Featured By: Yanie Baharom August 8, 2019 @ 9:00am

7 salun rambut mesra kanak-kanak. Anak ‘happy,’ ibu bapa senang hati

Menjerit macam dirasuk histeria ialah antara ragam kebanyakan kanak-kanak bawah usia empat tahun yang boleh kita lihat saat mereka bertemu doktor atau ke salun rambut.

Mungkin disebabkan apabila melihat jarum atau gunting itu mengingatkan mereka pada pesanan ibu bapa, jangan sekali-kali bermain dengan benda tajam kerana bimbang nanti tercedera, maka ingatan berkenaan menjadikan mereka gentar.

Jadi apabila anak-anak melangkah masuk dua tempat ini, mereka mudah berasa takut. Contohnya kalau ke salun rambut, kepakaran penggaya rambut atau tukang gunting bermain dengan gunting saat memotong rambut pelanggan membuatkan kanak-kanak seriau!

Mulalah terbayang kalau terpotong telinga macam mana? Kalau kepala luka macam mana?

Jika anak-anak anda jenis cepat fobia, kaki drama atau tidak boleh duduk diam setiap kali hendak potong rambut, maka inilah tujuh salon paling ideal untuk anda kunjungi.

1. Quick Cut

Foto: aniqelodeon

Quick Cut ialah satu rangkaian kedai gunting rambut profesional dan pantas yang menawarkan perkhidmata potong rambut sepantas 10 minit.

Sekiranya anda dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak sempat mencari kedai gunting rambut yang cepat dan murah untuk anak, Quick Cut adalah pilihan terbaik.

Quick Cut mudah ditemui dan kebiasaannya bertempat di dalam pusat beli belah. Sesetengah outlet menyediakan kerusi berbentuk kenderaan comel khas buat kanak-kanak yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Lokasi: G36 BMC Mall, Jalan Temenggung 21/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Batu 9 Cheras, 1 Utama, Avenue K and 14 lokasi lain.
Waktu operasi: Setiap hari 10 pagi – 10 malam
Harga bermula dari: RM18 (Harga bergantung pada lokasi)

2. Kwik & Ez

Foto: kwiknez

Kwik & Ez menawarkan perkhidmatan gunting rambut yang pantas dan berpatutan khas di Happy Kids Cut Corner.

Terdapat pelbagai tema kanak-kanak yang disediakan di pelbagai lokasi sekitar KL dan Selangor, termasuklah IOI Mall Puchong, Setia City Mall dan Tesco Kepong Village Mall.

Alamat: Lot Level 2-11 Setia City Mall, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, IOI Mall Puchong, Damansara dan pelbagai lokasi pusat beli-belah yang lain.
Waktu operasi: Setiap hari 10 pagi – 10 malam
Harga: RM20
Facebook: kwik.ez

3. Huuk Barbershop

Jika anda ingin membawa anak ke sini, pastikan anda membuat temujanji terlebih dahulu agar tidak menunggu lama. Kedai gunting rambut yang bertemakan retro ini bukan sahaja mempunyai tukang gunting yang mesra, malah bijak mengendalikan kanak-kanak.

Alamat: Lot.B1.03.00, Basement 1, Pavilion Kuala Lumpur, 165, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur and 5 lokasi lain Wangsa Maju, Taman Melawati, MidValley dan Bukit Bintang
Waktu operasi: Setiap hari 10 pagi – 10 malam
Harga bermula dari: RM30
Facebook: HuukBarbershop

4. Joe’s Barbershop

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

????Joe’s Barbershop SHAMELIN,CHERAS #joesshamelin #cheras #joesbarbershop #barbershop www.joes47500.com

A post shared by Joe’s Barbershop (@joes47500) on

Kedai gunting rambut Joe’s Barbershop diasaskan oleh selebriti hip hop, Joe Flizzow dan rakannya Andy Darmis.

Sejak pembukaan kedai pertama mereka pada tahun 2013, rangkaian popular ini sudah berkembang dengan cepat ke 21 lokasi berbeza di seluruh negara.

Untuk keselesaan pelanggan mereka yang lebih muda, kedai ini menggunakan peralatan yang lebih kecil dan selamat untuk kanak-kanak.

