Featured By: Yanie Baharom February 17, 2020 @ 7:09pm

Ajak golongan muda berpenampilan sopan, Munawwareen hadirkan koleksi pastel

Jenama ini mirip nama satu jenama busana Muslimah yang sudah lama bertapak dalam industri fesyen tempatan.

Apatah lagi, sudah menjadi trend apabila kebanyakan rumah fesyen hadir dengan label keduanya, khususnya dalam memperkenalkan koleksi mampu milik.

Tetapi, saat menghadiri majlis pelancaran himpunan busana Munawwareen yang diadakan di sebuah restoran di Kuala Lumpur baru-baru ini, ternyata jenama itu tiada sebarang perkaitan dengan label yang dimaksudkan.

Bahkan hadirnya Munawwarren mewarnai industri fesyen Muslimah di Malaysia, membawa misi untuk mengembangkan lagi bakat dan rangkaian perniagaan dalam kalangan wanita moden di negara ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LIVE UPDATE MAJLIS PELANCARAN BUSANA MUNAWWAREEN 13 FEBRUARI 2020 Live Update : @twvs.co

A post shared by Munawwareen Official ( HQ ) (@munawwareen) on

Pemilik Munawwareen, Aliza Abu Bakar, berkata pemilihan nama Munawwareen diharap bukan sahaja memberi sinar kepada perniagaan berkenaan, tetapi juga memberi hikmah kepada pengguna di negara ini.

“Munawarreen membawa maksud ‘kau datang membawa cahaya’ dan saya juga mengharapkan koleksi di bawah jenama ini menyentuh hati dan memberikan manfaat pada imej wanita Muslim.

“Saya tidak mempunyai pendidikan atau kepakaran untuk berdakwah, namun saya melihat fesyen Muslimah berlandaskan syariah sebagai satu galakan kepada wanita Muslim untuk menjaga aurat mereka. Ini cara saya berdakwah kepada komuniti terutamanya wanita, mudah-mudahan mendapat ganjaran daripada Allah SWT di akhirat nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran berkenaan, baru-baru ini.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LIVE UPDATE MAJLIS PELANCARAN BUSANA MUNAWWAREEN 13 FEBRUARI 2020 Live Update : @twvs.co

A post shared by Munawwareen Official ( HQ ) (@munawwareen) on

Beliau akui, pada awalnya sedikit gusar untuk menggunakan nama Munawwareen yang hampir menyamai jenama busana Muslimah pernah popular satu ketika dulu, namun berkat pandangan beberapa pihak beliau nekad menggunakan nama yang mempunyai maksud positif itu.  

“Sewaktu ingin memulakan perniagaan ini beberapa tahun yang lalu, saya sempat meminta pandangan arwah bapa angkat saya, Datuk Dr Haron Din, bagaimana kalau saya mahu menggunakan jenama Munawwareen, adakah ia akan menimbulkan kekeliruan memandangkan namanya hampir sama dengan sebuah jenama Muslimah.

“Datuk Dr Haron Din berkata, Munawwareen adalah sebuah nama baik.  Paling penting nawaitu kita bukanlah untuk bersaing sebaliknya, menawarkan lebih banyak keperluan busana Muslimah untuk wanita Muslim,” katanya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LIVE UPDATE MAJLIS PELANCARAN BUSANA MUNAWWAREEN 13 FEBRUARI 2020 Live Update : @twvs.co

A post shared by Munawwareen Official ( HQ ) (@munawwareen) on

Menurut Aliza lagi, melalui jenama Munawwarreen beliau mahu membuktikan bahawa dalam keadaan pakaian bertutup dan bertudung litup wanita masih boleh kelihatan menawan.

Inovasi rekaan diperkenalkan jenama Munawwareen 2020, mementingkan fabrik berkualiti, keselesaan, dengan perincian mewah dan himpunan variasi warna pastel, membuatkan wanita masih kelihatan cantik dalam busana yang menepati kehendak syariah.

Munawwareen menampilkan pelbagai produk fesyen Muslimah, namun abaya adalah antara koleksi popular jenama ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LIVE UPDATE MAJLIS PELANCARAN BUSANA MUNAWWAREEN 13 FEBRUARI 2020 Live Update : @twvs.co

A post shared by Munawwareen Official ( HQ ) (@munawwareen) on

Beliau berkata, jika kebiasaannya warna hitam putih digunakan sebagai asas warna abaya, di butik Munawwareen pengguna boleh mendapatkan abaya dalam warna pastel atau tanah yang cukup digemari golongan muda.

“Golongan muda biasanya malu kalau memakai jubah berwarna gelap kerana bimbang digelar makcik-makcik, justeru kami hadirkan abaya dalam warna pastel agar mereka memakai pakaian yang bersesuaian usia dan paling penting sekali menutup aurat kerana golongan muda inilah yang paling banyak sekali godaan.

“Insya-Allah wanita yang menjaga penampilan dan akhlak mereka akan mendapat perlindungan Allah SWT,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LIVE UPDATE MAJLIS PELANCARAN BUSANA MUNAWWAREEN 13 FEBRUARI 2020 Live Update : @twvs.co

A post shared by Munawwareen Official ( HQ ) (@munawwareen) on

Selain menampilkan ciri-ciri Muslimah mengikut syariah, kelainannya adalah setiap koleksi lengkap dengan baju dan tudung.

