familuv By: tex_admin December 9, 2019 @ 11:53am

4 kesilapan lazim dalam pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak

Oleh Amnan Hibrahim

Sebaik sahaja kerajaan mengumumkan polisi yang mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kenderaan akan dikuatkuasakan bermula tahun 2020, ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kecil mahupun yang sedang menunggu kelahiran bayi mereka tentunya sudah mula melihat-lihat dan juga membeli keperluan berkenaan.

Selepas membeli dan memasangnya di dalam kereta, pastinya ibu bapa berasa mereka sudah menjalankan tanggungjawabnya dalam menjaga keselamatan anak mereka ketika menaiki kereta. 

Bagaimanapun, kajian yang dibentangkan pada Persidangan Pediatrik di California, Amerika Syarikat menunjukkan hampir 95 peratus daripada 291 keluarga yang terlibat dalam kajian itu menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak dengan cara yang salah.

Kesalahan dalam penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak bukan sahaja mengurangkan keberkesanan alat berkenaan untuk melindungi kanak-kanak ketika berdepan dengan keadaan yang tidak diingini, malah mungkin mengakibatkan kematian yang boleh dielakkan sekiranya ibu bapa mengamalkan langkah yang sepatutnya.

Untuk itu, Hijab & Heels berkongsi beberapa kesilapan yang boleh dielak oleh ibu bapa apabila menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak.

1. Pemasangan kerusi keselamatan yang tidak betul

Pemasangan yang salah mendedahkan kanak-kanak yang menggunakannya kepada bahaya yang boleh dielakkan sekiranya kerusi berkenaan dipasang dengan betul. Gambar hiasan/Sumber: Youtube

Dalam kajian berkenaan, 77 peratus daripada kesalahan penggunaan kerusi keselamatan berlaku ketika pemasangan kerusi berkenaan di tempat duduk kereta. 

Dalam sesetengah kejadian, kesilapan dalam pemasangan kerusi keselamatan boleh mengakibatkan kerusi berkenaan terpelanting atau berpusing ketika berlaku kemalangan.

Kesilapan ini lazimnya berlaku kerana kebanyakan ibu bapa selalu mengabaikan buku manual yang diberikan bersama-sama kerusi berkenaan.

Setiap kenderaan juga menyediakan panduan bagi pemasangan kerusi keselamatan pada tempat duduk kenderaan, justeru kesilapan dalam pemasangan kerusi keselamatan dapat dielakkan sekiranya ibu bapa merujuk kedua-dua buah buku manual yang disediakan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam pemasangan kerusi keselamatan adalah sudut baring bagi kerusi keselamatan menghadap belakang. Tidak semua kerusi keselamatan menghadap belakang mempunyai sudut baring yang sama kerana variasinya berlainan mengikut rekaan perekanya sesuai dengan aspek keselamatan kerusi terbabit.

Ibu bapa perlu pastikan sudut baring bagi kerusi keselamatan yang digunakan oleh kanak-kanak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh manual kerusi berkenaan. Foto: NHS

Bagi memastikan kekukuhan kerusi itu yang diletakkan pada tempat duduk kenderaan, cuba menggerak-gerakkan kerusi berkenaan selepas selesai memasangnya. Jika kerusi berkenaan tidak bergerak lebih daripada 2.54cm atau bersamaan dengan satu inci dalam setiap sudut, itu bermakna kerusi berkenaan dipasang dengan kukuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Kata, Wajib Pasang Kerusi Keselamatan Bayi Dalam Kereta Pada Tahun 2020

2. Memasang tali pemegang dengan kedudukan yang salah

Pemakaian tali pemegang salah juga adalah antara kesilapan yang sering dilakukan dalam penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Sama ada terlalu longgar ataupun sangat ketat, kedua-dua keadaan berkenaan mampu mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.

Antara kejadian yang boleh berlaku akibat kesalahan pemakaian tali pemegang ialah kanak-kanak berkenaan terkeluar daripada kerusi dan juga kecederaan yang diakibatkan oleh tali pemegang itu sendiri.

Setiap ibu bapa pasti berhadapan dengan keadaan apabila anak-anak ataupun bayi menangis kerana menganggap tali pemegang yang dipakai dipasang dengan terlalu ketat lalu membuatkan mereka tidak selesa.

Dalam keadaan itu, ibu bapa pastinya akan melonggarkan tali pemegang dan seterusnya menyebabkannya menjadi longgar dan tidak selamat untuk melindungi si kecil.

Oleh itu, apakah kaedah yang boleh dilakukan untuk mengetahui bahawa tali pemegang itu dipasang dengan betul?

Caranya ialah ibu bapa perlu cuba untuk menjepit tali pemegang berkenaan. Jika tali berkenaan boleh dijepit, itu bermakna tali berkenaan belum dipakaikan dengan betul.

