datang.

5. Gambar anda dan anak yang tampak merbahaya

Foto: theAsianparent

Di dalam komuniti dalam talian, ada golongan yang digelar sebagai haters. Mereka gemar mengkritik apa jua perkara, termasuklah keibubapaan.

Untuk mengelak daripada menjadi mangsa, fikir dua kali sebelum memuat naik gambar anda dan anak yang menunjukkan aksi yang mungkin membahayakan.

Contoh ialah gambar ketika anda sedang memandu dan anak anda pula diletakkan di riba sambil dia memegang stering. Contoh lain ialah gambar ketika anda melambung anak ke udara sebelum menangkapnya.

Orang lain tidak tahu apa yang berlaku selepas gambar itu dirakam, boleh jadi ada kemalangan dan mungkin juga anak anda selamat serta tiada sebarang kecederaaan berlaku terhadapnya.

Jadi mereka akan menilai cara anda membesarkan anak menurut apa yang mereka nampak. Kesannya, hati anda mungkin terguris.

6. Gambar lokasi percutian anda

Dengan memuat naik gambar percutian anda sekeluarga, anda sebenarnya mendedahkan diri dan keluarga anda kepada bahaya.

Orang lain akan tahu yang anda tiada di rumah lalu mengambil peluang ini untuk memecah masuk. Pedofil juga boleh menggunakan maklumat ini untuk mencari mangsa.

Walaupun situasi di atas berbunyi ekstrem, lebih baik kita beringat sebelum ia berlaku.

Sumber: theAsianparent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Jan 2020
Cahaya Mata Sat, 6 Aug 2022

“Mohon Doakan Kesihatan Suami Saya” – Ako Mustapha Dikesan Alami Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru

Allahuakbar semoga Ako diberikan kesembuhan dengan segera. Semoga isteri dan anak-anaknya tabah hadapi ujian ini ❤️

Featured Fri, 24 Sep 2021
Featured Mon, 1 Jul 2019
Featured Wed, 2 Nov 2022

Didakwa Riyak Kerana Sumbat Wang RM2 Juta Dalam Bonet Lamborghini, Usahawan Ditempelak Netizen – “Van Jenazah Lagi Luas”

Seorang usahawan dan juga pempengaruh teruk dikecam oleh warganet akibat memuat naik video bersama kereta mewah Lamborghini miliknya. Usahawan itu memberitahu kepada wargamaya bahawa kereta mewah itu mempunyai bonet yang kecil dan tidak boleh memuatkan […]

Featured Fri, 7 Oct 2022
Featured Thu, 26 May 2022