Featured By: Yanie Baharom March 26, 2020 @ 4:00pm

Asyik masak hari-hari, ini petua untuk rumah kekal bersih lebih lama dan wangi sentiasa

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Sewaktu hal ini diumumkan Perdana Menteri Tan Sei Muhyiddin Yassin, semalam, penulis membayangkan bagaimana agaknya untuk mendepani keadaan ini untuk tempoh dua minggu lagi. Sekarang inipun sudah tahap ‘tepu’, namun kita semua tidak punya pilihan kerana. PKP satu-satunya cara untuk melumpuhkan wabak COVID-19.

Mujurlah di rumah tetap sibuk sebagaimana di pejabat, kerana setiap hari pasukan Hijab & Heels terikat dengan penerbitan artikel bagi memastikan pembaca terus diberikan informasi terkini. 

Memilih topik aktiviti bersama keluarga memandangkan terlalu banyak masa terluang ketika ini, mungkin perkongsian ini dapat mengeratkan lagi hubungan suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak. Selain mewujudkan suasana nyaman dan segar di rumah.

Foto: Udemy

Sepanjang tempoh PKP ini, aktiviti yang paling gemar dilakukan rakyat Malaysia adalah memasak. Suami pun berlawan-lawan dengan isteri tunjuk skil terpendam mereka.

Tetapi jika pandai masak sahaja, dapur dibiarkan tunggang-langgang, lantai berminyak dan rumah berbau, tak baguslah begitu!

Oleh itu, hari ini Hijab & Heels ingin berkongsi tip untuk memastikan rumah kekal bersih dan wangi.

Ajak anak-anak lakukan aktiviti ini bersama, jangan asyik main permainandalam talian dan makan saja!

Foto: Parents

Petua rumah kekal wangi:

Petua ini bukan saja mudah tetapi  mampu membuatkan rumah bersih dan wangi dalam tempoh yang lebih lama.

1. Habuk tidak melekat pada perabot

Bahan-Bahan:

1 penutup pelembut fabrik

10 cawan air

Caranya: Bancuh kedua-dua bahan ini hingga sebati kemudian lap pada semua perabot kesayangan anda.

Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk, malah rumah juga berbau lebih harum.

Foto: Callks

2. Kilatkan lantai

Lantai melekit memang buat kita rasa tidak selesa lebih-lebih lagi selepas proses memasak selesai.

Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

Bahan-bahan:

1 penutup pencuci lantai

Cuka

Air panas

Caranya: Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop lantai.

Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin.

3. Wangikan rumah

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:

1 penutup pelembut fabrik

Cuka

Caranya: Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih.

Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4. Segarkan bilik air

Bahan-Bahan:

1 sudu kecil teh soda bikarbonat

1 sudu teh cuka

1 cawan air

Caranya: Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Wah harum dan bersihnya rumah, jom cuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 31 Mar 2022
Featured Wed, 26 Oct 2022

[VIDEO] Pertama Kali ‘Shooting’, Mira Filzah Syukur Anak Tak “Cranky’ – “Good Boy Mama, Suka Senyum!”

Sukanya min tengok senyuman Amir ni! Manis sangat, saling tak tumpah wajah Mira ☺️ Lepas ni jadi pelakon cilik la Amir hihii

Featured Wed, 29 Sep 2021
Featured Tue, 7 Feb 2023
Featured Mon, 11 Apr 2022
Featured Wed, 17 Aug 2022

Telan 12 Kapsul Ketum Dua Kali Sehari, Seorang Lelaki Masuk ICU

Bahaya ya penggunaan ketum ni.. Semoga diberikan kesembuhan buatnya.

Featured Thu, 25 Nov 2021

Polis Siasat Insiden Lelaki Nyaris Digilis Lori Kontena Ketika Isi Angin Tayar Motosikal

Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian membabitkan seorang lelaki yang hampir digilis sebuah lori kontena di pekarangan sebuah stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman pada pagi Rabu. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner […]