Eat Travel By: Fadzlena Jafar May 12, 2020 @ 6:12pm

Ada bilik hotel di Malaysia berhantu, hati-hati apabila memilih hotel

Bagi individu yang sering mempunyai tugasan di luar daerah atau sekadar ingin bercuti, pastikan anda membuat kajian sebelum memilih hotel untuk penginapan.

Selain faktor lokasi, ada beberapa faktor yang perlu dipertimbang sebelum memilih hotel antaranya kemudahan yang disediakan dan paling penting, jangan terpilih hotel berhantu!

Beberapa blog tempatan seperti encikseram.blogspot.com dan rileklah.com ada berkongsi mengenai pengalaman beberapa individu yang menginap di bilik berhantu di negara ini.

Perkongsian beberapa individu di dalam laman sosial Facebook mengenai pengalaman diganggu hantu juga boleh dijadikan iktibar.

Ada yang diganggu kanak-kanak di dalam lif pada waktu malam dan ada juga bertemu wanita cantik berpakaian serba putih di koridor hotel tempat mereka menginap.

Ada penginap pernah bertemu kanak-kanak bermain di koridor pada waktu malam.(Gambar hiasan/Pinterest)

Tidak kurang juga yang diganggu hantu sekeluarga terutama apabila penginap balik ke bilik pada waktu malam tanpa membersihkan diri atau ketawa gembira sehingga mengganggu penginap lain.

Selain itu, ada juga penginap yang diganggu pocong dan tidak kurang juga mengalami gangguan dari bilik sebelah yang bagaikan berpesta pada waktu tengah malam sedangkan petugas di kaunter pendaftaran memaklumkan bilik berkenaan kosong tidak berpenghuni.

Akaun Facebook Kalimah Paranormal Team Malaysia ada menyediakan senarai panjang hotel-hotel di negara ini yang dikatakan berhantu apabila penginap sering diganggu pada waktu malam.

Walaupun ramai yang pasti tidak mahu menginap di hotel berhantu, tetapi ada juga segelintir masyarakat yang sememangnya teruja untuk menikmati pengalaman diganggu hantu di hotel.

Bagi anda yang ingin mengelak daripada diganggu apabila menginap di hotel, berikut disediakan lima panduan seperti yang dikongsi laman sesawang JomJalan.com.my:

1. Elak hotel di tempat terpencil

Apabila hendak memilih hotel atau pusat penginapan, pastikan anda membaca dulu ulasan mengenai hotel itu. Tetapi, jika hotel itu satu-satunya hotel yang ada, pastikan anda tidak tinggal berseorangan. Bawa sekurang-kurangnya seorang teman.

Paling penting, elakkan hotel yang terletak di kawasan terpencil kerana kebarangkalian untuk hotel itu berhantu agak tinggi memandangkan kebanyakan bilik sudah lama terbiar kosong kerana jarang dikunjungi orang ramai.

2. Berhati-hati dengan hotel bersejarah

Kelibat wanita berpakaian serba putih antara gambaran yang sering dilihat di hotel berhantu. (Gambar hiasan/Kredit travelweekly)

Kebanyakan hotel yang dibina di atas tapak bersejarah atau bangunan hotel itu ada sejarah atau tinggalan masyarakat dulu, lazimnya hotel berkenaan berhantu. Bangunan lama yang sudah ditinggalkan dan kemudian diubah suai untuk dijadikan hotel juga termasuk dalam senarai berkenaan.

Tetapi jika anda terpaksa atau teringin untuk tinggal di hotel yang asalnya bangunan bersejarah, pastikan anda memilih bilik yang di tengah dan mempunyai penginap lain di tingkat yang sama. Jika diganggu hantu, sekurang-kurangnya anda boleh meminta bantuan penginap bersebelahan.

3. Kakitangan hotel memaklumkan bilik sudah penuh

Jangan paksa kakitangan hotel untuk memberikan bilik sekiranya sudah dimaklumkan semua bilik sudah penuh. Kebiasaannya, kebanyakan hotel akan membiarkan satu atau dua bilik kosong terutama apabila berlaku permintaan tinggi seperti pada musim cuti sekolah.

Jangan sekali-kali memaksa kakitangan hotel untuk memberikan bilik itu kepada anda kerana kata orang, bilik yang dibiarkan kosong itu sebenarnya ‘berpenghuni’!

4. Keadaan bilik pelik

Apabila anda masuk ke bilik hotel, perhatikan beberapa perkara berikut:

  • Bilik sedikit berselerak
  • Ada kesan berair atas lantai
  • Ada daun kering
  • Bilik terasa sejuk walaupun pendingin hawa belum dipasang

Jika anda lihat ada satu daripada perkara di atas di dalam bilik berkenaan, turun ke kaunter pendaftaran dan mintalah bilik lain. Kata orang, perkara itu antara tanda bilik berkenaan ada penghuni dari alam lain.

5. Jaga adab

Apabila anda menumpang di hotel atau rumah penginapan, pastikan memberi salam terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam bilik. Jangan terjerit-jerit kegembiraan terutama pada waktu senja dan menjelang tengah malam.

Sebaik-baiknya, apabila masuk ke dalam bilik, basuh kaki, sembahyang dan bacalah surah Yasin. Tepuk bantal dan tilam sebanyak tiga kali sambil membaca Bismillah dan selawat ke atas Nabi SAW. Sebelum tidur, bacalah empat ayat Kul sebagai pendinding anda pada waktu malam.

Semoga percutian anda tidak diganggu perkara yang menakutkan!

GAMBAR UTAMA: Kredit TravelTriangle.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Nov 2022

“Slow Sikit” – Ratu Farah Nyanyi Lagu Ku Bersuara Ernie Zakri, Ini Respons Syamel

Pempengaruh Tik Tok, Ratu Farah kembali mencuri perhatian netizen kerana menyampaikan lagu Ku Bersuara nyanyian asal Ernie Zakri disamping penyanyi Syamel. Ratu dengan yakin menyanyikan lagu itu seolah-olah cuba menandingi kelunakan suara Ernie Zakri tanpa menghiraukan […]

Eat Travel Fri, 15 May 2020

NAFAS Cube, penginapan unik yang luar biasa dan mengujakan

Destinasi wajib dikunjungi selepas tamat PKP!

Featured Wed, 19 Dec 2018
Featured Tue, 9 Aug 2022
Featured Fri, 19 May 2023
Cahaya Mata Wed, 18 Jan 2023

Syaikhul Islam Cium Tangan Puteri Sarah, Netizen Komen: “Dia Faham, Tapi Tak Nak Meluahkan”

Tular sebuah video anak sulung pelakon Puteri Sarah Liyana, Syaikhul Islam mencium tangan ibunya. @uqaylakidswear Replying to @NZ HOME Anak itu seperti dapat merasakan betapa beratnya ujian ditanggung ibu tersayang..💔 #puterisarahliyana #puterisarah ♬ suara asli […]

Featured Tue, 30 Aug 2022

Disaran Ambil Dadah & Difitnah Kutip Sampah Dengan Ibu! Puteri Balqis Cadang Saman Netizen Tapi…

Kesiannya Aqish kena hadap komen netizen sampai macam tu sekali 😌 tapi kenapa tak jadi saman tu?

Featured Wed, 25 Jan 2023