Apa yang menarik, himpunan berkenaan menampilkan perincian seperti poket berzip pada bahagian tengah tudung. Ruangan kecil itu boleh digunakan untuk menyimpan barangan kecil seperti telefon, barang perhiasan mahupun buku doa atau tasbih yang kecil.

Aliza berkata, perincian unik itu bukan sahaja satu kenyataan fesyen, namun mempunyai fungsi yang memudahkan penyimpanan barang terutama ketika beribadat.

“Fungsi poket kecil ini untuk wanita menyimpan barang penting. Tiada lagi kerisauan akan barang hilang ketika menunaikan solat. Idea ini diiinspirasikan daripada ibu mentua saya. Saya menjaga mentua saya yang usianya sudah lanjut dan sering terlupa. Biasanya orang tua memang suka memakai tudung sarung.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LIVE UPDATE MAJLIS PELANCARAN BUSANA MUNAWWAREEN 13 FEBRUARI 2020 Live Update : @twvs.co

A post shared by Munawwareen Official ( HQ ) (@munawwareen) on

“Untuk memudahkan ibu mentua menyimpan barang kegunaannya, saya menghasilkan beberapa helai tudung yang terdapat poket di tengahnya supaya ibu mentua boleh menyimpan telefon bimbit, al-Quran kecil atau tasbih di dalamnya. Ibu mentua saya amat menyukainya kerana tudung itu praktikal.

“Kemudian saya terfikir mengapa tidak idea ini saya gunakan untuk koleksi Munawwareen 2020. Bayangkan kalau kita di Makkah menunaikan umrah pada bulan Ramadan, sembahyang tarawih saja dilakukan sebanyak 20 rakaat.

“Telefon bimbit atau apa saja barangan peribadi yang diletakkan pada bahagian hadapan atau sisi berisiko untuk kes kecurian. Dengan adanya poket pada bahagian tengah ini, memberikan keselesaan untuk pengguna melakukan ibadat tanpa perlu berasa risau. Ibadat juga akan menjadi lebih khusyuk dan sempurna,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LIVE UPDATE MAJLIS PELANCARAN BUSANA MUNAWWAREEN 13 FEBRUARI 2020 Live Update : @twvs.co

A post shared by Munawwareen Official ( HQ ) (@munawwareen) on

Selain abaya, Munawwareen juga menghadirkan telekung eksklusif yang dihiasi dengan batu Swarovski.

Fabrik yang digunakan ialah Soft Italian Cotton yang sejuk dan selesa apabila menunaikan solat selain tidak perlu memakai anak tudung.

Bagi wanita yang merancang untuk menunaikan umrah mahupun haji, jenama itu turut menyediakan kit perjalanan yang comel dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Set berkenaan yang merangkumi telekung dan kainnya pula dijahit seperti palazzo agar memudahkan pergerakan terutama ketika tawaf dan saie.

Antara selebriti popular tempatan yang memeriahkan majlis pelancaran itu ialah Datin Rabecca Nur Al Islam, Raja Afiq, Syafie Naswip, Rohaja Jalil, Leina Hangat, Salwa Abdul Rahman dan ramai lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LIVE UPDATE MAJLIS PELANCARAN BUSANA MUNAWWAREEN 13 FEBRUARI 2020 Live Update : @twvs.co

A post shared by Munawwareen Official ( HQ ) (@munawwareen) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LIVE UPDATE MAJLIS PELANCARAN BUSANA MUNAWWAREEN 13 FEBRUARI 2020 Live Update : @twvs.co

A post shared by Munawwareen Official ( HQ ) (@munawwareen) on

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Thu, 19 Jan 2023

Anak Emma Maembong Pura-Pura Nangis, Tapi Air Mata Tak Keluar – “Ada Bakat Lakonan Macam Mak Dia…”

Anak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shariq Gabriel sememangnya sering mencuit hati ramai dengan gelagat comel dan bijak. Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram yang memaparkan anak sulung lelakinya itu sedang pura-pura […]

Featured Wed, 27 Sep 2023

Setahun Menyepi, Ara Johari Buat ‘Comeback’ Dengan SUDAH

Wah, sekali keluar dengan single terus letup ek Ara 🙌

Featured Wed, 15 Sep 2021

Pelancong yang Ingin Bercuti Ke Langkawi, WAJIB Buat Swab Test!

Take note! Jangan tarik luggage je okay…

Featured Fri, 28 May 2021

Penderitaan Gadis Jadi Pemuas Nafsu Bapa Sejak Berusia 6 Tahun

Seorang gadis berusia 18 tahun yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan liwat bapa kandung sendiri sejak 12 tahun lalu akhirnya terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner […]

Featured Tue, 28 Sep 2021

Kerajaan Wajar Tambah Pengeluaran i-Citra, Ubah Bayaran Dividen Kepada Struktur Berperingkat

KWSP disarankan menaikkan pengeluaran i-Citra dan mengubah pembayaran dividen kepada struktur berperingkat. Cadangan itu diutarakan oleh Ahli Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini. “Seperti kita sedia maklum, berjuta-juta […]