Featured By: Fadzlena Jafar September 18, 2019 @ 12:17pm

Al-Ikhsan lancar tudung sukan mudah kering

Tudung basah dan fabrik yang menyebabkan rasa panas antara masalah yang sering dihadapi wanita bertudung apabila menyertai aktiviti lasak seperti bersukan.

Bagi menyelesaikan masalah berkenaan, peruncit barang sukan terkemuka Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd (Al-Ikhsan) memperkenalkan himpunan tudung AL Sport Hijab di bawah jenama syarikat berkenaan, AL Sports.

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla, berkata AL Sports Hijab dihasilkan menggunakan fabrik berteknologi tinggi bagi memberikan keselesaan kepada wanita bertudung di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan, Vach Pillutla (tengah) bersama-sama pemain hoki kebangsaan, dari kiri, Noraini Abdul Rashid, Farah Ayuni Yahya, Fatin Syafiqah Shukri dan Siti Zulaikha Hussin pada majlis pelancaran tudung AL Sports Hijab di Al-Ikhsan, The Curve. NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

“Sebagai syarikat yang menjual pelbagai barangan sukan, kami menyedari atlet wanita bertudung menghadapi masalah untuk mencari tudung yang sesuai dengan keadaan mereka sebagai atlet.

“Oleh itu, selepas melakukan kajian, kami menghasilkan AL Sports Hijab yang bergaya dan menggunakan SmartDry Technology yang menjanjikan keselesaan kepada pemakai seperti mudah kering serta menyejukkan,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian AL Sports Hijab, di Al-Ikhsan The Curve, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Pelancaran itu turut dimeriahkan dengan kehadiran empat pemain hoki kebangsaan, Farah Ayuni Yahya,  Fatin Syafiqah Shukri, Noraini Abdul Rashid dan Siti Zulaikha Hussin. Yang turut hadir ialah Pengurus Jenama Al-Ikhsan Sports, Ahmad Firdaus Nurullah Rasedee.

Pada majlis itu, Vach turut menyampaikan AL Sports Hijab sebagai cenderamata kepada keempat-empat pemain hoki kebangsaan berkenaan.

Tudung AL Sports Hijab yang mudah kering sesuai untuk wanita yang menggemari aktiviti lasak sepeerti bersukan. NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Al-Ikhsan mempatenkan SmartDry Technology yang digunakan dalam kebanyakan jersi dihasilkan oleh AL Sports. Teknologi ini memastikan fabrik lebih mudah kering terutama ketika bersukan dalam waktu yang panjang.

Tudung baharu itu mempunyai dua warna pilihan , iaitu hitam dan biru kelasi (navy blue), namun AL Sports bakal menghasilkan beberapa warna lain tahun depan.

Vach berkata, Al-Ikhsan bakal memperkenalkan kaedah pembelian atas talian bagi memudahkan wanita di seluruh negara yang berminat untuk membeli AL Sports Hijab.

“Ketika ini kami sedang dalam perancangan untuk membuka cawangan pertama di Sabah dan Sarawak pada tahun depan, tetapi buat masa ini orang ramai boleh membeli AL Sports Hijab menerusi kaedah atas talian yang bakal dilancarkan sebelum hujung tahun ini.

“Perancangan ini diharap dapat meningkatkan jualan tudung baharu ini kerana sebagai syarikat yang menjual barangan sukan pertama memperkenalkan himpunan tudung, kami yakin AL Sports Hijab akan mendapat sambutan dalam kalangan wanita Muslimah,” katanya.

Dua pilihan tudung AL Sports Hijab iaitu rekaan pendek pada harga RM45, manakala rekaan panjang RN55. NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Ketika ini, Al-Ikhsan yang ditubuhkan pada tahun 1993 mempunyai kira-kira 130 cawangan, namun tudung AL Sports Hijab hanya boleh didapati di 110 cawangan Al-Ikhsan.

Al Sports Hjab dijual pada harga RM45 untuk rekaan pendek dan RM55 untuk rekaan tudung lebih panjang.

5 keistimewaan Al Sports Hijab:

  • Menggunakan SmartDry Technology yang diguna pakai dalam semua baju dan seluar rekaan AL Sports
  • Diperbuat daripada fabrik tiga lapis yang ringan bagi memberikan keselesaan kepada si pemakai sepanjang bersukan
  • Lapisan pertama memastikan penyerapan peluh lebih cepat, sekali gus kepala dan leher pemakai berasa lebih selesa
  • Lapisan kedua yang dikenali sebagai lapisan konduktif berfungsi menyalurkan kepanasan ke lapisan ketiga
  • Lapisan ketiga akan melepaskan kepanasan keluar, justeru leher dan kepala lebih nyaman sepanjang beriadah atau bersukan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 10 Sep 2023

[VIDEO] Selepas Setahun Bertunang, Imran Aqil & Influencer Jelita, Dahlia Rizal Sah Berkahwin

Sama cantik, sama padan diorang ni. Tahniah Imran Aqil & Dahlia Rizal! ❤️‍🔥

Featured Tue, 7 Jun 2022

Kes Jenaka R*g*l Dalam Kelas, 75 Ahli Parlimen Desak Peguam Negara Tarik Balik Pembelaan, Mohon Institusi Pendidikan Lebih Tegas

Susulan kes jenaka rogol yang tular sejak tahun lalu membabitkan seorang guru, hari ini seramai 75 orang ahli parlimen pembangkang mendesak agar Peguam Negara menarik balik pembelaan terhadap guru tersebut bersama bekas pengetua sekolah terbabit […]

Oh Lawa Mon, 17 Sep 2018

23 Gaya Fesyen Karpet Merah Paling Menarik Di Acara Emmy Awards Selama Ini

Kita boleh juga lihat evolusi gaya fesyen red carpet dari tahun ke tahun.

Featured Fri, 20 Jan 2023
Featured Mon, 3 Sep 2018

Jangan Tidur Dengan Gaya Ini Jika Tak Nak Nampak Lebih Tua

Gaya tidur pun boleh buatkan kulit muka anda berkedut!

Oh Lawa Wed, 31 Oct 2018
Featured Mon, 10 Apr 2023
Featured Fri, 20 Jan 2023