Featured By: Ad Ops April 23, 2020 @ 11:49am

Awas! Ini kesilapan yang boleh menyebabkan peti sejuk rumah meletup

Peti sejuk adalah antara barangan elektrik yang menjadi satu keperluan wajib untuk dimiliki dalam setiap rumah terutama untuk meletakkan bahan masakan seperti ikan, ayam dan sayur agar tahan lebih lama.

Bagaimanapun tanpa sedar, peti sejuk berpotensi untuk meletup sekiranya terdapat makanan atau bahan yang mudah meruap di dalamnya. Jika tidak ambil tahu dan diabaikan, ia berisiko untuk meletup akibat kecuaian sendiri.

punca peti ais meletup

Kredit gambar: Daily Active

Berikut adalah kesilapan yang sering dilakukan oleh pengguna sehingga boleh mengakibatkan kemalangan atau kecelakaan di rumah.

1. Menyimpan minuman berkarbonat di bahagian sejuk beku

Minuman bergas atau berkarbonat mengandungi banyak gas karbon dioksida. Jika menyimpan minuman berkenaan dalam jangka waktu yang terlalu lama di bahagian sejuk beku, ia boleh menyebabkan tekanan yang tinggi sekali gus meletup di dalam peti sejuk.

punca peti ais meletup

Kredit gambar: Good Times

Menurut seorang ahli fizik dari Universiti Virginia, Louis Bloomfield, air gas yang menjadi sejuk beku akan menjalani proses kristalisasi. Apabila gas karbon dioksida daripada minuman tersebut berada dalam keadaan beku, molekul-molekul gas akan berkumpul di antara ruang mampat di dalam tin, lalu ia akan menjadi semakin mengembang pada tekanan yang amat tinggi. Hal ini kemudiannya boleh menyebabkan tin itu meletup.

2. Menyimpan ais kering di bahagian sejuk beku

Suhu di bahagian sejuk beku kebiasaannya di bawah -30 darjah Celsius. Suhu itu dapat membantu proses pemejalwapan (sublimation) daripada benda padat kepada gas.

punca peti ais meletup

Kredit gambar: Wikipedia

Sekiranya ais kering disimpan di dalam bahagian sejuk beku, penghasilan gas akan menjadi 600 hingga 800 kali lebih besar. Ia boleh menyebabkan ledakan kerana tekanan akibat daripada penghasilan gas yang berlebihan.

3. Menyimpan bahan beralkohol dan mudah beruap di dalam atau berhampiran peti sejuk

Barangan elektrik seperti peti sejuk mudah terbakar walaupun hanya terkena percikan api yang sedikit. Sebaiknya, jauhkan barang atau bahan yang mudah meruap serta mudah terbakar di dalam atau berhampiran peti sejuk.

Barangan elektronik seperti ketuhar gelombang mikro juga tidak sesuai diletakkan di atas peti sejuk kerana ia boleh mengganggu sistem elektroniknya. Elakkan juga meletakkan peti ais berdekatan dengan dapur gas.

4. Menggunakan besi atau benda tajam untuk mengikis ais beku

peti ais meletup

Kredit gambar: Budak Gemuk

Jangan sesekali menggunakan benda yang tajam untuk mengikis ais yang membeku terutama yang menggunakan peti sejuk satu pintu. Peti sejuk menggunakan gas isobutana yang mudah terbakar dan kesilapan ketika mengikis air boleh menyebabkan kebocoran gas yang akhirnya boleh mengakibatkan ledakan atau letupan.

Sebaiknya, ikuti arahan untuk mencairkan ais seperti yang disediakan oleh pengilang barang elektrik berkenaan untuk mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 25 Jun 2019

14 foto taktik pemasaran produk ini pasti buat anda rasa geram

Indah khabar dari rupa! Pernahkah anda menjadi mangsa?

Featured Tue, 16 Aug 2022

Tukar Nama Kepada ‘Azri Alexander’? Azri Iskandar Batal Hasrat Sebab…

Alahai sampai nak tukar nama eh sebab selalu kena kecam 😌 Korang rasa patut ke Azri Iskandar tukar jadi Azri Alexander?

Featured Fri, 9 Sep 2022

“Saya Nak Tenang-Tenang Saja” – Amy Mastura Elak Masuk Pertandingan

Kak Amy ni nampak tenang dan happy je selalu kan..

Featured Tue, 27 Nov 2018
Featured Wed, 15 Apr 2020

Hilangkan parut pembedahan Caesarean dan keloid dengan cara berkesan

Pastikan luka pembedahan dijaga dengan baik

Featured Thu, 12 Jan 2023

‘This Is Ernie Zakri Showcase’ Berjaya Menambat Hati 200 Peminat Bertuah

Kelunakan dan lontaran vokal mantap Ernie memang tak dinafikan power! Looking forward for next concert berskala besar! Axiata kan? Janjiiii 🤣🤪

Featured Fri, 26 May 2023

| Live TV

error: Content is protected !!