Featured By: tex_admin December 17, 2019 @ 8:14pm

95 peratus daripada penghidapnya adalah bayi yang baru lahir, ketahui penyakit ini!

Oleh Amnan Hibrahim

Penyakit jantung kongenital adalah penyakit yang berlaku apabila jantung seseorang itu mengalami kecacatan dari segi strukturnya yang lazimnya terbentuk ketika bayi berada di dalam kandungan ibu.

Terdapat beberapa jenis kecacatan yang boleh berlaku kepada jantung seseorang kanak-kanak mahupun bayi, antaranya adalah injap sempit, saluran darah ataupun injap yang terbalik, jantung yang berlubang dan boleh jadi kombinasi kecacatan daripada beberapa bahagian jantung seseorang.

Secara statistiknya, lebih kurang 95 peratus penghidap penyakit ini adalah terdiri daripada bayi yang baru lahir manakala yang selebihnya pula hadir daripada jenis penyakit jantung kongenital yang diklasifikasikan sebagai penyakit bawaan.

Perunding Pediatrik dan Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr Marhisham Che Mood ketika ditemu bual di program amal IJN bersama Aquaria KLCC yang melibatkan 50 orang anak-anak yatim di Aquaria KLCC, Kuala Lumpur, baru-baru ini . NSTP/HAFIZ SOHAIMI

Menurut Perunding Pediatrik dan Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr Marhisham Che Mood, berkata IJN menjangkakan  4,000 ke 5,000 bayi daripada 500,000 kelahiran di Malaysia akan berhadapan dengan masalah penyakit jantung kongenital.

Justeru, amatlah penting untuk pasangan suami isteri dan ibu bapa untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penyakit jantung kongenital kerana penyakit ini boleh menyebabkan kematian dan juga kecacatan seumur hidup jika tidak diatasi dengan segera.

Apakah sebabnya?

Dr Marhisham berkata, kini pakar perubatan baru mengenal pasti lima peratus punca yang menyebabkan berlakunya penyakit ini terhadap seseorang individu dan punca selebihnya masih tidak dapat diketahui.

Daripada lima peratus punca yang dikenalpasti, keadaan kesihatan gaya hidup ibu yang sedang mengandung adalah penyebab berlakunya kecacatan kepada bayi yang dilahirkan. Sebagai contoh, jika ibu itu mempunyai penyakit kencing manis, siuasi itu akan meningkatkan risiko untuk anak mereka mengalami penyakit jantung kongenital.

Dari segi gaya hidup, pengambilan alkohol dan ubat-ubatan terlarang serta tabiat merokok adalah penyebab yang meningkatkan risiko untuk bayi mereka menghadapi masalah jantung kongenital.

Walaupun faktor genetik juga terangkum di bawah punca yang dikenal pasti sebagai penyebab penyakit, namun Dr Marhisham berkata faktor ini dikategorikan sebagai sangat lemah untuk dijadikan penyebab kepada berlakunya penyakit jantung kongenital.

Sementara itu, terdapat bukti yang jelas menunjukkan bagaimana bayi yang menghidap penyakit sindrom down, berpunca daripada kejanggalan kromosom didapati memiliki risiko yang sangat tinggi untuk berhadapan dengan masalah penyakit ini.

Katanya lagi, data menunjukkan 40 ke 50 peratus kanak-kanak penghidap sindrom down menghadapi masalah penyakit jantung kongenital.

Wanita mengandung yang sudah mengambil vaksin rubella boleh mengurangkan risiko penyakit jantung kongenital terhadap bayi yang dilahirkannya. Foto: NSTP

Di samping itu, perlu diingatkan penyakit jantung bawaan juga adalah  dikategorikan sebagai penyakit jantung kongenital. Jangkitan kuman dan juga kumpulan penyakit kawasaki yang berpunca daripada keradangan yang berlaku pada saluran darah adalah antara penyebab kepada terjadinya penyakit jantung bawaan ini.

