Featured By: Ad Ops August 7, 2018 @ 12:00pm

6 Perkara Merbahaya Yang Boleh Berlaku Jika Anda Minum Air Lemon Terlalu Banyak

Dari dulu anda diberitahu untuk minum 2 liter air sehari. Tapi bosannya kalau minum air putih begitu saja.

Dengan menambahkan kepingan buah lemon ke dalam air itu, ia taklah susah sangat untuk ditelan kerana ada sedikit rasa. 

Lemon water juga dipuji oleh para pakar kesihatan dan selebriti kerana kebaikannya yang pelbagai, seperti mengelakkan dehydration, membantu pencernaan dan menyokong penurunan berat badan. 

Tapi, seperti banyak perkara dalam hidup kita, kalau ia diminum terlalu banyak, tak elok juga. 

Berikut adalah 6 perkara bahaya yang boleh terjadi apabila anda meminum terlalu banyak lemon water.

Ia boleh merosakkan gigi

Foto: theheartysoul.com

Walaupun jus lemon boleh nampak tak memudaratkan, ia boleh menjejaskan kesihatan gigi anda. 

Memandangkan lemon adalah sangat berasid, pendedahan yang kerap boleh menghakis enamel gigi anda, menurut American Dental Association. Gigi anda akan nampak kuning, dan apabila anda menyentuhnya dengan lidah, permukaannya rasa kasar. 

Kalau anda nak juga minum, sila gunakan straw supaya ia tak terkena sangat pada gigi. 

Ia boleh buat anda sakit perut

Walaupun jus lemon ada banyak kebaikannya dari segi kesihatan, ia juga boleh menyebabkan kesan sampingan seperti pertumbuhan ulser, dan gangguan pencernaan (GERD), menurut Livestrong. 

GERD, atau gastroesophageal reflux disorder, dibentuk oleh makanan berasid dan boleh mengakibatkan muntah-muntah, pedih ulu hati dan rasa loya. 

Kulit lemon adalah rumah kepada organisme yang tak diingini

Foto: Chad K/Flickr

Jika anda fobia kuman, lebih elok anda tak letakkan kepingan lemon ke dalam air anda, sekurang-kurangnya bila anda di restoran. 

Di dalam sebuah kajian oleh Journal of Environmental Health, para penyelidik telah mengkaji kulit dan isi lemon di lebih daripada 21 buah restoran.

Kesimpulannya, mereka mendapati hampir 70% daripada lemon itu mengandungi organisme seperti E. Coli yang boleh mengakibatkan muntah-muntah dan cirit-birit. Eeee!

Untuk mengelakkan diri ada daripada terdedah kepada kuman, perah jus lemon tersebut daripada memasukkan kepingan lemon itu terus ke dalam gelas anda.

Penggunaan concentrated lemon juice boleh menyebabkan kaviti

Masa kecil dulu, anda diberi warning untuk tidak makan gula-gula terlalu banyak, kerana takut dapat kaviti. Hmm… nampaknya bukan gula-gula saja yang boleh menyebabkan gigi reput.

Menurut Healthline, kaviti adalah kesan daripada bakteria perosak yang mencerna gula dalam makanan dan mengeluarkan asid.

Walaupun air lemon dengan sendirinya takkan menyebabkan kaviti, ia boleh terjadi jika anda campurkannya dengan gula ataupun gunakan jus lemon concentrated daripada jus lemon yang diperah segar.

Apa itu concentrated lemon juice? Ia dibuat dengan mengalihkan semua air daripada jus lemon. Ia masih dijual di pasaran dalam bentuk cecair tapi ia selalunya lebih masam daripada jus lemon segar. Rasa lemonnya lagi pekat (macam kordial), jadi anda tak perlu pakai banyak untuk dapatkan rasa lemon.

Ia boleh membuat ulser mulut lagi teruk

Foto: Shutterstock

Pedihnya kalau ada ulser di mulut! Selalunya ia akan surut dalam masa seminggu atau dua. Tapi jika anda minum air lemon sementara itu, lagi lambatlah ia akan pulih. 

Air lemon bukan saja boleh menyebabkan gigi reput, tapi ia juga boleh memudaratkan lagi luka-luka di dalam mulut, menurut American Dental Association.

Jus buah sitrus boleh mencetuskan migrain

Jika anda sering sakit kepala, anda patut tahu yang ada beberapa jenis makanan atau minuman yang boleh menyebabkan anda alami sakit ini. Salah satunya adalah buah sitrus.

Beberapa kajian sepanjang beberapa tahun lepas telah menjumpai kaitan di antara migrain dan buah sitrus. Rebecca Traub, seorang neurologist daripada ColumbiaDoctors, memberitahu Health yang ramai doktor kini menganggap buah seperti lemon sebagai pencetus migrain.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Sep 2022
Featured Wed, 27 May 2020

Ekstrak buah-buahan tempatan untuk baja kulit

Bahan kaya antioksidan buat kulit tampak remaja

Eat Travel Wed, 11 Sep 2019
Featured Sat, 3 Dec 2022
familuv Thu, 19 Jan 2023

[VIDEO] Kongsi Video Memasak, Ramai Puji Anak Aliff Syukri – “Dahlah Cantik, Pandai Masak Pula Itu!”

Umum mengetahui, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida Rashid iaitu Qadejah Elzahra sememangnya minat memasak. Terbaru, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Shahida di laman Instagram yang […]

Featured Fri, 10 Mar 2023
familuv Sat, 26 Nov 2022

Genap 5 Tahun Kahwin, Ucapan Anniversary Aisyah Hijannah Untuk Alif Teega Undang Sebak

Personaliti media sosial, Aisyah Hijannah menjadi tumpuan warganet setelah memuat naik hantaran momen sepanjang perkahwinan bersempena sambutan ulang tahun yang kelima.   View this post on Instagram   A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah) […]

Featured Fri, 2 Jun 2023