Featured By: Ad Ops February 6, 2018 @ 12:53pm

7 Prinsip Pemakanan Untuk Kekal Langsing

Makanan adalah keperluan bagi setiap individu untuk meneruskan kehidupan. Bagaimanapun pemakanan yang tidak terkawal boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti diabetes, hipertensi dan juga obesiti.  Jadi bagaimana mendapatkan corak pemakanan yang tepat?

Cara terbaik untuk memastikan keperluan makanan anda dipenuhi adalah dengan mempelbagaikan makanan berkhasiat dalam diet harian. Amalkan 7 prinsip pemakanan ini :-

1) Makan pelbagai jenis makanan

Mengambi l pelbagai jenis makanan dapat memastikan tubuh badan mendapat semua keperluan khasiat yang diperlukan. Sebaik-baiknya berpandukan piramid makanan.

2) Makan lebih buah-buahan dan sayuran

Kebanyakan buah-buahan dan sayuran mengandungi lemak rendah tetapi kaya dengan pelbagai vitamin seperti  vitamin A, B C, asid folik dan juga kalsium. Malah, tinggi serat  yang sangat baik untuk sistem perkumuhan.

Dengan pengambilan konsisten, buah-buahan dan sayuran dapat membebaskan anda daripada masalah sembelit, buasir atau masalah usus yang memudaratkan. Serat juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser.

3) Bijirin dan kekacang juga penting

Bijirin merupakan sumber tenaga utama selain daripada sumber karbohidrat lain. Bijirin mil penuh sangat tinggi dengan kandungan serat. Kaya dengan protein dan kandungan lemak yang rendah. Contoh kekacang yang bagus untuk diet ialah kacang badam, kacang walnut, kacang pis dan kacang soya.

4) Kurangkan pengambilan garam dan gula

Kedua-dua perisa makanan ini jika diambil secara berlebihan memang mengundang bahaya kepada tubuh badan. Anda perlu tahu, kebanyakan makanan yang diawet dan diproses mengandungi kandungan gula dan garam yang tinggi.

Oleh kerana itu, jika anda sedang berusaha menurunkan berat badan, jangan ambil makanan berproses seperti sosej, hashbrown, pati burger dan juga nugget. Paling penting, kurangkan garam dan gula dalam masakan dan minuman.

5) Pilih makanan rendah lemak dan kolesterol

Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk membantu menyerap vitamin-vitamin larut dalam lemak seperti vitamin A, D E dan K. Selain itu, ia juga melazatkan makanan. Bagaimanapun pengambilannya perlu dikawal kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, strok, obesity dan juga beberapa masalah kesihatan yang lain.

6) Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong

Air sangat penting untuk fungsi fisiologi di dalam tubuh badan. Tetapi bukan minuman berperisa, tetapi air kosong. Air berperanan untuk mengawal suhu badan dan mengeluarkan sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh badan. Air diperlukan untuk mengantikan cecair tubuh yang hilang. Jadi, pastikan minum air secukupnya walaupun tidak berasa dahaga.

7) Imbangkan pengambilan makanan dengan akiviti fizikal

Aktiviti fizikal dapat membantu membakar kalori yang berlebihan daripada pengambilan makanan. Ini bermakna ia boleh mengawal berat badan.  Sebaik-baiknya ambil makanan yang sesuai dengan aktiviti fizikal. Jika anda seorang yang tidak aktif, pastikan makanan yang diambil mengikut saranan harian. Untuk wanita jumlah yang disarankan ialah 1800 kalori, manakala lelaki 2250 kalori.  Bagaimanapun, jika anda seorang yang aktif, keperluan kalori anda pasti berbeza.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Jun 2023
Featured Mon, 4 Sep 2023
Featured Tue, 31 Jul 2018

30 Hasil Lukisan Ilustrasi Ini Pasti Buat Anda Terpukau

Kalau anda lihat hasil lukisan Diego Cusano ini, pasti anda kagum!

Featured Mon, 12 Jul 2021

Sukar Bayar Ansuran, Moratorium 3 Bulan Perlu Buat Individu Punya Tunggakan Lebih 90 Hari

Isu moratorium dan pinjaman saban hari masih menjadi perbincangan dalam kalangan rakyat. Justeru, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh kerajaan berkenaan pinjaman moratorium. Menurut, Pensyarah Kanan di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia […]

Acara Tue, 6 Sep 2022
Featured Thu, 16 Dec 2021

Buli Junior Sehingga Bengkak Rusuk, 5 Pelajar Lelaki Ditahan

Polis telah menahan lima remaja lelaki berumur 16 tahun di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan daerah Johor Bahru kerana mereka dipercayai terlibat dalam kes buli seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Daerah Muar […]