Eat Travel By: Ad Ops December 3, 2018 @ 12:00pm

Apple Pie Adalah Pencuci Mulut Klasik Yang Anda Mesti Cuba Buat Sekurang-Kurangnya Sekali

Jika anda seorang peminat dessert, anda mesti tahu tentang jenis-jenis pencuci mulut yang popular bukan saja dari Malaysia tapi dari seluruh dunia. At least tahu yang basic punya pun jadilah.

Salah satu pencuci mulut yang dah popular sejak berkurun lamanya adalah apple pie atau pai epal. Paling awal, ia telah “dicipta” di England di sekitar kurun ke-14.

Kalau anda pergi ke mana-mana kedai dessert, hidangan apple pie mesti ada kerana menu ini adalah klasik. Makan panas-panas dengan satu scoop ais krim vanila… fuuuh. Sedap wo.

Jika anda suka buat kek atau biskut mahupun muffin, anda sekurang-kurang kena try buat pai epal at least sekali dalam seumur hidup anda.

Yelah, sebelum anda cuba resipi-resipi yang pelik-pelik dan extravaganza, cuba yang basic dulu. 

Di bawah ini kami sediakan resipi pai epal yang ringkas untuk anda ikuti. 

Bahan-Bahan

1. Dough

  • 2 ½ cawan tepung serba guna
  • 1 sudu kecil garam
  • 170 gram mentega, sejuk dan dipotong kiub
  • 4-8 sudu besar air sejuk

2. Filling

  • 1 kg epal Granny Smith
  • ¾ cawan gula
  • 2 sudu besar tepung serba guna
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
  • ¼ sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg)
  • ½ biji lemon
  • 1 biji telur, dipukul
  • 1 sudu besar gula
  • Ais krim perisa vanila

Cara Penyediaan

  1. Untuk membuat dough, dalam mangkuk sederhana, masukkan tepung dan garam. Gaulkan dengan garfu hingga sebati.
  2. Tambahkan mentega berbentuk kiub, gaul lagi dan hancurkan gumpalan tepung dengan garfu hingga gumpalan menjadi saiz kacang pea.
  3. Sedikit demi sedikit, tuangkan air sejuk sambil menggaul dough hingga ia bergabung. Anda mungkin tak perlukan kesemua air itu tapi jika dough anda terlalu kering, tambahkan sedikit lagi air. Dough itu tak sepatutnya menjadi melekit.
  4. Uli dough itu dengan tangan dan alihkan ke permukaan rata. Uli menjadi bentuk bola dan cover dengan plastic wrap. Simpan di dalam peti sejuk.
  5. Untuk membuat filling pula, buangkan kulit epal dan buangkan bahagian tengah. Hiris.
  6. Dalam mangkuk, letakkan kepingan epal, gula, tepung, garam, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan jus daripada lemon.
  7. Gaul hingga sebati dan kesemua kepingan epal dan disaluti. Letakkan di dalam peti sejuk
  8. Panaskan oven ke 200°C.
  9. Di atas permukaan yang ditaburkan tepung, potong dough tadi menjadi dua bahagian dan uli setiap satu hingga menjadi 3mm tebal dengan dengan rolling pin (kayu penggelek).
  10. Gulungkan salah satunya pada kayu tadi dan buka gulungan itu ke atas pinggan pie. Pastikan saiznya cukup besar supaya ia mencapai di tepi-tepi bahagian pinggan itu. Trim jika perlu.
  11. Tuangkan filling epal dan ratakan ke bawah. Letakkan satu lagi keping dough ke atasnya (dengan menggunakan teknik nombor 10).
  12. Trim di bahagian tepi dan cubit-cubit supaya kedua-dua keping dough melekat dan tidak berlubang.
  13. Sapukan telur hancur ke atas pie dan taburkan gula di atasnya.
  14. Potong 4 garisan pendek di atas permukaan pie untuk hasilkan lubang pengudaraan.
  15. Bakar pie selama 50-60 minit atau hingga kulit pie itu menjadi perang keemasan dan tiada pastri mentah yang tinggal.
  16. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum memotong. Makan dengan ais krim vanila.

Selamat mencuba!

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Nov 2022
Featured Wed, 25 May 2022

Suasana Upacara Pemakaman Tangmo Nida Pilu, Teman Lelaki Hadir Bawa Kucing Kesayangan

Selamat jalan, Tangmo… semoga keadilan terbukti untukmu 😭

Eat Travel Sun, 4 Nov 2018

India Telah Bangunkan Patung Statue Tertinggi Di Dunia, Iaitu Dengan Ketinggian 182 Meter!

Katanya ia dua kali lebih tinggi daripada Statue Of Liberty.

Drama Tue, 16 May 2023
familuv Wed, 21 Aug 2019

Bolehkah betik menyebabkan keguguran? Ini jawapannya

Bukan semua boleh boleh dimakan ketika hamil.

Events Thu, 21 Apr 2022

Empat Peguam Pemerhati TMJ Dibenarkan Ikuti Kes Perbicaraan #JusticeForBella

Selepas perbincangan diantara Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che Puan Khaleeda bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun pada Selasa, hari ini Mahkamah Sesyen telah membenarkan […]

Acara Tue, 19 Nov 2019

Dekorasi kreatif serikan sajian perayaan Hari Natal Hilton PJ

Aneka hidangan tradisi menanti pengunjung