familuv By: Ad Ops October 8, 2018 @ 9:26am

7 Mitos Tentang Kehamilan Yang Anda Kena Berhenti Percaya

Bila anda beritahu orang lain yang anda sedang berbadan dua, mereka mesti berkata “Tahniah!” dan juga beri nasihat dan tip-tip mengenai kehamilan.

Walaupun sesetengah daripadanya boleh diterima pakai, yang selebihnya mungkin adalah berdasarkan mitos. Tak tahulah betul atau tak.

Profesor dalam bidang sakit puan, Dr Mary Jane Minkin dari Yale University dan Dr Rachel Urrutia dari UNC, berkongsi sedikit tentang kesahihan di sebalik mitos-mitos kehamilan yang paling common serta kenapa kita tak patut percaya.

Mitos 1: Anda tak boleh bersenam

Rachel berkata senaman memang berfaedah untuk wanita mengandung. Antara kebaikannya adalah risiko anda melahirkan anak melalui kaedah Caesarian adalah lebih rendah, dan berat badan anda takkan naik banyak sangat.

Senaman ketika hamil juga boleh membantu dari segi mengurangkan sakit belakang, sembelit, kerosakan sendi, tidur nyenyak, peraliran darah, serta mendapatkan semula bentuk badan anda ketika sebelum anda hamil.

Mitos 2: Anda patut elakkan makan semua jenis makanan laut

Foto: wallpaper.nangguk.co

Pada mulanya, orang bimbang terhadap kandungan merkuri dalam sesetengah jenis ikan tapi ada banyak laman web di mana wanita boleh periksa sendiri ikan mana yang paling berisiko. 

National Fisher’s Institute ada panduan lengkap yang menerangkan ikan mana wanita hamil boleh makan, dan yang mana mereka patut avoid. Selalunya kandungan merkuri tinggi dalam ikan pemangsa seperti ikan todak, bigeye tuna dan king mackerel.

Mitos 3: Anda kena makan untuk dua orang

March of Dimes melaporkan yang anda hanya perlukan 300 kalori tambahan setiap hari ketika hamil untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.

Namun begitu, badan setiap orang adalah berbeza dan hanya anda yang tahu apa yang sesuai untuk diri anda sendiri. Untuk info khusus tentang pengambilan kalori ketika kehamilan, rujuk doktor atau pakar sakit puan anda.

Mitos 4: Rasa pedih ulu hati bermakna anak anda akan berambut banyak

Foto: anekoho/Shutterstock

Sebuah kajian pada tahun 2006 menjumpai kaitan di antara pedih ulu hati (heartburn) dan jumlah rambut pada bayi seseorang wanita itu. Tapi Jane tak rasa ia cukup untuk membuktikan mitos ini.

Wanita hamil sering mengalami pedih ulu hati kerana injap di antara esofagus dan perut relaks dan terbuka. Selalunya untuk orang yang tak hamil, injap tersebut mengekalkan asid di dalam perut. Tapi jika anda hamil, asid itu akan naik dan menyelaputi esofagus. Ketika itulah wanita tersebut merasai heartburn.

Lagipun, ramai orang mengalami heartburn dan ramai bayi dilahirkan dengan banyak rambut. Jadi kalau nak kaitkan kedua-duanya, macam tak logik.

Mitos 5. Anda perlu berhenti minum kopi

Rachel berkata secawan minuman kafein atau dua kali sehari belum pernah dibuktikan boleh membahayakan seorang wanita hamil. 

The American College of Obstetricians and Gynecologist (ACOG) juga menyokong pendapat ini. “Meminum kurang daripada 200mg kafein sehari tidak muncul sebagai faktor besar bagi keguguran atau kelahiran bayi yang tak cukup bulan.

ACOG walau bagaimanapun memberi amaran yang tak banyak kajian telah dilakukan untuk mengenalpasi jika ada korelasi di antara pengambilan kafein yang tinggi dan keguguran. Jadi hati-hatilah, ya.

Mitos 6: Jika anda mengidam, itu bermakna anda kekurangan nutrien

Foto: Dragana Gordic/Shutterstock

Ramai orang kata anda boleh lihat sendiri nutrien mana yang kurang dalam badan anda berdasarkan makanan yang anda mengidam nak makan. Tapi Jane tak rasa teknik itu boleh dipercayai.

“Senang saja kalau nak periksa jika anda kekurangan nutrien: ambil ujian darah. Selalunya ia akan menunjukkan yang anda tak kekurangan apa-apa nutrien pun.”

Mitos 7: Anda tak boleh mewarnakan rambut

Kononnya molekul daripada pewarna rambut itu akan memasuki aliran darah anda dan akhirnya memberi efek negatif kepada fetus. Hmm… bunyi macam logik tapi ia tak berdasarkan fakta yang sahih.

“Kebanyakan molekul pewarna rambut adalah besar jadi mereka takkan boleh menembusi kulit kita,” kata Rachel. “Tapi apa-apa yang anda letak pada kulit memang boleh memasuki aliran darah anda dan malangnya belum ada banyak lagi kajian yang dilakukan tentang hal ini.”

Sementara itu, American Pregnancy Association melaporkan yang pewarna rambut bukanlah toksik sangat. Cuma sejumlah kecil dan tak merbahaya yang akan terserap ke dalam kulit. Ini bermakna ia takkan membahayakan fetus anda.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Nov 2022

Selepas Berjaya Tamat Diploma Dengan Cemerlang, Irfan Haris ‘Nervous’ Nak Melamar Siapa Tu?

Fuhh, jangan Nervous, santai santai je. Meh kongsi Tips untuk Irfan Haris 🤩

Featured Mon, 18 May 2020

Nak tahu rahsia nasi bungkus London jadi buruan ramai?

Di London pun boleh makan nasi kandar, nasi daging sedap

Featured Tue, 23 Nov 2021

Park Shin Hye Umum Tarikh Perkahwinan Dengan Choi Tae Joon

Pelakon Park Shin Hye dan teman lelakinya yang juga pelakon Choi Tae Joon, akan berkahwin pada Januari tahun depan. Agensi pengurusan Park Shin Hye, SALT Entertainment mengumumkan berita itu dan mereka akan melangsungkan perkahwinan di […]

Cahaya Mata Mon, 29 Aug 2022
Featured Fri, 26 Nov 2021

Angkara Pembesar Suara Seorang Lelaki Kurang Siuman Terkoban Nyawa

Akibat pergaduhan yang membawa maut, polis telah menahan tiga suspek termasuk dua beranak yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu di pasar pagi Flat Jalan Ashby di Ipoh, Perak pada Khamis. Memetik laporan Sinar Harian, mangsa […]

Featured Sun, 10 Jun 2018

Akibat Tekanan, Pengasas Kate Spade Gantung Diri

Pengasas jenama tas tangan terkenal, Kate Spade ditemui mati tergantung oleh pembantu rumahnya di kediamannya di kota New York, Amerika Syarikat kelmarin.