familuv By: Ad Ops March 12, 2019 @ 2:00pm

Anak berbohong, ibu bapa jangan panik!

Kita sering mendengar ungkapan kanak-kanak tidak pandai berbohong, apatah lagi mereka masih kecil dan suci. Kebiasaannya kanak-kanak bersikap jujur- apa yang mereka lihat- itulah yang akan diperkatakan.

Bagaimanapun, semakin mereka membesar, semakin banyak mereka bergaul dan bertemu dengan orang. Dari situ, mereka sudah mula belajar untuk berbohong dan tidak keterlaluan jika dikatakan berbohong adalah sesuatu yang normal dan mungkin akan berlaku dalam diri kanak-kanak.

Dipercayai lebih 80 peratus kanak-kanak sudah pandai berbohong apabila mencecah umur empat tahun. Punca kanak-kanak berbohong adalah apabila melihat orang rapat di sekelilingnya turut menipu.

Hal ini membuatkan mereka berfikir bahawa perbuatan menipu itu tiada salahnya dan dibenarkan kerana ibu, bapa, kakak, atau abang mereka juga pernah menipu.

kids lie

Foto: Expat Woman

Antara faktor lain yang menyebabkan anak berbohong ialah:

1. Tabiat: Mereka selesa melakukan perkara terbabit

2. Stres

3. Mahu menyelamatkan diri daripada dimarahi, didenda atau dihukum.

4. Mahu dipuji

5. Tidak mahu menghampakan ibu bapa

6. Mahukan perhatian daripada orang sekeliling

anak bohong

Foto: Today’s Parent

Menurut perunding keibubapaan, Judy Reith dari Parenting People, kanak-kanak juga menipu untuk menyelesaikan masalah. Justeru sebagai ibu bapa, menjadi tugas dan tanggungjawab anda untuk menafsir apa yang mereka cuba selesaikan dengan berbohong itu.

Tidak dinafikan berbohong menunjukkan minda anak sedang berkembang dan terdapat kemajuan dalam perkembangan otak mereka. Bagaimanapun, ibu bapa tidak seharusnya membiarkan perkara itu berterusan- risau anak akan lali dan seronok dengan perbuatan tersebut.

Jadi, sebelum perbuatan berkenaan semakin parah, ini tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa:

1. Tegur dan beritahu anak bahawa amalan berbohong itu tidak elok untuk diikuti.

2. Bercakap dengan lembut, nasihati mereka dalam keadaan yang tenang dan kendalikan dengan cara positif.

3. Jangan terus menghukum, sebaliknya beri amaran awal kepada anak anda. Beri peluang, namun jika mereka masih melakukan perbuatan yang sama, barulah kenakan hukuman kepada mereka.

4. Harus diingat, anak-anak adalah cermin diri ibu bapa dan setiap perilaku anak itu adalah hasil daripada apa yang ditunjuk oleh ibu bapa. Jadi, tunjukkan contoh yang baik kepada anak.

Sumber: Hello Doktor, Klevermind dan Sirap Limau

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Jan 2023

Didie Shazry Tampil Dengan Single Kedua Joget Jiwa Lara!

Penyanyi Didie Shazry muncul dengan single kedua daripada Joget Made In Malaysia berjudul Joget Jiwa Lara hasil ciptaan sepenuhnya oleh Hazim Yunan dan Amrul Amran manakala liriknya pula tulisan penulis lirik Azam Dungun. Lagu Joget […]

Featured Tue, 16 Feb 2021
Featured Fri, 7 Oct 2022

Gara-Gara Tampil Berpakaian Seksi, Azira Shafinaz Sering Terima Gelaran ‘Kurang Manis’ – “Saya Pun Ada Hati Dan Perasaan Juga”

Jangan kecam gaisss… orang tu tengah pelan-pelan berubah. kita sokong dan doakan okay!

Featured Wed, 4 Jan 2023

[VIDEO] “Mana Jumpa Papa Macam Ni? Limited!” – Netizen Cemburu Kekasih Zarina Anjoulie Beli Alat Solek

Untungnya Anjuu 🥰🥰 Boyfriend or husband korang sweet macam ni juga tak? Hihiii 🤪🤪