Featured By: Ad Ops September 24, 2019 @ 10:00am

7 cara mudah untuk jadikan rumah anda lebih mesra alam

Apabila bumi kita dibelenggu dengan pelbagai masalah alam sekitar, pelbagai penyakit akan muncul sekali gus kita juga akan mengalami gangguan kesihatan berpunca daripada bumi yang tidak bersih.

Sehubungan itu, kita sebagai penghuninya haruslah bertindak atau melakukan sesuatu bagi memastikan bumi menjadi planet yang sihat dan selamat untuk didiami.

Apabila menyebut mengenai tindakan yang perlu dilakukan untuk menyelamnatkan bumi, pasti ramai terfikir mungkin belanja yang amat besar diperlukan untuk menjadikan bumi sebagai satu ‘kawasan’ selamat terhadap penghuninya.

Jangan salah faham, kita tidak semestinya perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk tujuan itu, sebaliknya sedikit usaha seperti mengubah amalan seharian di rumah pun sudah boleh membawa kebaikan kepada bumi.

 

Salah satu contoh ialah dengan mengamalakan tiga langkah ini, mengurangkan (reduce), guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle). Dalam erti kata lain, anda boleh kitar atau guna semula apa sahaja yang boleh. 

Apabila dilakukan sedikit demi sedikit, lama-lama ia akan mendatangkan hasil yang bukan sahaja mampu membantu bumi malah membantu anda menjimatkan wang.

Tiada idea untuk bermula dari mana? Ikuti enam cara di bawah yang anda boleh lakukan untuk menjadikan rumah anda lebih mesra alam, seperti yang dicadangkan oleh Goodful.

Sumber: Energy Outlet

Tukar lampu rumah ke versi LED

Sumber: South East Electrical

Jika anda ingin menjimatkan penggunaan elektrik di rumah, lampu jenis ini memang membantu. Ia datang dalam bentuk mentol dan tiub (serupa dengan lampu kalimantang).

Lampu LED bukan saja menjimat tenaga, malah ia boleh tahan lima kali lebih lama daripada mentol biasa. Lampunya tidak panas dan tidak memancarkan sinaran ultraungu.

Tukarkan lima biji lampu yang paling kerap digunakan di rumah dan lihat sendiri berapa banyak wang yang anda boleh jimat dalam pembayaran elektrik bulanan.

Elak guna alat yang hanya boleh digunakan sekali

Sumber: The Spruce

Banyak pihak sudah mengurangkan penggunaan beg plastik kerana ia akan menyumbang kepada pencemaran dan pertambahan sisa buangan, malah ia sukar untuk dikitar semula.

Jika boleh, kurangkan penggunaan single-use plastic, iaitu beg plastik yang hanya boleh digunakan sekali sahaja. Sebaliknya, guna bekas yang boleh dipakai semula.

Selain itu, jangan gunakan kertas tisu untuk mengelap. Sediakan sehelai kain atau span tetap yang boleh dibasuh dan digunakan semula untuk membersihkan sebarang kotoran.

Kurangkan penggunaan perkakas pemanas air ketika mandi

Sumber: buyrainbow

Kita sangat beruntung kerana iklim di Malaysia ialah panas dan lembap, jadi kita tidak perlulah bergantung sepenuhnya kepada perkakas ini.

Untuk memanaskan air, ia memerlukan tenaga yang banyak. Jadi jika anda masih perlu gunakannya, cuba kurangkan kadar kepanasan pada mesin itu.

Gunakan air sejuk ketika mencuci pakaian

Sumber: Cnet

Sesetengah mesin basuh menawarkan pilihan untuk mencuci baju dengan air panas. Kononnya kotoran degil dan kuman akan tertanggal dengan lebih mudah jika menggunakan air panas.

Sama juga seperti pemanas air, mesin basuh anda akan memerlukan lebih banyak tenaga untuk memanaskan air. Jadi lebih baik anda gunakan air sejuk saja. Pilihan ‘Eco Mode’ pada mesin basuh anda pun elok.

