Featured By: Shaidah Shafie March 21, 2020 @ 2:23pm

Baju kurung dan abaya tetap bergaya merentas masa

Ramadan bakal menjengah tiba, pasti ada antara kita sudah mula membuat persiapan sedikit demi sedikit agar tidak terkejar-kejar terutama dalam menyediakan persalinan yang bakal digayakan pada Aidilfitri kelak.

Seperti kelaziman, baju kurung antara helaian wajib ada bagi setiap wanita di Malaysia, malah tidak sempurna sekiranya tidak mengenakan baju kurung pada pagi Syawal nanti.

Butik ByBintu yang terletak di Bandar Baru Bangi menyediakan pelbagai baju kurung dengan identiti sendiri yang direka bagi memenuhi pelbagai cita rasa masyarakat kota.

Bintu Rasyada (kiri) bersama pelanggan yang datang ke ByBintu. Foto: @bintu_rasyada

Pemilik ByBintu, Bintu Rasyada Abdul Rahman, berkata kebanyakan helaian baju kurung yang ditawarkan mempunyai keistimewaan bersifat peribadi kerana dihasilkan dalam jumlah yang sedikit.

“Kami menyediakan setiap helaian daripada fabrik terpilih dan bermutu, serta ditawarkan pada harga berpatutan.

“Saya katakan rekaan eksklusif kerana setiap potongan terhad untuk beberapa pasang sahaja dan pemakainya akan rasa selesa kerana seolah-olah dihasilkan untuk anda sahaja dan bukan orang lain,” katanya ketika ditemui di butiknya, baru-baru ini.

ByBintu mula beroperasi sejak dua tahun lalu selepas Bintu Rasyada yang sebelum ini menetap di Asia Barat, pulang ke tanah air bersama keluarga.

Beliau yang mendapat ilham daripada persalinan wanita di rantau berkenaan, menghasilkan rekaan abaya dengan suntikan tempatan.

Bagi rekaan baju kurung pula, Bintu memberi penekanan pada ciri kemasan yang indah dan halus jahitannya.

 

Abaya moden yang sesuai dipakai untuk semua acara ada ditawarkan di ByBintu. Foto: ByBintu.

Katanya, selain menawarkan persalinan wanita yang lengkap seperti tudung, abaya, blaus, seluar dan skirt, ByBintu juga ada menyediakan aksesori termasuklah koleksi pakaian untuk kanak-kanak.

“ByBintu umpama pusat fesyen sehenti di bawah satu bumbung untuk wanita yang ingin mencari persalinan dan aksesori. Mereka tidak perlu pergi banyak tempat untuk mencari keperluan diri kerana kami ada menyediakannya.

“Kini kami sudah mula menyediakan fesyen untuk praraya dan sasaran kami adalah wanita yang mahu tampil sopan dan bergaya dalam setiap langkah dengan penampilan yang anggun,” katanya.

Abaya berperincian ringkas tetap menawan untuk digayakan. Foto: ByBintu,

ByBintu juga menawarkan abaya dan jubah yang didatangkan khas dari Dubai, sesuai digayakan pada bila–bila masa mahupun keraian. Selain menjual pakaian, ByBintu juga menawarkan perkhidmatan ubah suai saiz kepada pelanggan.

Harga ditawarkan di butik itu serendah RM30 hingga RM259 bergantung pada jenis produk, manakala baju kurung kebanyakannya bermula pada harga RM100.

Pelanggan juga boleh membeli produk yang disediakan di butik itu menerusi dalam talian dengan melihat katalog yang disediakan dalam Instagram @bybintu

Potongan lurus begini buat pemakai selesa bergaya. Foto: ByBintu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 May 2019
Featured Tue, 11 Jun 2019

Tiada selera makan dan cirit-birit, ketahui tanda jangkitan kuman pada paru-paru

Kematian misteri Orang Asli Kuala Koh menggemparkan negara

Oh Lawa Wed, 21 Nov 2018

Aksesori Hidung Ini Memang Cantik & Unik. Sesuai Untuk Anda Yang Berhidung Pesek!

Rekaan aksesori ini diinspirasikan melalui keindahan pelbagai suku kaum. 

Events Tue, 1 Nov 2022

Media Prima Menang Besar di ASA 2022! Raih 16 Anugerah, Termasuk 2 Anugerah Utama Drama TV Terbaik & Juri Khas

Media Prima bolot dua anugerah utama menerusi Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) pada hujung minggu lalu. Drama berjudul Pencipta Pegang Waktu diiktirafkan sebagai Drama TV

Oh Lawa Fri, 9 Nov 2018

Choose The Right Wedding Dress For Your Body, Barulah Perfecto!

Ladies, bukan busana pengantin yang mahal kamu perlukan. Akan tetapi potongan yang sesuai bentuk tubuhmu.

Featured Thu, 11 Aug 2022

Berpeluang Rasai Kemanisan Ibadah Dalam Lokap, Niezam Zaidi Ingin Lupa Detik Gelap – “Saya Reda.. Seribu Mengecam, Seribu Lagi…”

Niezam menyatakan kemanisan beribadah adalah saat paling indah sepanjang 29 tahun bernafas di muka bumi ini

| Live TV

error: Content is protected !!