Featured By: Ad Ops November 27, 2018 @ 2:00pm

8 Wanita Ini Berumur 50 Tahun Ke Atas, Tapi Gaya Fesyen Mereka Tetap Stailo!

Di dalam industri fesyen yang kerap bertukar, anda dapat rasakan yang fokus selalu ditujukan kepada stail yang baru dan untuk orang muda-mudi.

Tapi sepatutnya kita semua patut mengambil inspirasi daripada semua peringkat umur.

Di laman media sosial, anda mungkin perasan yang blogger fashionista yang popular semuanya muda-muda. Tapi tahukah anda? Ada juga “trend-setter” yang datang dari golongan warga emas!

Blogger dan Instagram stars ini telahpun berjaya mengukir reputasi dalam bidang fesyen dengan kekal setia kepada citarasa mereka yang unik serta dengan menggabungkan trend terbaru dengan gaya kegemaran yang mereka tetap gunakan sejak dulu.

Kalau tak percaya, anda lihat sendiri 8 orang wanita di bawah ini. Usia mereka yang dah meningkat langsung tak membantutkan keinginan mereka untuk melaram macam anak-anak muda. Tak semestinya mereka kena pakai blaus atau seluar yang berwarna basic atau yang longgar-longgar!

Mungkin bukan mereka saja yang boleh mengajar kita tentang stail, tapi jika kita ikuti pengembaraan mereka dalam bidang fesyen kita juga boleh ketahui bagaimana untuk tetapkan identiti dalam citarasa gaya kita sendiri.

1. Sarah Jane Adams

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sarah Jane Adams (@saramaijewels) on

Stail yang bold dan macam “tak kisah apa orang lain kata” adalah jenis stail yang anda boleh pelajari daripada pereka bentuk barang kemas, model dan ikon Instagram ini. Dia tak pernah malu dengan warna atau corak yang terang dan ketara. Memang nampaklah yang dia berseronok bila berfesyen.

2. Accidental Icon

Foto: Accidental Icon

Lyn Slater sering menonjolkan gaya yang eye-catching dan sedikit pelik tapi gayanya tak pernah nampak macam over-the-top. Stail wanita berumur 63 tahun ini adalah inspirasi bagi semua peringkat umur. Dia buktikan juga bahawa keselesaan dalam gaya peribadi anda adalah yang paling chic.

3. BaddieWinkle

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ¡¡BADDiE!! (@baddiewinkle) on

Dia telah mengumpul pengikut Instagram berjumlah 3 juta dengan gaya fesyennya yang muda dan tak disangka, serta personalitinya yang tiada batasan. Pada umur 88 tahun, trendsetter ini tiada perancangan pun untuk slow down mahupun “tone down” gayanya. Bagus!

4. Bag and a Beret

Foto: Bag anda a Beret

Blogger di sebalik nama ini adalah Melanie Kobayashi dari Vancouver. Wanita 53 tahun ini menggabungkan vintage, corak menarik dan bermacam-macam warna untuk mencipta sebuah “look” yang tersendiri.

5. Fashion over Fifty

Foto: Fashion Over Fifty

Wendy Packer telah memulakan blog ini sebagai sebuah tempat untuk menonjolkan peningkatan umur dalam cara yang positif. Menerusi blog ini juga, dia berkongsi tip dan idea selain memperagakan outfit miliknya.

6. Not Dead Yet Style

Foto: Not Dead Yet Style

Menggabungkan gaya vintage dan moden, Patti Gibbons memberi sentuhan kreatif ke dalam stail sebagai seseorang yang berusia 60-an.

7. Senior Style Bible

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Senior Style Bible (@seniorstylebible) on

Susah nak percaya yang Dorrie Jacobson ini adalah 82 tahun. Tapi blogger dan Instagram star ini memang kaya dengan tip-tip menarik dan nasihat penggayaan yang boleh dipercayai.

8. The Middle Page

Foto: The Middle Page

Cathy Williamson dari Dallas, Amerika ini dah mahir bergaya dengan stail yang casual dan sophisticated. Layari blognya untuk idea-idea outfit jika anda nak melaram ataupun nak keluar berjalan simple-simple tapi tetap menawan.

Jadi, anda ada belajar apa-apa daripada wanita-wanita berani ini? Ya, itulah keyword di sini: berani. Jika anda ingin bergaya di usia tua walaupun masyarakat pandang serong, anda harus berani tampil dengan identiti fesyen anda.

Walaupun anda lambat lagi nak mencecah umur 50-an, anda masih boleh mengambil inspirasi dan tetapkan citarasa fesyen anda yang unik.

Selamat maju jaya!

Sumber: WhoWhatWear

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 23 Jul 2018

Tak Semestinya Si Natural Beauty, Sesiapapun Boleh Tampak Cantik Berseri Sebaik Bangun Tidur

Amalkan beberapa petua ini untuk kelihatan lebih menarik apabila bangun dari tidur.

Featured Tue, 24 Mar 2020
Oh Lawa Wed, 28 Feb 2018

8 Kegunaan Jeli Petroleum Untuk Kecantikan, No. 8 Memang Tak Sangka!

Pada tahun 1859, ahli kimia Amerika Robert Chesebrough telah ternampak beberapa penggali minyak di Pennsylvania menggunakan jeli ini untuk menyembuhkan luka dan kulit mereka yang terbakar.

Oh Lawa Thu, 25 Jul 2019

Trend kuku kaki terlebih panjang ini menggelikan!

Klik untuk lihat gambar kaki-kaki wanita yang mengikutinya!

Featured Tue, 11 Jun 2019

Pilih kain tenun daripada penjara, Raja Permaisuri Agong sekali lagi sentuh hati rakyat jelata

Banduan daripada Penjara Penor dan Penjara Bentong pastinya berbangga!

Oh Lawa Wed, 23 Oct 2019

9 busana elegan yang Kate Middleton pakai sepanjang lawatannya ke Pakistan

Jarang kita dapat lihat Kate tampil dengan fesyen yang berunsur Asia.

Eat Travel Fri, 27 Sep 2019
Featured Mon, 22 Feb 2021

9 Tahun Nikahi Gadis Korea, Jehan Miskin Akhirnya Bergelar Bapa

Tahniah diucapkan buat pelakon kacak Jehan Miskin dan isteri Julie Camelia Rhee yang selamat menyambut kehadiran cahaya mata pertama mereka pada 20 Februari lalu. Menerusi laman Instagram miliknya, Jehan memuat naik beberapa keping foto bersama […]

Eat Travel Thu, 14 May 2020
Acara Wed, 27 Jun 2018

‘Pulang’ Rapatkan Semula Hubungan Remy Ishak Dengan Bapa

Pulang sedarkan Remy Ishak tentang pengorbanan seorang bapa yang perlu dihargai.

| Live TV