Featured By: tex_admin August 8, 2018 @ 6:00pm

Adakah Evolusi Fesyen Muslimah Sekarang Selari Dengan Konsep Islam?

Seiring dengan peredaran zaman, dunia fesyen Muslimah juga turut berkembang. Jika dilihat, busana labuh seperti jubah sering kali dianggap fesyen paling selamat untuk digayakan kerana ia dapat menutup keseluruhan aurat.

Namun, selari dengan aliran fesyen global yang berkembang pesat, busana Muslimah turut melalui proses perubahan. Kalau anda perasan, jubah bukan lagi satu-satunya busana yang menjadi identiti Muslimah, bahkan kebanyakan wanita sudah mula menyesuaikan diri untuk keluar daripada kepompong fesyen pengaruh Arab dengan kemunculan pereka pakaian kontemporari Islamik. 

Generasi kini mempunyai kebebasan dalam mengekspresikan gaya fesyen mereka. Berketrampilan trendy dan chic, namun masih mengekalkan kesopanan dalam berfesyen. Kemunculan banyak jenama tempatan mahupun antarabangsa juga telah memberi banyak pilihan kepada wanita dalam perbelanjaan mereka.

Ini kerana, banyak jenama-jenama terkenal antarabangsa sudah mula mengeluarkan rangkaian pakaian mengikut fesyen Muslimah.

Menurut Laporan Global Islamik Ekonomi pada tahun 2017-2018, pengguna telah membelanjakan USD254 bilion pada tahun 2016 dalam pembelian pakaian mereka. Ia juga meramalkan bahawa pasaran tersebut akan meningkat kepada USD373 bilion pada tahun 2020.

Foto: Thesource.com

Dengan faktor keuntungan tersebut, tidak hairanlah banyak jenama terkenal seperti DKNY, Dolce & Gabbana, Burberry, Uniqlo, H&M dan Zara mula mengorak langkah dengan mengeluarkan koleksi khas (biasanya bulan Ramadan) untuk merangsang pasaran fesyen Muslimah secara global.

Tapi, apa sebenarnya fesyen Muslimah ini? Adakah dunia fesyen mengikut batasan pemakaian mengikut agama Islam itu sendiri?

Menurut pakar dalam industri fesyen, Yasmin Siddik yang juga merupakan pengasas butik Women 2 Women, fesyen Islam harus mematuhi keperluan yang telah ditetapkan oleh Al-Quran. 

“Wanita diberi status tinggi dalam Islam. Mereka sepatutnya dihormati, disebabkan itulah mereka perlu menutup aurat. Ini bermakna, hanya muka dan telapak tangan dapat dilihat oleh orang lain selain daripada ahli keluarga terdekatnya.

“Tetapi keperluan itu tidak diambil serius dalam fesyen sekarang. Ia lebih seperti kompromi atau penafsiran apa yang orang fikir atau percaya adalah Islam,” katanya. 

Menurut Yasmin lagi, melalui pemahaman tersebutlah munculnya banyak koleksi pakaian yang boleh menutup leher, dada, ataupun menutupi rambut wanita seperti turban.

Foto: Moslem Fashion

Yasmin juga berpendapat bahawa, setiap pengeluar pakaian harus memahami apa yang dibenarkan oleh Islam dan tidak boleh. Pereka fesyen juga tidak seharusnya melebih-lebih dalam menghasilkan rekaan yang boleh melanggar peraturan tersebut.

Contohnya, pakaian jarang dan ketat serta corak berunsurkan haiwan tidak dibenarkan dalam fesyen Islam itu sendiri.

Mungkin juga, perbezaan budaya telah mengaburi garisan di antara pemakaian baju mengikut sunnah Islam dan penampilan hijab yang bergaya. Sebenarnya, tiada masalah untuk pengeluar pakaian hasilkan versi pakaian Muslimah mereka sendiri tapi mereka tak patut mengikut apa yang dianggap sesuai oleh penduduk Muslim di tempat mereka.

Foto: NST

Ini adalah kerana apa yang mereka lihat mungkin adalah penambahbaikan idea oleh orang di sana dan bukannya berdasarkan etika pakaian Islam itu sendiri.

Kesimpulannya, rekaan pakaian Muslimah perlu dihasilkan dengan pemahaman yang mendalam terhadap keperluan agama dan bukannya dengan interpretasi cetek.

Oleh itu, sebagai wanita anda perlu tahu batasan dalam pemakaian dalam Islam sebelum berfesyen sakan. Jangan terlalu obses dengan trend hingga melanggar peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam.

Sumber: NST

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 18 Jul 2019
Featured Wed, 27 Jun 2018

Rahsia Di Sebalik Rahsia, 10 Perkara Perlu Anda Tahu Mengenai Filem Pulang

Persamaan watak Che Tom dan Puteri Aishah, di luar dan di dalam filem, sama-sama takut dengan air dalam.

Featured Thu, 27 Feb 2020

Bekas wartawan kini pengusaha katering berjaya, ini resipi kejayaannya

Kongsi panduan jatuh bangun dalam perniagaan

Featured Fri, 17 Apr 2020

7 rahsia kecantikan Cleopatra masih diamalkan pada zaman moden

Kajian sains turut akui keberkesanannya

Featured Mon, 29 Oct 2018

Gara-Gara Beri Anak Minum Coca-Cola, Bapa Dipenjara 3 Bulan!

Anaknya tak cukup makan sebab bapanya habiskan duit beli minuman keras!

Eat Travel Mon, 6 Jul 2020

Pelbagaikan menu dengan Ribena, pasti enak dan lazat

Nikmati kebaikan dalam setiap jus berkhasiat

Featured Wed, 25 Mar 2020
Featured Fri, 5 Oct 2018
Featured Fri, 28 Sep 2018

Tidur Pakai Stokin Tabiat Terbaik Untuk Menjaga Kesihatan!

Pemakaian stokin boleh membantu untuk tidur lebih cepat.

| Live TV