Featured By: Ad Ops February 20, 2020 @ 2:55pm

Bahaya serangan jantung, ketahui tanda-tanda sakit jantung sebelum terlambat

Kematian pelakon Ashraf Sinclair pada 18 Februari lalu ternyata mengejutkan industri seni Malaysia dan juga Indonesia. Suami kepada penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari itu meninggal dunia pada usia 40 tahun akibat serangan jantung.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung

Kebiasaannya kita mendengar masalah jantung berkait rapat dengan tabiat atau gaya hidup yang tidak sihat seperti pengambilan makanan, merokok atau kurang bersenam.

Hakikatnya, serangan sakit jantung tidak mengenal usia dan boleh berlaku pada bila-bila masa dengan menyebabkan komplikasi seperti kegagalan fungsi jantung sebelum akhirnya kematian.

Menurut Pakar Kardiologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Mohd Kamal Mohd Arshad menerusi perkongsiannya di Berita Harian berkata, individu aktif bersukan juga tidak dapat menjamin serangan jantung sekiranya tiada pencegahan menangani punca penyakit berkenaan.

“Ada sesetengah individu rajin bersukan dan bersenam, tetapi tidak tahu mereka mempunyai kadar gula tinggi dalam darah, tekanan darah atau kolesterol tinggi kerana tidak pernah menjalani pemeriksaan.

tanda-tanda serangan jantung

Kredit gambar: Gospel Crusader

“Kesannya dalam diam mereka mengalami komplikasi akibatnya termasuk serangan jantung secara tiba-tiba yang membawa maut,” katanya.

Dr Mohd Kamal turut menyarankan individu berusia 30 tahun ke atas terutama yang mempunyai sejarah serangan jantung dalam kalangan keluarga terutama ibu bapa agar menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setiap tahun bagi mengurangkan risiko yang memudaratkan.

Berikut merupakan tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa seseorang itu mempunyai masalah jantung yang dikongsi di Facebook Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar DBKL.

1. Jika seseorang mengalami tanda-tanda seperti lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit, berkemungkinan jantung mereka mempunyai masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.

2. Jika berasa kebas di tangan kiri dan juga lengan serta sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri, ada kemungkinan seseorang itu akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)

3. Lidah berasa tegang dan pendek.

4. Rasa seronok, teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.

5. Rasa sakit pada dada (ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.

6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang.

7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh atau rasa pedih.

8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.

Kredit gambar: Gospel Crusader

Kredit gambar: Freepik

9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.

10. Rasa keletihan sepanjang masa.

11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.

12. Degupan jantung tidak menentu.

13. Nafas terasa pendek.

tanda-tanda serangan jantung

Kredit gambar: Medical News Today

14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.

15. Bahagian tertentu seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen kelihatan membengkak.

16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.

Sehubungan itu, jika anda mengalami tanda-tanda di atas, segera lakukan pemerikasaan doktor kerana kepantasan anda mendapatkan rawatan mampu menyelamatkan nyawa anda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Mar 2022

‘Sumpahan Salju’ Inspirasi Kisah Snow White, Uniknya Melodi Lagu Baru Ara Johari… Siap Pegang 3 Watak Lagi!

Cantik MV Sumpahan Salju lagu baru Ara Johari! 😍 Inspirasi daripada kisah dongeng Snow White, fuh menarik ni!

Featured Wed, 13 Sep 2023
Featured Wed, 5 Oct 2022

Bakal Buat Penonton Imbau Kenangan P. Ramlee & Saloma, TVS Lancar ‘Getaran Jiwa’

Getaran jiwa…. melanda hatiku, tersusun nada irama dan lagu

Featured Tue, 5 Oct 2021

Didakwa 4 Tahun Bergelumang Sindiket Dadah, Shah Rukh Khan Sanggup Upah Peguam Paling Mahal Bela Anak

Pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan dilaporkan menggunakan khidmat seorang peguam termahal di Bollywood iaitu Satish Maneshinde bagi membela kes penyeludupan dadah melibatkan anak lelakinya, Aryan Khan. Semalam, media tempatan melaporkan Aryan dihadapkan ke sebuah […]

Eat Travel Sun, 25 Nov 2018

Resipi Cream Puff Paling Senang Nak Buat. Yang Penting Sedap!

Anda pasti makan berbiji-biji cream puff ini. Sedap gila!

Featured Tue, 19 Dec 2023
Featured Wed, 16 Nov 2022

Ramai Cemburu Lihat Daiyan Trisha Bergambar Bersama Pelakon Thailand – “Tutorial How To Be Daiyan…”

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mengundang rasa cemburu dalam kalangan peminat apabila berkongsi gambar bersama pelakon popular Thailand, Gulf Kanawut. Terbaharu, sebuah perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok Daiyan telah berjaya meraih perhatian ramai […]

Featured Wed, 18 Mar 2020

Telekung bertangan mudahkan wanita jalani pelbagai aktiviti

Hijabista pasti perlukan persalinan sebegini

Featured Tue, 30 Oct 2018

Anak Ini Kongsi Kisah Bapanya Dapat Ijazah Pada Umur 69 Tahun

Bapa ini mempunyai 5 orang anak dan 12 orang cucu.