Featured By: Ad Ops February 21, 2018 @ 11:39am

Apa silapnya? Umur Baru 20-an, Tapi Nampak Macam 40-an

Tua sebelum usia, pasti anda tidak mahu perkara ini berlaku terhadap diri sendiri. Apa perasaan anda apabila ada orang yang meneka umur anda jauh lebih berusia daripada usia sebenar?

Mungkin ada yang tidak kisah, tapi majoriti akan mula melatah.  Kalau boleh biarlah sentiasa kelihatan awet muda walaupun usia sudah menginjak ke 50 tahun. Di mana silapnya?

Sebenarnya untuk tampil awet muda, anda harus memelihara kecantikan dan kesihatan kulit, terutamanya kulit wajah. Kulit yang sihat akan membuatkan anda sentiasa kelihatan muda berseri.

Ikuti 8 langkah-langkah berikut supaya anda tidak tua sebelum usia.

1. Bersihkan wajah dengan pembersih yang bersifat lembut. Lakukan sebelum anda tidur di malam hari. Pagi esoknya, memadailah dengan membasuh muka menggunakan air suam dan sapukan pelembap.

2. Pilih pencuci muka cream bukan foam. Pencuci muka dalam bentuk foam cenderung mengeringkan kulit wajah.

3. Lakukan pengelupasan sel kulit mati seminggu sekali untuk menghindari kulit kusam. Pilih skrub yang butirannya kecil, halus serta lembut. Sebaik-baiknya hindari skrub yang terdiri daripada partikel garam atau pun ekstrak kacang. Skrub daripada jenis-jenis ini lebih kasar dan boleh menyebabkan kulit wajah cedera. Selain itu, kelembapan kulit juga akan hilang apabila menggunakan skrub daripada jenis.

4. Seboleh-bolehnya, cuci muka dengan menggunakan air sejuk sahaja. Jika sering menggunakan air suam ia hanya menyebabkan kulit wajah semakin kering.

5. Gunakan topeng wajah seminggu sekali untuk merawat kulit wajah. Sebaiknya, topeng muka itu mempunyai bahan yang baik untuk mengekalkan keremajaan kulit seperti kolagen, vitamin C dan E.

6. Bersihkan wajah dengan susu pembersih. Jangan gunakan penyegar yang mengandungi alkohol.

7. Gunakan tuala lembab untuk mengeringkan wajah setelah membersihkannya.

www.bustle.com

9. Selesai dengan langkah-langkah di atas, jangan lupa untuk menyapu vitamin E. Kandungan asid lemaknya sangat baik untuk kesihatan kulit.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Sep 2021

Transformasi TV9 Dengan Wajah Baru, #JanjiHappy Bakal Curi Perhatian Penonton

Saluran televisyen, TV9 tampil melakukan transformasi berwajah baru semalam. Menerusi slogan #JanjiHappy, stesen televisyen (TV) milik Media Prima Berhad (MPB) itu kini menjadi saluran hiburan yang menyasarkan penonton segenap lapisan umur bermula dari kanak-kanak hinggalah […]

Featured Tue, 18 Jul 2023

“Pentingnya Guna Tanda Baca” – Terkejut Bila Ditanya Tips Memikat Lelaki, Ini Respons Syifa Melvin

Haa, ingat tu pentingnya tanda baca, kang lain pulak jadinya🤣🤣🤣

Featured Wed, 9 Aug 2023

35 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, ND Lala & Isteri Sah Bercerai

Kita doakan yang baik-baik. moga apa yang dipilih adalah yang terbaik untuk semua pihak💖

Oh Lawa Wed, 10 Jul 2019
Featured Tue, 3 Jul 2018

Filem Epik Yang Paling Dinanti Ramai! Ini 7 Trivia Menarik Tentang Filem Pulang

Penantian peminat seni filem tempatan terhadap filem arahan Kabir Bhatia, Pulang kini bakal terealisasi.