Eat Travel By: Yanie Baharom May 19, 2020 @ 4:58pm

Bagaikan sebuah karya lukisan, namun 10 lokasi ini benar-benar wujud

Hebatnya alam ciptaan Tuhan, memang tidak terjangkau dek akal fikiran manusia. Tak perlu dirungkai secara terperinci, cukup dengan melihat 10 kejadian alam semula jadi dengan lanskap bagaikan sebuah kanvas, penuh ilusi namun nyata dan benar.

Wujud di muka bumi, tetapi membuatkan fikiran melayang bagaikan berada di planet asing.

10 lokasi disenaraikan, anda pasti kagum dengan keindahannya.

1. Empangan New Croton

Empangan ini hanya terletak kira-kira 22 batu dari New York, namun hanya sedikit yang pernah melihat keajaiban pemandangan empangan ini dengan air mengalir turun dari tebingnya yang kelihatan seperti kabus. Empangan ini dibuka pada 1906 dan merupakan bekalan air utama New York.

2. Geiser Fly, Nevada

Dengan keindahan warna pelanginya yang menawan, geiser yang indah ini tampak tidak ubah seperti peralatan filem fiksyen. Geiser ini tidak pernah disentuh melainkan untuk kerja-kerja menggerudi dan memasukkan pam air.

3. Beachy Head Chalk Cliff, England

Foto: Pixabay

Tebing batu kapur semula jadi yang sangat indah ini dikenali kerana bentuk dan pemandangannya yang seolah-olah terapung di awan. Pantai indah ini merupakan satu daripada tempat paling terkenal di England untuk jurugambar dan pelancong.

4. Pamukkale, Turki

Foto: GoTurkey

Terletak di bahagian tengah Turki, lokasi ajaib ini adalah destinasi pelancongan paling popular di negara itu. Kolam Pamukkale, adalah kolam teres bertingkat yang menakjubkan serta sangat dikenali sebagai kolam terma terapeutik. Walau bagaimanapun, kerajaan Turki kini sedang berusaha keras bagi menyelamatkan keajaiban alam semula jadi ini disebabkan oleh kemasukan pelancong yang berlebihan.

5. Sungai Lima Warna, Colombia

Foto: Teen

Cano Cristales adalah sebuah sungai digelar pelangi cecair kerana warna-warnanya yang cantik dan terang. Warna merah, hijau, biru, kuning dan juga hitam dihasilkan oleh spesies tumbuhan unik yang tumbuh di kedua-dua belah sungai.

6. Lake Sorvasgsvatn, Pulau Faroe, Denmark

Tasik gunung berapi yang menakjubkan ini terletak di atas permukaan laut, tasik Sorvasgsvatn tercipta disebabkan oleh pembentukan geologi yang unik dan kelihatan pulau itu seolah-olah seperti tempat yang digambarkan dalam kisah-kisah dongeng.

7. Air Dasar Laut, Le Morne Brabant, Mauritius

Pelancong di Mauritius selalunya akan menyewa helikopter bagi menyaksikan air terjun yang sangat menakjubkan ini di pantai pulau itu. Arus yang mengalir ke dalam jurang yang sangat dalam mencipta ilusi ajaib air yang mengalir ke kedalaman.

8. Gua Ais berdekatan Gunung Berapi Mutnovsky, Rusia

Foto: Buhamster

Gabungan ais beku dan asas gunung berapi hangat telah mencipta satu lapisan menakjubkan yang menyerupai gelombang lautan. Berubah pada warna biru permata ketika cahaya matahari memancar pada ais, gua ini sememangnya kelihatan seperti landskap dunia makhluk asing.

9. Sungai Pokok, Iceland

Foto: Buhamster

Iceland terkenal kerana terdapat banyak kehebatan alam semula jadinya. Sungai pokok menyerupai cabang dan ranting pokok gergasi yang mengalir ke laut. Rupa bentuk ini disebabkan oleh sejenis tanah liat khas yang bertukar menjadi coklat dan likat apabila larut ke dalam air. Kerana air lebih berat daripada air laut, ia membentuk anak-anak sungai yang menakjubkan menyerupai pokok.

10. Reflection Canyon, Utah, USA

Foto: Pandotrip

Utah menawarkan beberapa pemandangan paling menakjubkan di dunia. Reflection Canyon merupakan sebutir permata. Di sepanjang 22.2km, lokasi ini adalah landskap yang cantik dengan pemandangan yang berwarna-warni, ngarai ini cantik terukir dengan imejnya terpantul dalam air yang bersih. Lokasi ini juga mempunyai satu laluan pelancongan yang paling berbahaya di negara ini. Tidak ada jalan raya, jadi akses hanya dengan bot atau helikopter.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 24 Sep 2022
Eat Travel Thu, 2 Apr 2020
Featured Thu, 8 Sep 2022

Isu Dedah Gangguan Seksual Secara Umum, Puteri Balqis Selar Azhar Sulaiman

Aku lebih rela menjadi anak pengutip sampah yang berilmu, dari menjadi orang kekaya yang dungu – Puteri Balqis

Featured Mon, 17 Oct 2022
Featured Thu, 29 Sep 2022

Viral Video Nora Danish Didakwa Sengaja Tayang Badan, Ramai Lelaki Gatal Tinggalkan Komen L*cah

Aik Min tengok elok je baju Nora Danish, mata korang ni keranjang sangat 🤪🤪