Selain itu, pemakaian baju sejuk ataupun jaket yang tebal juga antara penyumbang pada kesalahan dalam pemakaian tali pemegang. Ketebalan kain yang dipakai oleh kanak-kanak berkenaan menyebabkan tali pemegang itu tidak mampu memegang kanak-kanak berkenaan dengan kukuh.

Cara yang boleh dilakukan ibu bapa dalam memastikan anak mereka tidak dingin adalah dengan cara meletakkan selimut ataupun kain pelindung di atas kerusi keselamatan berkenaan hanya setelah tali pemegang selesai dipakaikan dengan betul.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 Panduan Elak Anak Meragam Ketika Duduk Di Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

3. Menggunakan kerusi keselamatan yang tamat tempoh

Tentunya, kebanyakan ibu bapa akan berfikir untuk mengguna semula kerusi keselamatan yang telah digunakan oleh anak mereka yang kedua ataupun seterusnya. Ada juga ibu bapa yang baik hati untuk memberikan kerusi keselamatan yang telah digunakan kepada orang lain untuk dipakai.

Tidak dinafikan amalan berkenaan adalah baik dan sangat menjimatkan. Tetapi, setiap kerusi keselamatan memiliki tarikh luput yang mana maklumatnya boleh didapati pada kertas yang dilekatkan pada kerusi berkenaan. 

Penggunaan kerusi keselamatan yang sudah melepasi tarikh luput adalah tidak selamat. Selain itu, kerusi keselamatan yang pernah terbabit dalam kemalangan juga tidak selamat untuk digunakan bagi melindungi penggunanya.

Penggunaan kerusi keselamatan yang pernah terlibat dengan kemalangan mampu membahayakan keselamatan penggunanya. Gambar hiasan/NSTP/RASUL AZLI SAMAD

4. Proses peralihan yang terlalu awal

Pertukaran kerusi menghadap belakang kepada menghadap ke depan adalah proses biasa dalam penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak, namun pertukaran berkenaan boleh mendatangkan bahaya sekiranya dilakukan sebelum tiba masanya.

Dalam hal ini, dua perkara yang perlu dikenal pasti oleh ibu bapa sebelum menukar kedudukan kerusi keselamatan yang digunakaan iaitu ketinggian dan juga berat.

Dalam panduan yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), kerusi keselamatan menghadap hadapan boleh digunakan bagi kanak-kanak yang memiliki ketinggian 71 cm dan ke atas serta berat antara 15 ke empat tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 26 Dec 2021

“Kita Tak Kaya Tapi Bila Ramai-Ramai Turun, Kita Rasa…” – Pak Nil Sebak Lihat Kawasan Banjir di Bukit Changgang

Seperti selebriti Malaysia yang lain, Datuk Aznil Hj Nawawi yang mesra dikenali sebagai Pak Nil juga aktif membantu mangsa yang terjejas banjir. Terkini, Pak Nil turun padang melawat dan memberikan bantuan serta sumbangan kepada mangsa […]

Featured Thu, 23 Feb 2023

“Saya Tak Nafikan Perkara Itu Pasti Ada…” –  Syafiq Kyle Elak Terpalit Kontroversi Menjelang Hari Bahagia, Mohon Peminat Doakan Kebahagian Bersama Mimi Lana

Pelakon popular, Syafiq Kyle mengaku berdepan cabaran terutamanya menjelang hari bahagia bersama pelakon dan model, Mimi Lana. Menurutnya, perkara tersebut pasti ada dan dialami oleh semua orang, namun dia tidak akan berkongsi kepada umum. “Kalau […]

Featured Wed, 22 Mar 2023

Penonton Puas ‘Bergalau’ Di Konsert Nidji x Budi Doremi!

Memang syok habis konsert Nidji x Budi Doremi masa Ahad haritu!

Featured Fri, 5 Aug 2022

“Kalau Saya Mati, Tolong Jagakan…” – Ucapan Noh Salleh Untuk Mizz Nina Kembali Tular, Netizen Terkilan Jodoh Pasangan Ini Berakhir

Bertahun sudah berdua bersama, Menempuh segala dugaan, Walaupun hidup ada kekurangan… Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mereka berdua.

Featured Mon, 13 Sep 2021
Featured Wed, 11 Jan 2023

Solekan Natural Ratu Farah Buat Ramai Terpegun – “Wow! Seriuslah Boleh Berubah Lawa Macam Ni!”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh usahawan, Anas Zahrin di platform TikTok yang memaparkan pempengaruh, Ratu Farah Diva dijemput untuk menghadiri sesi penggambaran promosi produk. Menerusi hantaran tersebut, Ratu kelihatan cantik serta […]

Featured Wed, 5 Oct 2022

[VIDEO] Zahirah Macwilson Senaraikan Nama Bayi Lelaki Untuk Anak Kedua?

Dah ada yang kedua ke tu? Mesti comel kan 😍