Featured By: Yanie Baharom January 29, 2020 @ 11:05am

Bagaikan mayat hidup, mangsa koronavirus di kuarantin dalam ‘keranda’

Belumpun reda dengan berita jangkitan Influenza A yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat dunia, kini timbul pula berita mengenai virus yang lebih dahsyat, iaitu koronavirus (2019-nCov).

Sehingga 22 Januari lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan lebih 500 kes disahkan dijangkiti virus yang dikatakan berasal dari wilayah Wuhan di China itu, manakala di Malaysia setakat ini, empat kes dikesan.

Dalam satu klip berdurasi 15 saat yang dimuat naik di Twitter, baru-baru ini yang dikatakan dirakamkan di Huizhou, wilayah selatan China, memaparkan pesakit koronavirus dimasukkan ke dalam ‘keranda’, sebagai satu proses kuarantin pesakit dan pihak paramedik yang bertugas juga memakai sut lengkap siap bertopeng.

Keranda itu berbentuk tiub plastik yang direka khas bagi menangani penyebaran virus itu dan pesakit yang berada di dalam tiub itu sebenarnya masih hidup.

Pegawai hospital di sekitar bandar Huizhou dikesan mengangkut pesakit koronavirus dalam tiub plastik yang bertutup rapat.

Dalam satu rakaman yang dikeluarkan oleh Radio Free Asia (RFA) Chinese, dua orang pekerja diarahkan untuk membawa pesakit keluar daripada ambulans dan kemudian menolak mereka masuk ke dalam hospital.

Untuk rekod, seramai 20 orang pegawai perubatan China telah dijangkiti wabak berkenaan ketika merawat pesakit.

ARTIKEL BERKAITAN: Hindari Influenza, Ketahui Bagaimana Mengelakkan Diri Daripada Dijangkiti

Foto: Daily Mail

2019-nCoV mula tersebar di Wuhan sejak awal bulan ini apabila pihak berkuasa China melaporkan mengenai satu kejadian kluster radang paru-paru (pneumonia) yang tidak diketahui punca jangkitannya, membabitkan masyarakat tempatan di Wuhan.

Selepas kajian dijalankan, WHO mengesahkan pesakit berkenaan dijangkiti koronavirus baharu yang kemudian dinamakan 2019-nCoV dan dikatakan hampir menyamai wabak sindrom pernafasan akut (SARS). Koronavirus SARS berlaku pada November 2002 sehingga Julai 2003 yang menyebabkan 774 kematian di 17 negara dan seramai 8,098 disahkan dijangkiti koronavirus itu. 

Keadaan yang membimbangkan itu menggesa kerajaan China menutup Wuhan yang menjadi rumah kepada 11 juta penduduk selepas 17 kematian direkodkan dan lebih 500 orang dijangkiti. 

Selain Wuhan, wilayah Guangdong pula menyaksikan 26 orang telah dikesan dijangkiti virus itu yang mana tujuh pesakit diletakkan dalam pemerhatian serius, manakala tiga lagi berada pada tahap kritikal.

Virus berkenaan dikatakan berpunca daripada tabiat masyarakat China yang menggemari makanan eksotik seperti kelawar, buaya, monyet, musang, anjing, ular dan banyak lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui Pemakaian Topeng Muka Yang Betul, Elak Virus Coronavirus Dan Influenza

Pasar Borong Makanan Laut Huanan yang terbesar di Wuhan dilaporkan menjadi tempat pertama virus itu merebak dan kini ditutup bagi membendung penularan virus terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Nov 2018

14 Simptom Lazim Yang Menunjukkan Anda Menghidap Penyakit Kencing Manis

Sesetengah pesakit tak tahu pun mereka menghidap penyakit ini!

Featured Thu, 19 Dec 2019
Featured Wed, 10 Jan 2018

8 Makanan Zero Kalori Untuk Diet

Pernah dengar tentang makanan zero kalori? Jika anda seorang diet junkie, pasti tahu apa yang dimaksudkan dengan makanan zero kalori. Sebenarnya makanan zero kalori ini bukanlah tidak mengandungi kalori sama sekali, tetapi makanan itu mengandungi […]

Featured Wed, 20 Nov 2019

Ketahui rutin jaga kulit Wany Hasrita

Ini rutin mudah untuk kulit sihat

Eat Travel Mon, 6 Jan 2020

Resipi kuih tepung bungkus paling sedap dan mudah

Peminat kuih tradisional wajib cuba!

Featured Fri, 17 Apr 2020

Polis kenal pasti pasangan suami-isteri ‘angkuh’ lolos sekatan jalan raya PKP

Ismail Sabri beri ingatan jangan cuba perdaya pihak berkuasa

Featured Tue, 12 May 2020
Eat Travel Mon, 6 Jul 2020

Pelbagaikan menu dengan Ribena, pasti enak dan lazat

Nikmati kebaikan dalam setiap jus berkhasiat

| Live TV