Acara By: Yanie Baharom April 2, 2019 @ 10:00am

Anzalna mengidam pakai baju baharu setiap hari, ‘berangan’ Beyonce Knowles dan Ariana Grande!

Sebut saja mengidam, simptom ‘keinginan’ ini pasti dikaitkan dengan ibu hamil.

Kebiasaannya, sifat mengidam yang sering dialami ibu hamil lebih kepada ‘nafsu’ makan yang menjadi-jadi atau keinginan menikmati makanan yang sebelum ini tidak pernah disukai mereka termasuklah yang sukar didapati.

Berbeza dengan pelakon cantik berbakat besar, Anzalna Nasir, 31, keinginan sepanjang melalui proses kehamilan yang menginjak usia tujuh bulan itu, bukan membabitkan makanan, sebaliknya lebih kepada memperagakan baju baharu setiap hari.

Bukan itu saja, kalau dulunya pelakon Memori Cinta Suraya ini seorang yang selesa bergaya sederhana, kini sepanjang proses kehamilan yang pertama kali dilaluinya mengubah Anzalna menjadi individu sebaliknya.

Suka melaram, minat memakai bulu mata palsu, seperti gaya Beyonce Knowles dan Ariana Grande, antara transformasi yang berlaku pada dirinya tanpa sengaja sehingga menarik perhatian peminat dan netizen yang menyedari perubahan itu.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Harini i feeling nak jadi Beyonce, tapi jadi beyoncit! ???? Merasa juga la dengan pertolongan dari @schanooladiva and the team. ???? @binbinx4

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Memandangkan beliau sentiasa ingin kelihatan cantik, ramai yang membuat ramalan Anzalna dan suaminya, Haniff, kemungkinan mendapat anak perempuan!

“Trimester pertama, saya banyak berehat sebab alahan ibu mengandung (morning sickness), tetapi apabila memasuki trimester media, saya ‘mengidam’ nak pakai baju baharu setiap hari terutamanya baju tidur.

“Tidak tahu mengapa, mungkin keinginan untuk kelihatan cantik pada mata suami, itu yang boleh saya katakan. Saya sentiasa dengar orang cakap, perempuan kalau mengandung malas jaga penampilan dan merias diri, saya tidak mahu suami melihat saya seperti itu.

“Kalau peminat memuji melihat penampilan saya tatkala menghadiri majlis, saya juga mahu suami memuji saya walaupun sekadar duduk di rumah,” katanya ketika ditemui pada majlis perlantikan Duta Eksklusif NR di Pusat Dagangan Dunia Putra, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 01 APRIL 2019. Pelakon, Anzalna Nasir bersama Ketua Pegawai Eksekutif NR, Syed Hidzir Tan Sri Datuk Syed Agil Barakbah, (kanan) menunjukkan surat perjanjian Pelantikan Duta Ekslusif NR sambil disaksikan Penasihat NR, Datin Sharifah Anisah Tan Sri Datuk Syed Agil Barakbah, (tengah) ketika Majlis Sidang Media Pelantikan Sebagai Duta Ekslusif NR di PWTC, Kuala Lumpur. NSTP/AZHAR RAMLI

Enggan mendedahkan jantina bayi yang dikandungnya mahupun nama yang bakal diberi, Anzalna tidak menolak untuk mengembangkan legasi ‘Anggun’ iaitu pangkal nama tiga anak saudaranya sekiranya dikurniakan bayi perempuan.

“Ketika kakak saya mengandung, kami sekeluarga bersama-sama memilih nama anaknya, iaitu kembar Anggun Darleesa dan Anggun Darleena dan seterusnya anak ketiganya, Anggun Darniella.

“Oleh itu, saya pasti nama yang bakal diberikan kepada bayi saya nanti, hasil persetujuan dan idea daripada ahli keluarga. Kami adik-beradik ada juga terfikir meneruskan legasi Anggun, jika anak perempuan. Tengoklah macam mana,” katanya.

Memperkatakan mengenai perlantikannya sebagai duta jenama produk rangkaian ramuan herba tradisional NR, Anzalna mengakui ia adalah hadiah ulang tahun paling bermakna diterimanya tahun ini.

Anzalna dilamar sebagai duta pada ulang tahun kelahirannya yang ke-31, 9 Januari lalu, bagaimanapun perlantikan rasmi dibuat pihak MISB Resources Sdn Bhd (MISB Resources) sebagai duta jenama produk NR untuk tempoh setahun bermula 25 Mac lalu.

