Featured By: Yanie Baharom June 10, 2018 @ 9:00am

Akibat Tekanan, Pengasas Kate Spade Gantung Diri

Pengasas jenama tas tangan terkenal, Kate Spade ditemui mati tergantung oleh pembantu rumahnya di kediamannya di kota New York, Amerika Syarikat pada Selasa.

Pihak polis masih lagi menyiasat punca kematian jutawan berusia 55 tahun ini yang dipercayai akibat bunuh diri.

Kate atau nama sebenarnya, Katherine Noel Brosnahan yang dilahirkan di Missouri merupakan seorang bekas editor aksesori di majalah Mademoiselle sebelum dia dan Andy Spade berkolaborasi menubuhkan syarikat Kate Spade New York pada 1993.

Pasangan itu kemudiannya mendirikan rumah tangga setahun selepas menubuhkan syarikat bersama. Jenama itu mula menjual beg tangan sebelum melebarkan sayap dengan menjual seleksi pakaian dan minyak wangi.

Foto: Getty Images

Selepas membina nama, pasangan itu kemudiannya nekad menjual jenama mereka pada 2006. Tahun yang sama mereka melancarkan satu jenama fesyen baharu, Frances Valentine yang menjual kasut dan aksesori wanita.

Kate Spade New York menerusi satu kenyataannya menyampaikan takziah di atas kematian pengasas mereka.

“Walaupun Kate sudah tidak lagi menjalankan sebarang urusan dengan Kate Spade sejak lebih sedekad lalu, namun Kate dan suami Andy merupakan pengasas dan pencipta kepada jenama yang disayangi ramai ini. Kate akan terus dirindui,” tulis kenyataan itu.

Sumber: CNN

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 19 Mar 2020

Lokasi tersembunyi saji pemandangan menarik

Rancang dahulu, sewa kemudian

Featured Thu, 28 Oct 2021

“Jangan Selalu Makan Pedas Nanti Sakit” – Gadis Hidap Kanser Ovari & Cyst Abaikan Nasihat Ibu

Seorang gadis terpanggil untuk menegur selera makan penggemar masakan pedas yang melebihi had yang sepatutnya kerana ia bakal memberikan kesan kepada kesihatan. Seorang pengguna TikTok bernama @mrshya berkongsi kepada orang ramai tentang kesan buruk makan […]

Eat Travel Mon, 23 Mar 2020
Featured Mon, 17 Apr 2023
Featured Wed, 8 Sep 2021