Featured By: Nani Ramlee January 17, 2018 @ 11:31am

8 Tip Diet Imran Ajmain

Penyanyi yang popular dengan lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain berkongsi kejayaan menurunkan berat badan daripada 129 kilogram ke 110 kilogram dalam masa 5 bulan. Jelas Imran dia melakukan secara perlahan kerana tidak mahu terlalu memaksa kerana masih ingin menikmati makanan yang digemarinya.

Jom semak diet tip yang Imran kongsikan untuk anda!

1) Jangan menahan lapar kerana tindakan ini hanya akan membuatkan anda makan lebih pada sesuatu masa.

2) Nikmati makanan yang digemari. Kalau suka makan nasi, masih boleh nikmatinya. Tetapi tukar dengan beras lebih sihat seperti beras perang atau basmathi. Selain itu cuba kurangkan kuantiti yang diambil. Mungkin separuh daripada jumlah yang biasa diambil.

3) Kurangkan pengambilan gula terutamanya dalam minuman. Lebih baik dapatkan sumber gula daripada sayuran atau buah-buahan.

4) Tukar cara masakan kepada cara yang lebih sihat. Kalau suka makanan bergoreng, boleh gunakan air fryer untuk elak makanan berminyak. Selain itu boleh juga kukus atau panggang. Sentiasa ubah cara masakan agar tidak bosan.

5) Susun jadual makan secara teratur. Jangan sesekali tinggalkan waktu makan. Biar makan banyak kali tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

6) Minum air kosong dengan secukupnya untuk membantu tubuh detox. Jika ingin mengambil jus, lebih baik ambil yang berwarna hijau kerana kandungan gulanya lebih rendah. Ingat! jus berwarna oren kandungan gulanya tinggi.

7) Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian. Kafein boleh menyebabkan dehidrasi.

8) Jangan terlalu kerap menimbang berat badan kerana ia boleh menimbulkan stress apabila berat badan tidak berkurangan seperti yang diharapkan. Dua minggu sekali lebih baik. Paling penting, ukuran badan semakin mengecil.

Selamat mencuba!

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Apr 2020

Ketahui 4 rahsia sihat ini, mudah sahaja

Selain fizikal, minda juga perlu sihat

Gaya Hidup Wed, 18 Jul 2018

Basahkan Tekak Anda Dengan Dua Minuman Ini. Memang Segar & Puas!

Memang ‘heaven’ lah kalau dapat minum air sejuk!  

Featured Tue, 9 Jul 2019
Gaya Hidup Mon, 9 Jul 2018

Stres Semut Kuasai Rumah? Cuba Cara Alami Ini, Selamat & Berkesan!

Stres juga dibuatnya kalau selalu kena spray guna penyembur serangga.

Gaya Hidup Tue, 17 Apr 2018

Inilah Rupa Hotel Dash Box Cyberjaya Yang Tular, Memang Syiok Dan Mengujakan

Dash Box menyediakan pelbagai fasiliti dan suasana yang berbeza berbanding hotel lain.

Featured Tue, 2 Apr 2019

Kolaborasi eksklusif Jovian & OhMostWanted buat wanita rambang mata!

Koleksi yang anda mungkin tidak mahu lepaskan!

Gaya Hidup Tue, 24 Jul 2018
familuv Tue, 16 Jun 2020
Featured Tue, 27 Nov 2018

Boleh Licinkan Kulit Wajah, Ramai Yang Tak Tahu Apa Itu ‘Acne Diet’

Pemakanan anda sangat berkait rapat dengan pertumbuhan jerawat pada wajah.

Featured Mon, 27 Aug 2018

Anak Alami Keracunan Makanan? Ini Yang Perlu Ibu Bapa Lakukan

Keracunan makanan masih boleh berlaku walaupun anda sendiri yang memasak makanan tersebut.

| Live TV