Ditanya mengapa menerima lamaran NR sekali gus memilih untuk melalui proses berpantang secara tradisional, Anzalna berkata, NR ialah produk penjagaan ibu bersalin yang diamalkan oleh ibunya sendiri termasuk kakak dan kakak ipar, malah diperakui keberkesanannya.

“Mama saya berkata, tidak kira apapun produk yang ingin menaja atau melantik saya sebagai duta sepanjang kehamilan dan proses berpantang, mama tetap mahukan saya menggunakan NR mungkin kerana mama pengguna setia NR.

“Saya sendiri sudah biasa dengan jenama ini sejak kecil lagi. Amalan mama berpantang menggunakan NR diturunkan kepada kakak dan Insya-Allah nanti giliran saya pula, malah kakak ipar saya turut menggunakan produk ini.

“Bagi saya sekalipun rawatan secara moden, iaitu ubat-ubatan diberikan doktor menjadi keutamaan, tidak salah pada masa sama kita mengamalkan penjagaan secara tradisional,” katanya.

Ketika ini, Anzalna menggunakan Barra Gel, pencuci bahagian intim dan Minyak Berubat Herba, untuk melegakan sakit-sakit ringan pada otot dan sendi.

Anzalna juga akan menggunakan pelbagai variasi produk termasuk rangkaian Herbanika Bersalin NR, set bersalin yang disediakan hasil rumusan tradisional untuk sesi berpantang selama 100 hari, kesihatan bersalin dan kecantikan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MISB Resources, Syed Hidzir Tan Sri Datuk Syed Agil Barakbah, berkata pemilihan Anzalna sebagai duta NR bukan sahaja semata-mata berdasarkan imej ikon wanita itu, tetapi aspirasi dan amalan penjagaan diri yang diamalkan aktres berkenaan dengan meggunakan produk NR menjadi asas pelantikan.

“Anzalna komited untuk berkongsi dengan peminat mengenai produk yang dipercayainya dan NR telah menjadi pilihan keluarga sejak dua generasi lalu. Kini tiba masanya giliran beliau untuk meneruskan tradisi berkenaan dengan mengamalkannya ketika hamil, bersalin dan berpantang 100 hari selepas bersalin kelak.

“Hal inilah yang menyebabkan NR terbuka untuk melantik Anzalna sebagai duta eksklusif pertama buat julung kalinnya sejak ramuan herba ini diformulasi 30 tahun yang lalu,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Mar 2020
Acara Sun, 31 May 2020

Eratkan silaturahim, sampaikan salam Syawal dengan Pizza Hut

Salam terpanjang turut tampil Fattah Amin dan Shaheizy Sam

Eat Travel Thu, 16 Aug 2018

Kari Laksa Malaysia Tersenarai Dalam Top 5 Makanan Terbaik Dunia, Cayalah!

Terdapat 10 makanan Malaysia lain yang turut tersenarai!

Featured Mon, 22 Feb 2021

Mohon Kelonggaran Rentas Daerah Di..

Kerajaan negeri Terengganu memohon pertimbangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya penduduk di negeri itu diberi kelonggaran untuk bergerak merentas daerah. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman, berkata permohonan itu bertujuan memperkasakan […]

Featured Wed, 13 Feb 2019

Hendak bergaya ketika memakai baju renang Muslimah, siapa kata tidak boleh?

Pakaian renang Muslimah rekaan MatSalleh Design boleh membantu.

Featured Sun, 11 Apr 2021

KKM Diminta Umum Keputusan Rentas Negeri Lebih Awal Sempena Aidilfitri

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta untuk melakukan keputusan membenarkan Pergerakan rentas negeri lebih awal sempena Hari Raya Aidilfitri. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengumuman lebih awal akan memudahkan orang ramai membuat […]

Featured Thu, 22 Aug 2019

Dodoi anak dengan gym ball, sambil bersenam tubuh ibu pun selesa!

3 manfaat lain gym ball yang tidak diketahui umum.

Featured Sun, 14 Nov 2021

Janna Nick Bintang Paling Popular, Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH 34

Anugerah Bintang Popular (ABPBH ke-34) yang bertemakan ‘Kita Bersama’ malam ini berlangsung dengan meriah menerusi siaran langsung di TV3. Mempertandingkan sebanyak 14 kategori utama dan 4 kategori online, keputusan disampaikan oleh barisan pelakon, personaliti media […]

Eat Travel Thu, 4 Oct 2018

13 Makanan Terbaik Yang Anda Patut Makan Selepas Bersenam

Jangan biarkan semua usaha anda ke laut.

Featured Thu, 16 Apr 2020

| Live TV