Featured By: tex_admin December 2, 2019 @ 11:27am

Atlet bina badan wanita ini berkongsi cara dapat tubuh badan yang ideal!

Oleh Amnan Hibrahim

Bentuk badan yang ideal adalah idaman setiap wanita, namun tidak mudah untuk memperoleh bentuk badan menawan lebih-lebih lagi selepas melahirkan cahaya mata. 

Ada wanita yang bertuah kerana dilahirkan dengan bentuk badan yang cantik, malah tidak bermasalah untuk kembali pada bentuk badan asal selepas bersalin.

Selain menjaga pemakanan, senaman berkala antara yang disarankan bagi wanita yang mengimpikan bentuk badan ideal. 

Sebenarnya, anda hanya memerlukan tiga langkah mudah sahaja untuk memperoleh bentuk badan idaman seperti yang dikongsikan oleh atlet bina badan negara yang juga jurulatih kecergasan, Jacqie Tan.

Atlet bina badan negara, Jacqie Tan menunjukkan cara bersenam yang dapat membantu wanita memperoleh bentuk badan menawan. NSTP/MOHD YUSNI ARIFFIN.

1. Rutin jalan kaki pada waktu pagi

Senaman pertama yang disarankan oleh Jacqie bagi wanita yang ingin mencapai bentuk badan yang ideal adalah dengan melakukan aktiviti berjalan kaki selepas bangun pagi.

Hal ini pastinya menjadi sesuatu yang mencabar bagi kebanyakan wanita kerana lazimnya seseorang yang baru bangun tidur pastinya akan merasa lapar dan lemah untuk melakukan aktiviti senaman. Oleh itu, adalah menjadi kelaziman apabila seseorang itu akan terus mendapatkan makanan sejurus bangun daripada tidur.

Dengan memaksa badan untuk menggunakan sepenuh tenaga ketika aktiviti jalan kaki, seseorang individu itu mampu mengaktifkan tenaga semula jadi di dalam tubuh badan mereka. Gambar hiasan/Sumber: www.healthy-magazine.co.uk

Jacqie berkata, perkara berkenaan boleh dielakkan kerana badan seseorang itu secara semula jadi memiliki simpanan tenaga yang dinamakan glikogen, justeru mustahil untuk seseorang itu kebuluran dalam masa setengah jam selepas bangun tidur.

“Apa yang lebih menarik, aktiviti berjalan kaki pada awal pagi mampu memaksa badan seseorang itu mencari punca lemak untuk ditukarkan kepada tenaga yang membantu badan bagi melakukan sebarang aktiviti.

“Tetapi perkara ini tidak akan berlaku sekiranya seseorang itu hanya berjalan kaki dengan berlenggang-lenggok. Untuk hasil yang positif, aktiviti berjalan kaki pada waktu pagi perlu dilakukan dengan sepenuh tenaga,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran makanan tambahan khusus untuk sukan, BioTechUSA di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Produk berkenaan diedarkan di Malaysia oleh MuscleManiaClub, yang terkenal sebagai pengedar pelbagai makanan tambahan dan berkhasiat premium.

Bagi yang masih merasakan mereka memerlukan makanan sebelum memulakan aktiviti, Jacqie menyarankan agar mereka mengambil buah-buahan dan juga minuman yang mengandungi kafein untuk sarapan ringkas mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingin Perut Kempis Tanpa Bersenam? Ini Petuanya!

2. Pergi ke gimnasium sahaja tidak cukup

Pada masa kini, gimnasium adalah antara tempat yang menjadi kegemaran seseorang yang mahu mendapatkan bentuk badan diingini. Namun begitu, Jacqie mendapati ramai wanita yang baru hendak mula berkunjung ke gimnasium mengabaikan suatu langkah penting iaitu mendapatkan jurulatih.

Jacqie berkata, dengan kehadiran jurulatih, seseorang individu itu akan ditunjukkan cara melakukan senanam yang betul dari awal sehingga akhir.

Dengan panduan jurulatih, seseorang individu dapat mengelakkan diri daripada sebarang kecederaan akibat daripada teknik senaman yang salah. Gambar hiasan/NSTP/MOHD YUSNI ARIFFIN

“Teknik yang betul sangat penting dalam senaman kerana bukan sahaja dapat membantu seseorang itu mencapai matlamatnya dan mengurangkan risiko kekecewaan jika mendapati berat badan tidak turun, tetapi juga mengelakkan daripada kecederaan.

“Akibat kecederaan yang dialami, seseorang itu akan mula mempersoalkan tujuan mereka melakukan aktiviti berkenaan dan mula berfikir untuk berhenti. Ini adalah kelaziman yang berlaku untuk wanita yang baru hendak mula melakukan senaman di gim,” katanya.

Kehadiran jurulatih wanita dan persekitaran yang mesra muslimah tentunya amat penting bagi seseorang wanita yang beragam Islam. Ketika ini ada beberapa gimnasium yang direka khas untuk wanita, antaranya KOA Fitness.

Bagi yang tidak berpeluang untuk ke gimnasium, anda boleh melakukan senaman di rumah, namun sebaik-baiknya perlu mendapatkan perundingan dengan jurulatih bertauliah terlebih dulu memperoleh hasil yang diingini.

ARTIKEL BERKAITAN: 6 Teknik Regangan Yoga Mudah Yang Anda Boleh Amalkan Di Pejabat

3. Pemakanan seimbang

Jacqie berkata, untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal, pemakanan seimbang adalah sesuatu yang perlu diambil berat oleh setiap wanita.

Beliau menyarankan jumlah pengambilan makanan yang sederhana bagi wanita yang baru mula berjinak-jinak untuk bersenam.

“Sebagai contoh, segenggam nasi, sayur dan setengah genggam daging adalah kadar yang mencukupi untuk makan tengah hari. Bagi yang menggemari ikan, seekor ikan bersaiz sederhana sudah memadai

“Elakkan mengambil makanan dan minman yang tinggi gula seperti teh tarik dan air bandung pada waktu petang. Kita perlu memikirkan makanan alternatif seperti buah-buahan, sekeping roti dan juga kopi,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Thu, 20 Dec 2018
Acara Fri, 5 Oct 2018

The Strongest Pink Bukti Keprihatinan Sofearose Terhadap Pejuang Kanser

Ini masanya untuk anda tunjukkan tanda sokongan anda kepada kempen Pinktober!

Featured Mon, 27 Feb 2023
Featured Tue, 4 Apr 2023