Featured By: Nani Ramlee August 27, 2018 @ 9:00am

Anak Alami Keracunan Makanan? Ini Yang Perlu Ibu Bapa Lakukan

Anak anda mungkin akan makan pelbagai jenis makanan tanpa pengetahuan anda. Keracunan makanan masih boleh berlaku kepada anak anda walaupun anda sendiri yang memasak makanan tersebut.

Namun begitu, jangan panik, Mama! Sebaik-baiknya, anda harus mula melengkapkan diri dengan pengetahuan secukupnya tentang cara menangani masalah keracunan makanan untuk boleh digunakan semasa waktu kecemasan.

Bilakah keracunan makanan terjadi?

Keracunan makanan terjadi apabila kuman hidup dalam makanan yang rosak. Dalam kes lain, kuman boleh tumbuh dalam makanan yang kurang masak, tidak ditapis atau tidak disimpan di dalam peti sejuk dengan betul.

Apakah kuman yang menyebabkan keracunan makanan?

Kuman yang menyebabkan keracunan makanan termasuklah Campylobacter, Staphylococcus, Salmonella dan Escherichia coli. Virus, parasit atau toksin juga boleh menjadi salah satu punca keracunan makanan. Keracunan makanan adalah sejenis radang perut dan usus.

Foto: Power of Positivity

Siapakah yang boleh menjadi mangsa keracunan makanan?

Sesiapa pun, termasuklah bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.

Simptom-simptom keracunan makanan

Kebiasaannya, simptom keracunan makanan muncul tidak lama selepas seseorang itu makan makanan yang tercemar. Antara simptomnya termasuklah loya, muntah, kekejangan perut, kentut, cirit-birit, sakit kepala, dan demam.

Mangsa juga boleh menunjukkan tanda-tanda dehidrasi. Tempoh masa 24 hingga 48 jam diperlukan untuk pulih daripada simptom-simptom yang ditunjukkan.

Tip-tip untuk rawatan diri

Kebanyakan kes keracunan makanan tidak serius, jadi anda boleh merawat anak anda di rumah. Ikuti arahan di bawah:

1. Ambil acetaminofen sekiranya demam.

2. Pastikan anak anda terhidrasi dengan baik.

3. Berikan anak anda larutan Oral Rehydration Salt (ORS) seperti CeraLyte, Oralyte, dan Pedialyte bagi menggantikan nutrien yang hilang disebabkan oleh cirit-birit atau muntah-muntah.

4. Elakkan memberi produk tenusu kepada anak anda selama 2-3 hari selepas kejadian keracunan makanan kerana ia boleh memburukkan cirit-birit atau muntah.

5. Jangan hentikan pengambilan makanan anak anda selama lebih dari 24 jam walaupun dia tidak mahu makan.

6. Hubungi doktor anda sekiranya simptom yang ditunjukkan lebih teruk.

Foto: Choc Childrens

Bilakah anda perlu merujuk doktor?

1. Ketika anak anda menunjukkan tanda-tanda neurologi (seperti kaku).

2. Ketika demam melebihi 38 darjah – yang tidak boleh diredakan dengan acetaminophen.

3. Terdapat darah dalam mukosa atau najis.

4. Sekiranya cirit-birit dan muntah anak anda berterusan selama beberapa hari.

5. Ketika anak anda mengalami sakit di bahagian abdomen yang teruk dan muntah atau tidak boleh mengambil sebarang cecair setiap 30 minit.

6. Ketika anak anda menunjukkan tanda-tanda tidak mahu minum dan dehidrasi serta pengeluaran urin yang sedikit atau dahaga yang melampau.

Di hospital, doktor anda mungkin akan menjalankan ujian ke atas najis bagi mengenal pasti organisma yang menjadi punca. Mereka mungkin memberikan antibiotik sekiranya disebabkan oleh bakteria.

Walau bagaimanapun, kebanyakan penyakit yang disebabkan oleh makanan adalah bergantung kepada diri sendiri, jadi doktor tidak akan memberikan antibiotik. Sebaliknya, dia akan membiarkannya sembuh sendiri selepas beberapa hari. Doktor anda juga boleh menetapkan antiemetik bagi mengurangkan muntah.

Foto: BBC Good Food

Mencegah keracunan makanan

1. Basuh tangan dengan betul sebelum menyediakan makanan.

2. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan teliti.

3. Daging dan telur dimasak dengan sempurna dan tidak menunjukkan tanda-tanda rosak sebelum dimasak.

4. Panaskan makanan dengan betul.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Oct 2019

Gara-gara ingin solat ketika kerja, tawaran kerja wanita Muslim ini ditarik balik

Kini dia ingin memfailkan saman terhadap syarikat berkenaan.

Featured Sat, 4 Apr 2020
Featured Sat, 5 Oct 2019
Eat Travel Sun, 10 May 2020
Featured Wed, 29 Apr 2020
Featured Sun, 31 May 2020

Raffia Arshad, hakim wanita berhijab pertama di United Kingdom, hebat!

Inspirasi buat wanita Muslim di seluruh dunia

Featured Fri, 25 May 2018

Tembikai Susu Sejenis Buah Murah Namun Banyak Khasiatnya Selain Enak Dimakan

Dimakan enak, dibuat sebagai pewangi kereta juga membangkit aroma yang menyenangkan.

Eat Travel Sat, 20 Oct 2018

Guna 4 Bahan Sahaja Untuk Buat Ais Krim Milo Yang Lembut Dan Sedap Ini

Kalau nak lagi sedap taburkan milo di atasnya!

Sihat Mon, 22 Oct 2018
Featured Thu, 11 Jan 2018

Clean Eating Adalah Gaya Hidup

‘YOU ARE WHAT YOU EAT’, ungkapan ini memang sering kita dengar.  Jika kita mengambil makanan  sihat, maka tubuh juga menjadi sihat. Tapi jika makanan yang diambil tidak sihat dan banyak bahan pengawet, maka tubuh badan […]

| Live TV