Featured By: Ad Ops June 11, 2018 @ 11:00am

7 Rahsia Untuk Menangkap Gambar Selfie Atau #OOTD Yang Perfect

Bagi orang yang gemar memuat naik gambar selfie atau #OOTD (Outfit Of The Day) di Instagram mereka, skil untuk mengambil gambar tersebut tersangatlah penting.

Jika mereka cerewet sangat, nak dapatkan satu gambar yang paling perfect untuk dimuat naik punyalah susah. Kadangkala dah ambil lebih 100 gambar baru jumpa satu yang “lulus piawaian” mereka.

Kalau anda tak mahir lagi tentang cara-cara menangkap swafoto yang perfect, jangan risau. Di sini kami kongsikan 7 tip menangkap gambar yang golongan profesional gunakan.

1. Pencahayaan paling penting

Pastikan anda menghadap tingkap atau lampu, ataupun pergi ke luar bangunan untuk menangkap gambar anda. Lighting yang bagus boleh menghilangkan bayang-bayang atau dark circles di bawah mata anda. Waktu yang paling baik jika anda ingin mengambil kesempatan terhadap pencahayaan semulajadi adalah ketika matahari terbit atau terbenam, bila kadar cahaya tengah rendah dan nampak keemasan.

2. Gunakan flash bila perlu

Seelok-eloknya anda patut gunakan natural lighting untuk selfie anda tapi kalau tak ada, pakai flash pun boleh. Jika anda berada di dalam bilik yang gelap atau waktu malam sudah tiba, ia tak bermakna anda tak boleh berswafoto!

3. Cari latarbelakang yang best

 

A post shared by IJEOMA KOLA (@ijeomakola) on

Untuk dapatkan selfie yang sempurna, elakkan daripada ada muka-muka orang yang photobomb dalam gambar anda. Kemudian jangan latarbelakang yang mengganggu fokus dan elakkan juga daripada cahaya silau yang datang dari belakang. Selfie atau gambar OOTD yang paling bagus selalunya mempunyai background yang menarik tapi simple. Andalah bintang dalam gambar tersebut, dan bukan orang atau benda lain.

4. Gunakan kreativiti anda

 

A post shared by Jane Aldridge (@seaofshoes) on

Janganlah asyik guna angle foto yang sama setiap kali. Selfie boleh diambil di mana-mana dan dalam bermacam gaya. Contohnya, gunakan pantulan daripada cermin-cermin di dalam bilik persalinan untuk mencipta elemen-elemen gambar yang unik.

5. Ketahui angle mana yang sesuai

Untuk gambar OOTD, angle adalah ciri-ciri paling penting. Daripada serlahkan side muka anda yang lebih cantik, anda perlu serlahkan cutting pakaian anda. Jika seluar anda mempunyai lipatan tepi yang menarik, tangkap gambar profile tapi bengkokkan tangan atau kaki supaya nampak silhouette cantik. Mainan angle, walaupun sikit, berpotensi untuk menjadikan gambar anda sesuatu posting yang dapat paling banyak “likes”.

6. Jika tak pasti, gunakan filter

 

A post shared by Quigley (@officiallyquigley) on

Instagram ada macam-macam filter tapi aplikasi seperti VSCO, Facetune, Snapseed dan Darkroom boleh transform gambar telefon pintar daripada biasa-biasa menjadi gambar berkualiti tinggi.

7. Cuba sampai perfect

Tiada siapa yang boleh terus mahir hanya selepas menangkap satu selfie atau OOTD. Cuba dan cuba lagi. Gunakan lokasi, latar belakang, pencahayaan dan cara mengedit yang berlainan sampai anda dapat gambar yang anda rasa perfect.

Selamat mencuba!

Sumber: Stylecaster

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Apr 2023
familuv Thu, 27 Sep 2018

Ini Senarai Buah-Buahan Yang Ibu Berpantang Boleh & Tak Boleh Makan

Apa yang anda makan beri impak kepada kesihatan.

Featured Mon, 4 Sep 2023

[VIDEO] Berseri Pakai Busana Serba Putih, Majlis Sanding Mizz Nina & Suami Di KL Penuh Intimate!

Sweetnyaaaa 🥰🥰 Manis senyuman Mizz Nina terpancar kebahagiaannya dengan suami, Essam Muhammad 🥰

Featured Tue, 12 Apr 2022
Featured Fri, 27 Jan 2023

Bantu Orang Kurang Siuman, Wak Doyok Confuse Nama Dikenali

Ikon fesyen dan pelakon, Wak Doyok menceritakan pengalaman memberi sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan.   View this post on Instagram   A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) Menerusi hantaran Wak di laman Instagram, […]

Featured Fri, 26 Aug 2022

Gara-Gara Nak ‘Cancel’ Fazura, Individu Ini Dikecam Netizen

Alamak, ni apa kes? Tak ada angin tak ada ribut, kenapa individu ni sampai nak cancelled Fazura? Sendiri cari penyakit, kan dah kena kecam 😌

Featured Thu, 30 Nov 2023
Featured Wed, 21 Aug 2019

Badan kurang air? Jangan minum air banyak ketika perut kosong

Penat saja minum tetapi tiada manfaatnya.