Menurut  Dr Marhisham, penyakit jantung kongenital jenis ini boleh menyerang seseorang tidak kira berapa umur mereka. “Ada pesakit yang kami kesan menghidap penyakit jantung kongenital ketika berusia antara 40 ke 50 tahun.

Bagi kejadian jantung kongenital yang disebabkan oleh jangkitan kuman, pengambilan vaksin seperti rubella contohnya oleh ibu mengandung dan juga bayi dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung kongenital terhadap bayi yang hendak dilahirkan serta individu itu sendiri.

Apa ibu bapa boleh lakukan

Berdasarkan pengalamannya, Dr Marhisham berkata ibu bapa perlu meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan dengan cara mengesan tanda-tanda yang menunjukkan anak mereka mempunyai simptom penyakit jantung kongenital.

“Ada ibu bapa membawa anak mereka datang berjumpa doktor dalam keadaan kritkal dan sudah mengalami komplikasi. Ibu bapa perlu memberi perhatian dan jangan terlepas pandang terhadap simptom tertentu.

“Contohnya, anak baru berusia satu bulan dan tidak mengalami jangkitan kuman tetapi mengalami sesak nafas serta keadaan di mana bibir dan jari menjadi kebiruan. Ini petanda awal anak mungkin ada penyakit jantung kongenital.

Tanda-tanda seseorang kanak-kanak itu mungkin menghidapi penyakit jantung kongenital boleh dikesan melalui pemerhatian terhadap keadaan fizikal mereka ketika melakukan aktiviti di sekolah. NSTP/MUHAIZAN YAHYA

Bagi anak yang bersekolah pula, Dr Marhisham berkata ibu bapa perlu mengenal pasti sama ada anak-anak mereka menghadapi kesukaran dari segi fizikal ketika melakukan aktiviti di sekolah.

“Sebagai contoh, mereka ini mungkin cepat penat dan berpeluh yang berlebihan berbanding rakan sekelas mereka ketika bersukan di sekolah. Ini mungkin petanda awal. Jika hal berkenaan berlaku, bawa anak berjumpa dengan doktor supaya pengesanan dan rawatan awal dapat dilakukan.

“Untuk yang mencecah usia remaja, mungkin mereka sudah boleh mengadu, tetapi sebaliknya untuk kanak-kanak yang lebih muda. Oleh itu, penting untuk ibu bapa mengambil tahu berkenaan dengan penyakit ini,” katanya ketika ditemui selepas program amal IJN bersama Aquaria KLCC yang melibatkan 50 orang anak-anak yatim di Aquaria KLCC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Dec 2021

3 Tahun Berkahwin, Shila Amzah Fail Cerai

Penyanyi Shila Amzah, 31, mengejutkan ramai dengan berita dia sudah memfailkan perceraian dengan suami, Haris Idraki Elias. Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaru di Instagram miliknya pada Selasa. […]

Featured Wed, 22 Mar 2023
Featured Fri, 12 Nov 2021

Bahaya! Tragedi ‘Funfair’ Cheras Selatan Korban Nyawa, Seorang Maut & Seorang Cedera Terjatuh Dari ‘Ferris Wheel’

Media sosial digemparkan dengan video tular pada tengah malam tadi yang memaparkan mayat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah terbaring di bawah permainan buaian berpusing. Memetik laporan Berita Harian, mangsa lelaki yang berusia 39 tahun […]

Featured Wed, 17 May 2023

[VIDEO] Gelagat Syatilla Melvin Sorong Anak Di Meja Makan & Panggil Nama Penuh Ibu Mentua Buat Ramai Berdekah!

Kalau tak riuh sekampung bukan adik-beradik The Melvin’s lah kan😂😂😂😂

Featured Wed, 14 Jun 2023
Featured Thu, 16 Dec 2021

Buli Junior Sehingga Bengkak Rusuk, 5 Pelajar Lelaki Ditahan

Polis telah menahan lima remaja lelaki berumur 16 tahun di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan daerah Johor Bahru kerana mereka dipercayai terlibat dalam kes buli seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Daerah Muar […]