Featured By: tex_admin October 5, 2018 @ 4:00pm

6 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Minum Air Sarang Burung Untuk Kecantikan

Kita semua dah tahu bahawa sarang burung walet adalah ‘suplemen kecantikan’ yang sangat bermanfaat bukan sahaja untuk kecantikan malah kesihatan juga!

Ditenun oleh burung Walet melalui air liurnya, sarang burung yang boleh dimakan ini adalah salah satu ‘tonik’ yang paling popular dalam perubatan tradisional Cina.

Adakah anda peminum tegar air sarang burung ini? Nah! Penulis senaraikan fakta dan kepercayaan yang menarik mengenai sarang burung yang wajib anda tahu.

Foto: TheSmartLocal

1. Sarang burung sebaiknya dimakan ketika perut kosong

Dalam perubatan tradisional Cina, sarang burung dikelaskan sebagai tonik. Sebaiknya, ia perlu diambil sebelum makan untuk membolehkan tubuh menyerap nutrien dengan baik.

2. Warna sarang burung bukan berasal daripada darah burung walet

Ada yang percaya bahawa warna merah sarang burung adalah berasal daripada darah burung Walet itu sendiri. Ianya tidak benar ya! Warna merah adalah disebabkan oleh pengoksidaan atau mineral yang diserap dari alam sekitar.

3. Kaum lelaki boleh manfaatkan sarang burung untuk imuniti dalaman

Untuk pengetahuan anda, sarang burung mempunyai kandungan glycoprotein yang tinggi, faktor pertumbuhan dan sifat bertenaga neutral yang dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Foto: Eu Yan Sang

4. Sarang burung secara tradisional digunakan sebagai makanan tambahan

Menurut kajian moden, sarang burung kaya dengan faktor pertumbuhan epidermis iaitu Epidermal Growth Factor (EGF). Bahan ini bertanggungjawab untuk memperbaiki tisu kulit. Sebab itulah sarang burung terkenal untuk mengekalkan awet muda dan rawatan kulit wajah.

5. Warga tua boleh guna sarang burung untuk mengekalkan dan meningkatkan kesihatan

Sarang burung juga digunakan secara tradisional untuk membersihkan Phlegm, mengurangkan batuk kering yang kronik dan melegakan keletihan. Sarang burung juga boleh digunakan untuk merangsang selera makan, memperbaiki pencernaan dan merangsang pergerakan usus menjadi lebih baik.

Foto: Edible Bird’s Nest

6. Sarang burung baik untuk kanak-kanak

Bagi anda yang mempunyai anak, mungkin dah boleh mula beri anak anda minum air sarang burung. Ini kerana, sarang burung yang mengandungi protein, asid amino dan mineral berfungsi untuk pertumbuhan sihat. 

Dalam perubatan tradisional Cina, penggunaan sarang burung secara berterusan dapat membantu menghalang selesema selain meningkatkan fungsi paru-paru dan buah pinggang. Sarang burung juga membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Banyak kan manfaat sarang burung ini? Tapi, penulis nak pesan, sebelum anda beli produk sarang burung, anda perlu ambil kira tentang kualitinya, janganlah beli yang tak original! Lain pula jadinya nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Wanista & Euyansang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Jun 2023
Featured Mon, 24 Feb 2020
Featured Sat, 14 Jan 2023

Nafas Naga Gabungan Mantap Filsuf & Black Hanifah

Kerjasama antara rapper Filsuf dan Black pastinya membawa satu lagi warna dan kejutan kepada seluruh pencinta muzik tanah air menerusi lagu ‘Nafas Naga’. Lagu ‘Nafas Naga’ hasil ciptaan Filsuf dan lirik oleh Arisz Ab Rahman […]

Acara Tue, 21 Aug 2018

Sertai Tarian Kecergasan Di Gegaria Fest, Putrajaya. Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda!

Cabutan bertuah bernilai lebih RM2000 termasuklah FitBit Alta HR, peralatan elektrik dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti anda.  

Featured Fri, 2 Sep 2022

Busana Disamakan Seperti ‘Kertas Minyak’, Netizen Puji Izara Aishah Sebab…

Punya cantik outfit Izara netizen senang-senang samakan dengan kertas minyak lah leather seat lah 🤣😅

Oh Lawa Sun, 8 Apr 2018

Trend Terbaru Bulu Kening Dipanggil Garden Brows, Memang Macam Taman!

Ingatkan golongan Insta-famous ni dah ketandusan idea untuk trend bulu kening pelik-pelik, tapi rupa-rupanya ada lagi!

Featured Thu, 21 May 2020

Bukan sahaja diarah berpatah balik, malah dikenakan kompaun serta-merta!

Kerajaan bimbang penularan wabak COVID-19 kembali rancak

Featured Fri, 5 May 2023
error: Content is protected !!