Featured By: Nani Ramlee March 10, 2020 @ 9:00am

7 cara efektif dan mudah halau lipas, ‘Cik Li’ pasti lari!

Terserempak dengan lipas terutamanya lipas terbang bukan satu perkara main-main, lebih-lebih lagi buat mereka yang mengalami Katsaridaphobia iaitu takut kepada lipas.

tip berkesan halau lipas

Kredit gambar: Being Indian

Bukan sahaja boleh menyebabkan badan menjadi ‘lumpuh’ atau kaku apabila ternampak serangga perosak itu, silap hari bulan, ada yang lemah lutut, panik dan boleh pengsan dibuatnya.

tip berkesan halau lipas

Kredit gambar: Goody Feed

Kebiasaannya orang akan menggunakan semburan racun serangga, ubat gegat, ubat lipas dan perangkap gam untuk menangkap spesies itu. Semestinya cara itu tidak digalakkan lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai anak kecil di rumah.

Hal ini kerana kandungan racun dan bahan kimia mungkin boleh mendatangkan bahaya jika termakan atau tersentuh. Jadi, Hijab & Heels kongsikan cara atau petua yang selamat untuk digunakan bagi menghalau dan membunuh lipas.

1. Daun pandan

tip halau lipas

Kredit gambar: Careta

Inilah ‘senjata’ kuat untuk menghalau sang lipas. Koyakkan atau hiris nipis daun pandan dan letakkan di kawasan yang berpotensi banyak lipas seperti dalam kabinet, sudut gelap di dapur, stor, kereta dan sebagainya. Bau daun pandan akan membuatkan lipas lari dan tidak akan membiak lagi di rumah.

2. Lemon

tip halau lipas

Sama juga seperti daun pandan, hiris lemon dan letakkan di tempat gelap yang selalu ada lipas. Selain dapat menghalau lipas, lemon juga akan menyegarkan bau di ruang tersebut. Jangan lupa gantikan yang baharu jika lemon sudah kering.

3. Serai wangi

tip halau lipas

Kredit gambar: SAYS

Ye, lipas memang benci dengan bau yang wangi. Siatkan beberapa batang serai dan letakkan di bahagian yang selalu ada lipas. Nescaya bau serai yang kuat dan wangi itu akan membuatkan lipas tidak akan datang lagi di situ.

4. Air sabun

tip halau lipas

Lipas memang selalu membuat kejutan dalam tandas sebab lubang tandas adalah tempat ia membuat sarang. Jadi, penggunaan air sabun sangat sesuai untuk membunuh serangga itu. Letakkan air sabun dalam botol semburan dan apabila nampak lipas, terus sembur.

tip berkesan halau lipas

Kredit gambar: Liputan6.com

Air sabun boleh menyebabkan pernafasan lipas tertutup sekali gus membunuhnya. Ada juga yang menghiris sabun mandi dan meletakkan di ruang yang ada lipas, justeru anda boleh gunakan kedua-dua cara tersebut untuk menghalau lipas.

5. Timun

tip halau lipas

Kredit gambar: Petua Tradisional

Jika selama ini kita buang bahagian pangkal dan hujung timun, selepas ini bolehlah guna bahagian itu untuk menghalau lipas. Hanya letak di tempat yang ada lipas dan lihatlah kesannya nanti.

6. Buah pelaga dan kayu manis

tip halau lipas

Lipas sangat benci dengan bau kuat rempah ratus. Ambil beberapa biji buah pelaga dan tumbuk sedikit dengan kulit kayu manis. Letakkan di kawasan yang tersorok dan gelap. Bau daripada bahan tersebut boleh menghalang pembiakan lipas.

7. Daun bay

tip halau lipas

Kredit gambar: Tasting Table

Daun bay juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Ambil beberapa helai daun bay dan tumbuk hingga halus. Kemudian, taburkan daun itu di kawasan yang ada lipas.

tip berkesan halau lipas

Kredit gambar: Rentokil

Petua-petua juga, paling penting jaga kebersihan supaya tidak mengundang lipas untuk bertandang ke rumah. Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Aug 2019

Transformasi luar biasa seni macrame, rotan dan daun kering jadi pilihan mempelai!

Konsep perkahwinan berkonsepkan Boho jadi pilihan pengantin 2019

Eat Travel Mon, 17 Dec 2018

Cuba Resipi Nasi Goreng Ini Yang Gerenti Berkhasiat Untuk Anak Anda

Rasanya cukup sedap untuk menambat seleranya!

Featured Fri, 17 May 2019
Featured Mon, 31 Dec 2018

5 Kebaikan Fish Oil Kepada Kesihatan Manusia

Kajian telah menunjukkan bahawa fish oil dan suplemen omega-3 dapat memperbaiki gejala kemurungan. 

Featured Wed, 6 May 2020
Featured Thu, 19 Mar 2020
Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Featured Tue, 19 Jun 2018
familuv Mon, 30 Jul 2018

10 Kebaikan Membedung Bayi Yang Anda Tidak Tahu

Bayi yang dibedung lebih lena tidur berbanding bayi yang tidak dibedung.

| Live TV