Featured By: tex_admin November 18, 2018 @ 5:00pm

Atasi Masalah Wajah Yang Berjerawat Dengan Buah Strawberi

Anda penggemar buah strawberi? Kalau suka makan, mungkin selepas ini anda boleh jadikan buah ini sebagai agen untuk merawat kulit wajah yang bermasalah jerawat!

Strawberi memang sedap dimakan, lagi sedap dicicah bersama coklat cair. Memang menjilat jari! Tahukah anda, buah ini sangat bermanfaat untuk pelbagai jenis rawatan kecantikan. Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat pada wajah, anda boleh gunakan strawberi!

Kalau anda nak tahu, strawberi mengandungi Salicylic Acid semulajadi. Biasanya, bahan ini dijumpai dalam pelbagai ubat jerawat. Sebab itulah buah ini sangat baik untuk merawat masalah jerawat di wajah!

Anda hanya perlu membuat masker strawberi secara semula jadi yang boleh membantu mengurangkan jerawat degil. Bukan itu saja, strawberi juga kaya dengan vitamin C yang mengandungi antioksidan yang mampu melawan radikal bebas!

Untuk membuat masker strawberi, anda memerlukan bahan-bahan seperti:

Foto: Steemit

  • Strawberi
  • Lemon

Caranya:

  1. Campurkan kedua-dua bahan ini, kemudian sapukan secara merata pada wajah.
  2. Biarkan selama 10 minit dan bilas wajah menggunakan air suam. Amalkan 2 kali seminggu.

Selamat mencuba!

Sumber: Aliffchannel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Oct 2018
Featured Tue, 6 Dec 2022

Aksi Dua Jejaka Genggam Tangan Di Masjidil Haram Raih Perhatian – “Bila Takut Terpisah Dengan Sahabat”

Pempengaruh, Kimi Keon dan sahabatnya Zafir Karipap tular di media sosial kerana aksi mereka berpegangan tangan semasa mengerjakan ibadah Umrah. @kimikeonjadikanlah kami semua ini sahabat dunia akhirat ya Allah 🥹❤️ ♬ bunyi asal – a.jamil85 […]

Eat Travel Fri, 27 Sep 2019
Featured Sat, 7 Mar 2020

4 cara mudah lindungi diri daripada penyakit

Ketahui apa yang boleh dan perlu

Featured Wed, 23 Nov 2022