Alamat: Plaza Rasta, Off Jalan Datuk Sulaiman, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur dan 20 cawangan lagi di lokasi antaranya di Subang Jaya, Bangi, Shah Alam.
Waktu operasi: Sabtu hingga Khamis 12 tengahari – 11 malam (Jumaat tutup)
Harga bermula dari: RM20
Facebook: Joes47500

5. GEM Studio

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Everyday is Unicorn Day and it’s Truly Magical ????????

A post shared by Gem Studio sunway pyramid (@gemstudiosunway) on

GEM Studio asalnya merupakan sebahagian dari The Parenthood dan kini berpindah ke premis baru di Sunway Pyramid.

Pilihan warna rekaan dalamannya sangat menarik, dengan hiasan unicorn yang comel pasti menarik perhatian kanak-kanak khususnya si gadis kecil!

Alamat: F1.13 Tingkat 1, Sunway Pyramid, No. 3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya
Waktu operasi: Setiap hari 10 pagi – 10 malam
Harga bermula dari: RM25
Facebook: GEMStudio

6. 76STYLE

Salun francais dari Tokyo, Hair Salon 76STYLE memenuhi keperluan orang dewasa atau kanak-kanak yang bergaya. Pelanggan boleh mendaftar sebagai ahli dan mendapat faedah seperti potongan rambut percuma untuk kanak-kanak di bawah 5 tahun.

Nikmati diskaun 50 peratus  jika anak anda berumur antara 6 hingga 12 tahun, dan 30 peratus untuk mereka yang berusia 19 tahun ke bawah.

Kawasan permainan yang selesa akan membuatkan anak-anak terleka sementara ibu bapa menikmati minuman di Caffe Crema kedai sebelah.

Alamat: E-01-02, Plaza Mont Kiara, 2 Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin hingga Khamis 9.30 pagi – 9 malam.
Jumaat hingga Ahad/Cuti umum 9.30 pagi – 7 malam
Harga: Percuma untuk ahli dengan anak berusia 5 tahun ke bawah.
Facebook: 76stylemy

7. A Cut Above

A Cut Above ialah salah satu rangkaian kedai gunting rambut utama di Malaysia dan telah beroperasi selama 30 tahun.

Kerusi berbentuk haiwan yang berwarna-warni di outlet terpilih pasti akan membantu menjaga anak menikmati proses pemotongan rambut dengan selesa.

Alamat: S054 & S055 Aras 2, Mid Valley Megamall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur; 1F-32 Tingkat 1, Bangsar Village II, No 2 Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur; dan 3 lagi lokasi pusat beli-belah di Lembah Klang, di Bangsar Shopping Centre, Sunway Pyramid dan Pavillion Kuala Lumpur.
Waktu operasi: Setiap hari 10 pagi – 10 malam, 10 pagi – 9 malam (Ahad)
Harga dari: RM40
Facebook: acutabove.group

Rasa-rasanya ada tak salah satu salon ini yang berdekatan rumah anda. Jika ada, mungkin boleh mengunjungi dan lihat sama ada anak anda berasa teruja ataupun tidak!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sun, 15 Apr 2018

Belajar Cara Mudah Untuk Mengikat Tali Leher, Boleh Pikat Encik Suami!

Mungkin si suami dah tahu cara ikatannya, tapi apa salahnya kalau si isteri ingin menunjukkan perasaan sayangnya melalui aksi intim itu?

Featured Sat, 5 Nov 2022

“Kadang Saya Penat Buat Lawak, Tapi Suami Pula Dapat Nama” – Ain Edruce

Pengacara dan pelakon, Nurulain Edruce atau lebih dikenali sebagai Ain Edruce sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat ‘gila-gilanya’. Namun, rata-rata lebih tertumpu kepada suaminya, Amirul Hafiz yang kerap membuat ramai rakyat Malaysia terhibur melihat TikTok […]

Featured Tue, 5 Sep 2023
Featured Thu, 1 Sep 2022
familuv Mon, 16 Mar 2020
Featured Wed, 28 Jul 2021

Pelaksanaan Dos Ketiga Dan Vaksin Campuran Masih Dalam Kajian

Pelaksanaan untuk memberi dos ketiga (booster dose) dan vaksin heterologous (campuran vaksin) masih lagi dalam kajian kumpulan pakar dan akan dimaklumkan selepas ia dimuktamadkan. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar unntuk […]

Featured Tue, 21 Jun 2022

Individu Persenda & Hina Kematian Adibah Noor Akhirnya Mohon Maaf

Alhamdulillah. Janjih tak buta lagi okay!