Lagipun, penggunaan air panas mungkin akan merosakkan fabrik anda sahaja.

Guna mesin basuh pada waktu malam

Sumber: Thriftyfun.com

Jika mempunyai pilihan, cuci pakaian pada waktu off-peak hours iaitu apabila permintaan tenaga lebih kurang. Tidak salah jika anda mahu menyidai pakaian pada waktu malam! Yang penting, ia pasti akan mengurangkan kos elektrik.

Daripada menggunakan mesin pengering baju, lebih bagus jika anda biarkan kain ataupun pakaian yang dibasuh kering secara semula jadi dengan menyidainya di ampaian.

Tetapi jika anda ingin menggunakan mesin pengering, pastikan habuk benang tidak terkumpul. Jika lubang angin mesin itu tersumbat, ia akan melambatkan proses pengeringan. Secara tidak langsung, ia akan menelan lebih banyak tenaga.

Simpan tumbuhan yang boleh membersihkan udara

1. Aloe Vera (A. Barbadensis Mill)

Sumber: Refinery29

Ia mampu menghapuskan bahan kimia di udara yang datang daripada cecair pencuci rumah. Ia juga efektif dalam menghapuskan benzene, sejenis bahan kimia toksik yang dijumpai dalam dinding dan asap rokok.

2. Kimberly Queen Fern (Nephrolepis Obliterata)

Sumber: Allure

Tumbuhan ini ialah salah satu spesies terbaik dalam menyerap bahan kimia merbahaya tanpa merembeskannya.

Ia memang bagus dalam mengurangkan formaldehyde, sejenis pencemar udara yang biasa didapati di dalam rumah dan pejabat.

3. Bamboo Palm (Dypsis Lutescens)

Sumber: Plantz

Pokok ini membersihkan udara daripada karbon monoksida, benzene dan formaldehyde dengen merembeskan air bersih ke udara.

4. Snake Plant (Sansevieria Trifasciata)

Sumber: Crocus

Tumbuhan ini diketahui mampu menghapuskan formaldehyde dan benzene daripada udara. Ia menghasilkan sejumlah besar oksigen baharu setiap malam dan menjadikan rumah anda berbau segar.

Jadi jom selamatkan bumi kita!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 27 Dec 2018

Gaji Wanita Ini RM4400 Sebulan Dengan Hanya Duduk Di Atas Sofa Sahaja!

Wanita ini bertuah dipilih sebagai penguji sofa.

Featured Tue, 7 Feb 2023
Featured Thu, 25 Nov 2021

Polis Siasat Insiden Lelaki Nyaris Digilis Lori Kontena Ketika Isi Angin Tayar Motosikal

Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian membabitkan seorang lelaki yang hampir digilis sebuah lori kontena di pekarangan sebuah stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman pada pagi Rabu. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner

Featured Sat, 26 May 2018
Gaya Hidup Fri, 13 Apr 2018

Seronoknya Bila Diberi Diskaun Gila-Gila, Ini 10 Tips Gerenti Dapat Harga Durian Runtuh

Bagaimanapun taktik tawar-menawar yang dilakukan, harus guna pakai pendekatan secara hemah kerana jika tidak anda boleh mengundang rasa ketidakpuasan hati peniaga.

Acara Fri, 24 May 2019

400 vendor dan 60 selebriti di Star Vendors Mega Raya Fest 2019

Peluang beli keperluan Aidilfitri 72 jam tanpa henti

Events Sat, 18 Jun 2022

“Lepaih Ni Turn Depa Pulak” – Tayang Bakal Menantu? Cantiknya Kekasih Anak Che Ta!

Sama cantik sama padan min tengok depa ni 😍 Mak mentua dengan bakal menantu pun segak kemain nampak seiras pulak tu 🥰

Featured Mon, 4 Oct 2021

| Live TV