Featured By: Ad Ops January 17, 2018 @ 8:52am

7 Bahana Kanta Lekap

Jika dulu kanta lekap digunakan sebagai alternatif untuk menggantikan penggunaan cermin mata bagi mereka yang mengalami masalah rabun, namun seiring dengan arus kemodenan, penggunaan kanta lekap kini menjadi trend popular untuk wanita bagi tujuan fesyen dan kosmetik.

Kepelbagaian corak dan warna kanta lekap menarik yang berada di pasaran menjadikan ia antara aksesori yang perlu ada di kalangan wanita masa kini. Disebabkan permintaan yang tinggi, kanta lekap kini dijual tanpa kawalan oleh agen tidak berdaftar seperti di pasar malam, pusat kecantikan, kedai runcit dan secara atas talian.

Namun, kerana ingin tampil cantik serta menaikkan aura mata mereka, ada segelintir wanita sanggup memakai kanta lekap yang tidak berdaftar tanpa mempedulikan soal kesihatan mata mereka. Bagi mereka yang masih berdegil, ini antara risiko serta komplikasi yang mungkin terdedah kepada anda jika tidak menggunakan kanta lekap dengan cara yang betul.

1. Iritasi

Kanta lekap boleh menyebabkan lapisan mata mudah tergores dan teriritasi. Radang atau iritasi terjadi kerana mata dimasuki debu, bendasing dan sebagainya. Tanda awal iritasi ialah mata menjadi merah dan jika tidak ditanggalkan, mata berpotensi dijangkiti kuman sekaligus menyebabkan permukaan selaput mata bertukar menjadi putih dalam masa 24 jam. Ia juga boleh mengakibatkan kebutaan jika tidak dirawat dengan segera.

2. Mata kering

Sindrom mata kering atau Keratoconjunctivitis Sicca akan menyebabkan timbul bintik (keratitis) kronik pada kornea bawah. Komplikasi ini disebabkan oleh perembesan air mata pemakai yang tidak mencukupi. Mereka yang mengalami simptom ini akan merasa mata mereka seperti terbakar, air mata sering keluar serta cairan di mata berlebihan.

3. Vaskularisasi Kornea

Vaskularisasi kornea merupakan pembentukan pembuluh darah dalam jaringan avaskular (kornea) yang berlaku akibat kekurangan oksigen disebabkan pemakaian kanta lekap yang terlampau lama. Ia mampu mengakibatkan seseorang itu kurang penglihatan serta timbul pembuluh darah di kornea.

4. Superficial Punctate Keratitis (SPK)

Permukaan kornea mata akan menjadi rosak disebabkan pemakaian kanta lekap terlalu lama sehingga menyebabkan mata kekurangan oksigen (hypoxia) dan alergi. Pemakai akan merasa tidak selesa, menjadi sangat sensitif pada cahaya (photophobia) dan timbul bintik-bintik di kornea mata.

5. Korneal Edema

Kekurangan oksigen pada mata juga boleh membuatkan cairan dalam kornea menjadi berlebihan sehingga menimbulkan stress pada kornea. Ia akan menyebabkan penglihatan pemakai menjadi kelam, mata merah dan tidak selesa serta photophobia.

6. Infiltrates

Jika penglihatan anda berkurangan, timbul bintik putih di mata serta mata menjadi merah, ia mungkin merupakan gejala bagi infiltrates iaitu keradangan pada jaringan mata disebabkan oleh kanta lekap yang kurang bersih, kekurangan oksigen pada mata dan tindak balas alahan sehingga menimbulkan jangkitan.

7. Microbial Keratitis

Microbial keratitis terjadi apabila organisme berbahaya seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus masuk ke dalam kornea mata hingga mengakibatkan pembengkakkan. Pemakai akan mengalami sakit pada mata, photophobia, air mata berlebihan, mata merah, dan penglihatan berkurang. Jika sudah parah, mata akan mengeluarkan nanah.

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid dan

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 Apr 2022
Gaya Hidup Fri, 20 Apr 2018

Peminat Salted Eggyolk Mesti Cuba Resipi Ayam Goreng Oleh Chef Cilik Danish Harraz Ini

Salted eggyolk croissant dah biasa sangat, jadi anda kena try makan dengan dengan ayam goreng pula. Gerenti rasa power!

Featured Tue, 26 Oct 2021

Gadis Teruja Pertama Kali Bertemu Teman Lelaki Selepas 11 Bulan Bercinta Dalam PUBG

Permainan video nampaknya semakin popular dalam kalangan anak muda masa kini. Malah, ada yang menjadikan platform permainan video sebagai tempat berkenalan dan bertemu jodoh. Siapa sangka, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @raden.girin ini telah […]

Featured Sun, 19 Mar 2023
Featured Wed, 24 May 2023
Featured Wed, 7 Jul 2021

3 Cara Mudah Mohon Moratorium Secara Automatik

Moratorium automatik selama 6 bulan bermula Julai telah diumumkan oleh Perdana Menteri untuk semua peminjam Individu B40, M40 & T20 di bawah Pakej Bantuan PEMULIH hari ini. Mulai hari ini, semua golongan peminjam boleh mendapatkan […]