Featured By: Fadzlena Jafar January 3, 2020 @ 12:40pm

Adab memotong kuku, antara mitos dengan sunah

Ada yang mengatakan tiga hari disunatkan untuk memotong kuku adalah pada Isnin, Khamis dan Jumaat, manakala Sabtu dan Ahad dilarang sama sekali kerana dikhuatiri mendatangkan musibah kepada empunya diri.

Kononnya jika memotong kuku pada hari Sabtu seseorang itu akan ditimpa sakit, manakala pada hari Ahad akan jatuh miskin. Orang dulu kala pula menghalang tabiat memotong kuku pada waktu malam kerana dikatakan bakal ditimpa malang.

Hakikatnya, larangan seperti tidak boleh memotong kuku pada waktu malam yang disarankannenek moyang itu mempunyai maksud tersirat kerana rasional di sebalik tegahan memotong kuku pada waktu malam boleh menyebabkan kecederaan terutama jika memotong kuku anak.

Masyarakat dulu hidup bertemankan api lilin pada waktu malam yang mungkin kurang terang untuk aktiviti yang memerlukan ketelitian seperti memotong kuku, namun seiring dengan perkembangan teknologi larangan berkenaan mungkin tidak tidak terpakai lagi.

Perbuatan memotong kuku adalah antara fitrah yang disarankan Islam bagi menjaga kebersihan seseorang itu seperti sabda Rasulullah SAW:

Berdasarkan sabda berkenaan, selain memotong kuku, umat Islam perlu menjaga kebersihan diri dengan bersunat bagi lelaki, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai.

Menerusi perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dalam laman sesawang rasminya, tiada hadis khusus mengenai ketetapan hari bagi memotong kuku termasuk kelebihan atau kekurangan yang bakal diperoleh jika memotong kuku pada hari tertentu.

“Secara khususnya, tidak ada nas hadis sahih yang khas menyebut berkenaan dengan memotong kuku pada hari tertentu dan kelebihan-kelebihannya yang khusus seperti yang dijelaskan Imam Al-Sakhawi (Lihat al-Maqasid al-Hasanah, halaman. 489).

“Adapun berkenaan hadits-hadis yang menetapkan hari-hari tertentu dan kelebihan-kelebihan yang diperolehi sekiranya memotong pada hari tersebut, ia sebenarnya adalah tidak sahih,” katanya bagi menjawab persoalan mengenai ketetapan hari untuk memotong kuku,” katanya.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakry. Gambar NSTP/KHAIRUL AZHAR AHMAD

Ketetapan memotong kuku pada hari tertentu mungkin diambil daripada kitab Jawa (Primbon) yang tidak menggalakkan perbuatan memotong kuku pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin kerana dibimbangi mendatangkan kemudaratan, manakala Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat membawa pelbagai kebaikan.

Bagaimanapun, umat Islam tidak seharusnya mempercayai ketetapan berkenaan kerana amalan memotong kuku hanya sebahagian daripada amalan merapi diri bersesuaian dengan Islam yang membudayakan cara hidup bersih.

Dr Zulkifli berkata, galakan untuk memotong kuku pada hari Jumaat adalah berdasarkan beberapa riwayat sahabat dan tabbiin (mereka yang bertemu dan berguru dengan sahabat Rasulullah), namun tidak menjadi kesalahan untuk memotong kuku pada lain.

“Perbuatan memotong kuku sangat digalakkan untuk dilakukan pada hari Jumaat. Islam sangat menganjurkan penganutnya supaya merapikan diri antaranya dengan memotong kuku kerana Islam sentiasa mengutamakan kebersihan.

“Tambahan pula hari Jumaat merupakan hari bagi muslimin berkumpul di masjid untuk mendengar khutbah. Disebabkan itulah, sebahagian sahabat Nabi SAW dan sebahagian daripada tabi’in memotong kuku mereka pada hari Jumaat,” katanya.

Memotong kuku adalah bagi tujuan kebersihan kerana kuku yang panjang boleh mengunmpul kotoran. Gambar NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

Secara rasionalnya, kuku yang dibiarkan panjang akan menggalakkan kuman atau bakteria untuk berkumpul di celah-celah antara kuku dan isi. Selain itu, kuku yang panjang juga akan megumpul kotoran terutama jika seseorang itu melakukan aktiviti seperti berkebun atau bertukang, malah si kecil gemar bermain di luar seperti di laman rumah juga boleh menyebabkan kotoran pada tangan dan celah kuku.

Jika tidak dibasuh dengan teliti, tangan yang kotor boleh menyebabkan pelbagai masalah  lebih-lebih lagi jika seseorang itu makan menggunakan tangan. Kesimpulannya, memotong kuku mampu mengelakkan daripada kotoran, kuman atau bakteria masuk ke dalam mulut.

Panduan memotong kuku:

Rendam jari dalam air bagi melembut kuku. Gambar NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN 

  1. Sebaik-baiknya mulakan dengan membaca Bismillah
  2. Bagi memudahkan kuku dipotong, rendam dalam air supaya kuku menjadi lembut apabila dipotong
  3. Potong kuku bermula tangan kanan mengikut aturan supaya tidak terlupa kuku yang belum dipotong.
  4. Pastikan tiada kotoran dalam celah kuku tertinggal.
  5. Buang kuku yang sudah dipotong ke tanah.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Oct 2021

Gara-Gara Enggan Pakai ‘Mask’, Wanita Warga Asing Tak Dibenarkan Masuk Butik Mewah.. Netizen Pun Turut Naik Hantu!

Gara-gara tidak memakai pelitup muka, seorang wanita warga asing mengamuk di sebuah butik jenama mewah selepas dilarang memasuki premis itu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Malah, beberapa petugas butik itu juga dilihat bertengkar […]

Featured Sat, 9 Sep 2023
Featured Tue, 29 Jun 2021

“Masing- Masing Boleh Komen Dan Kritik, Tapi Jangan Sampai Menghina”- Siti Elizad

Pelakon,  Siti Elizad  kini kembali aktif di Instagram setelah berdepan dengan isu cyber bully minggu lalu. Baca artikel berkaitan : Dituduh Mandul, Dipanggil Puk***k, Didakwa Tak Solat – Elizad Sharifuddin Buat Laporan Polis Terhadap Netizen […]

Gaya Hidup Wed, 21 Mar 2018

Tips Penting Untuk Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Sindrom Down. You Can Do It!

Anda dikurniakan dengan anak yang ada Down Syndrome? Jangan bersedih! It’s not the end of the world!

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Thu, 29 Sep 2022