Featured By: Fadzlena Jafar April 17, 2020 @ 5:23pm

7 rahsia kecantikan Cleopatra masih diamalkan pada zaman moden

Ratu Mesir paling terkenal di dunia, Cleopatra sehingga kini menjadi sebutan masyarakat dunia bukan sahaja kerana kecantikannya yang dikatakan tiada tolok banding, tetapi juga hubungannya dengan dua tokoh Rom, Julius Caesar and Mark Antony.

Menurut penyelidik sejarah purba Mesir yang disiarkan dalam Encyclopaedia Britannica, walaupun ada segelintir sejarawan meragui kecantikannya, tetapi bagi sebahagian lagi, kisah Cleopatra yang dikatakan menjadi buruan kebanyakan pahlawan ternama dunia termasuk dua tokoh terkenal itu sudah cukup membuktikan kejelitaannya.

Ketika hayatnya, Cleopatra dikatakan amat berdisiplin dalam mengamalkan pelbagai rawatan kecantikan yang menjadi rutin hariannya. Tidak hairanlah, Cleopatra dianggap perintis dalam inovasi amalan kecantikan moden hari ini, meskipun hidup lebih beribu tahun dahulu.

Ukiran Cleopatra ditemui pada Kuil Hanthor, Dandarah, Mesir berasal dari 69 – 30 Sebelum Masihi.

Antara rahsia kecantikan Cleopatra yang paling terkenal ialah rawatan muka menggunakan emas tulen 24 karat dan mandian susu, malah pelbagai amalannya menjadi ikutan pada zaman moden ini.

Rawatan muka menggunakan emas itu kini antara perawatan yang sangat popular bukan sahaja dalam kalangan selebriti Barat, tetapi juga wanita di Jepun dan Korea Selatan.

Berikut disenaraikan tujuh amalan kecantikan Cleopatra yang masih relevan pada zaman moden ini:

1. Garam Laut Mati

Menurut portal Premier, Cleopatra menggunakan garam dari Laut Mati untuk menjadikan kulit segar dan muda. Meskipun ahli sains kurang pasti sama ada Cleopatra ketika hayatnya memahami sains di sebalik khasiat garam berkenaan, namun berdasarkan latar belakanganya yang dikatakan mempunyai keturunan Greek, Cleopatra mungkin mengetahui panduan berkenaan daripada masyarakat Greek.

2. Celak

Elizabeth Taylor yang pernah melakonkan watak Cleopatra disolek gaya yang sinonim dengan Ratu Mesir itu. (Gambar hiasan/

Masyarakat Mesir terkenal dengan solekan wajah yang unik khususnya pada bahagian mata. Antara ciptaan terhebat mereka ialah celak atau pensil mata yang digunakan bagi menghasilkan solekan mata kucing . Solekan berkenaan yang begitu sinonim dengan gaya Cleopatra dikatakan bukan sahaja untuk mencantik mata, tetapi juga mempunyai kesan yang baik pada kesihatan mata.

3. Pupur muka daripada susu dan madu

Madu mempunyai khasiat bagi melembapkan kulit dan Cleopatra dikatakan sering menggunakan pupur yang diperbuat daripada campuran susu dan madu untuk mencantikkan kulit muka.

4. Mandian susu

Cleopatra digambarkan dalam patung Roman. (Gambar hiasan/Pinterest)

Kaedah ini dikatakan antara rutin kecantikan Cleopatra yang paling popular. Asid laktik daripada susu berupaya mengelupas dan memulihkan kulit, sekali gus menjadikan kulit lebih halus dan cantik. Susu juga dapat memberikan kelembapan yang diperlukan kulit untuk kekal lembap pada musim panas.

5. Minyak bijan, kastor dan moringa

Golongan bangsawan di Mesir dulu kala dikatakan gemar memakai minyak yang diperbuat daripada campuran bijan, kastor dan moringa bagi tujuan awet muda. Masyarakat hari ini memanfaatkan pati moringa yang sering digunakan bagi masalah kulit.

6. Inai

Cleopatra dikatakan suka melukis inai pada tangan dan kakinya. Ada juga yang berpendapat, Cleopatra menggunakan inai merah pada bibirnya supaya kelihatan sentiasa merah dan menarik. Inai mempunyai kuasa pemulihan yang amat baik untuk kulit bermasalah, malah lukisan inai pada tangan dan kaki masih diamalkan masyarakat moden khususnya di Malaysia untuk majlis perkahwinan atau untuk hari biasa.

7. Rawatan muka emas 24 karat

Rawatan menggunakan emas 24 karat menjadi kegilaan ramai ketika ini. (Gambar hiasan/MeSpa)

Cleopatara gemar menggunakan pupur emas diperbuat daripada emas 24 karat. Rawatan yang kian popular di Malaysia itui, menjadi pilihan kebanyakan selebriti antarabangsa di Hollywood, malah selebriti Jepun dan Korea Selatan turut mengamalkan kaedah ini untuk menjadikan kulit muka lebih cantik berkilauan. Rawatan muka menggunakan ekstrak emas 24 karat dikatakan merangsang penghasilan kolagen, mengurangkan garis halus dan berkilauan bak telur dikupas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 18 Sep 2019

Enam cara mengekalkan kesegaran sayuran dan buahan di rumah anda.

Cara betul menyimpan sayuran dan buah-buahan.

Eat Travel Wed, 31 Jul 2019
Featured Tue, 10 Jul 2018

Sering Berlaga Pipi, Gadis Ini Terpaksa Dibedah. Ngerinya!

Kalau nak berlaga pipi, jagalah kebersihan wajah anda terlebih dahulu!

Featured Mon, 9 Dec 2019

SUU Balm, produk pelembap kulit bebas SLS dan SLES

Ramai melihat perubahan selepas menggunakannya.

Oh Lawa Thu, 6 Dec 2018
Featured Mon, 20 Apr 2020

Artritis menyerang tidak kenal usia

Jari juga perlu rehat

Featured Tue, 26 Jun 2018

10 Jenis Makanan Ini Dipotong Dua, Hasilnya Sungguh Menakjubkan!

Agaknya bagaimana rupa makanan dalam kotak atau tin yang dipotong dua?

| Live TV