Featured By: Ad Ops April 26, 2018 @ 1:00pm

Baru Umur 6 Tahun, Anak Beyoncé Sudah Ada Stylist Dan Personal Shopper Sendiri!

Bila kita berumur 6 tahun dulu, kita pakai saja apa yang ibu atau ayah kita suruh pakai bila nak keluar jalan-jalan.

Tapi anak penyanyi terkenal dunia, Beyoncé, iaitu Blue Ivy Carter, bukan budak kecil biasa macam kita dulu.

Besar kemungkinan baju-baju yang dia pernah pakai boleh kalahkan semua baju tercantik milik kita (orang dewasa yang berkali-kali ganda usianya).

Haih, tak apalah, dia kan anak selebriti? Dan sebab itulah dia mampu untuk ada stylist sendiri!

Menurut WWD, Manuel A. Mendez telah ditugaskan untuk menggayakan fesyen Blue Ivy apabila dia menghadiri acara-acara terkemuka bersama ibu atau bapanya, Jay-Z.

Bukan itu saja, Manuel juga adalah personal shoppernya! Wah! Bertuah betul budak kecil ini!

Sebelum ini, lelaki ini merupakan salah seorang pembantu peribadi Beyonce sejak 2009, jadi penyanyi mesti percayakan taste lelaki ini.

Salah satu “hasil kerja” Manuel yang paling menarik perhatian ramai ialah outfit Blue Ivy ketika dia menghadiri Wearable Art Gala bulan lepas.

Kecil-kecil cili padi, tapi kerana outfit emas lip-lap yang dipakainya memang membuatkan budak ini terserlah di mata pengunjung. 

 

A post shared by Beylite (@beylite) on

 

A post shared by Beyoncé (@beyonce) on

Di acara ini jugalah Blue Ivy telah membida US$19,000 untuk sesuatu objek seni walaupun Jay-Z sudah menghalangnya. Kalau dia nak sesuatu, dia mesti dapatkannya!

Manuel juga telah menyediakan tuxedo pantsuit oleh Valery Kovalska (dibuat khas untuk disesuaikan dengan badan kecil Blue Ivy) untuk dipakai ke acara Grammy Awards tahun ini.

Foto: Getty

Selain itu, Manuel juga telah memakaikan Blue Ivy dengan dress oleh Billie Blush (juga custom-made), collar oleh Raimana Cowan, serta kasut oleh Aquazzura untuk penampilannya di dalam video muzik Family Feud oleh Jay-Z.

Kesemuanya memang tak nampak macam pakaian yang budak-budak umur 6 tahun lain yang pakai. Beruntung betul!

Tak pastilah bila Manuel mula bekerja sebagai stylist Blue Ivy. Mungkin lepas ini dia akan menggayakan fesyen adik-adik kembar Blue Ivy (Rumi dan Sir Carter) pula.

Kita tunggu dan lihat.

Sumber: Marie Claire

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Apr 2020
Featured Wed, 8 Dec 2021

Pihak Pengurusan Tak Mahu Fat Amy Turunkan Berat Badan

Pelakon komedi yang terkenal dengan watak Fat Amy, Rebel Wilson, 41, memberitahu pihak pengurusan tidak begitu menyokong keputusannya untuk mengurangkan berat badan. Rebel mendedahkan perkara terbabit menerusi satu sesi temu duga di BBC Breakfast, baru-baru

Featured Tue, 9 Feb 2021
Featured Tue, 17 Jan 2023

Lucu! Ada Duda Meminati Syafiqa Melvin, Syatilla Melvin Teruja Nak Tolong Adjust

Umum mengetahui, keluarga The Melvins sering mencuit hati penonton dengan gelagat lucu mereka menerusi siaran langsung. Terbaharu, rakaman siaran langsung keluarga tersebut telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok bernama @bonnorhidayah dan ia berjaya

Featured Wed, 17 Jul 2019

ANAS Cosmetics kini boleh didapati di Sasa

Setiap koleksinya sesuai untuk kulit wanita Asia!

Events Thu, 23 Jun 2022
Oh Lawa Mon, 11 Feb 2019

Miley Cyrus tampil bersahaja ke Grammy Awards, tetapi kasutnya memang luar biasa!

Kasut juga boleh tambahkan seri kepada penampilan anda.

Featured Fri, 7 Apr 2023
Featured Fri, 21 Oct 2022

“Anak Bertuah Orang Suruh Belajar, Dia Pergi Petik Taugeh” – Gelagat Comel Jebat Jayden Curi Tumpuan

Anak kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sering tular disebabkan telatahnya yang sering menjadi perhatian ramai. Baru-baru ini, tular satu rakaman yang dimuat naik oleh Nabila di akaun TikTok. Dalam video tersebut,

| Live TV

error: Content is protected !!