Featured By: Shaidah Shafie March 20, 2020 @ 5:34pm

Basuh tangan atau sapu cecair pembasmi kuman?

Seluruh dunia bersiap siaga memerangi COVID-19 dengan melakukan pelbagai tindakan untuk menghentikan penularan wabak yang sudah mengorbankan lebih 8,000 mangsa di seluruh dunia.

Di Malaysia pula, sehingga kini 900 kes dicatat dengan 823 pesakit masih dirawat dan 75 sudah dibenarkan keluar hospital serta kematian kekal pada jumlah dua orang.

Sebagai anggota masyarakat, apa yang boleh dilakukan adalah untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada di rumah sepanjang perintah dilaksanakan, selain memastikan jarak satu meter apabila duduk dalam kalangan keluarga.

Meskipun tampak remeh, tindakan berkenaan berupaya membendung penularan wabak COVID-19 seperti yang berlaku di China.

Dr Ramanathan Gnanasekaran ketika bertugas di hospital. Foto: Dr Ramanathan Gnanasekaran.

Pegawai Perubatan hospital swasta di Petaliling Jaya, Dr Ramanathan Gnanasekaran, berkata antara perkara lain yang boleh dilakukan oleh anggota masyarakat adalah mengamalkan sikap mengutamakan kebersihan.

“Perkara ini sudah sangat kerap diperkatakan, namun mungkin ada antara kita tidak begitu jelas mengenai fungsi membasuh tangan dan menggunakan cecair pembasmi kuman.

“Kedua-duanya sangat mudah untuk dilakukan, tapi kebaikan daripada dua langkah berkenaan adalah berbeza antara satu sama lain,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Cecair pembasmi kuman mudah dibawa ke mana-mana, sediakan satu di dalam tas tangan – gambar hiasan. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Kini, di mana-mana sahaja seperti di pejabat, restoran, bank mahupun pusat beli-belah disediakan cecair pembasmi kuman untuk pengunjung menggunakannya.

Selain itu, kebanyakan masyarakat khususnya wanita menyimpan cecair pembasmi kuman di dalam tas tangan atau di dalam kereta sebagai langkah berjaga-jaga.

Dr Ramanathan berkata, penggunaan cecair pembasmi kuman adalah tindakan bersifat sementara, manakala membasuh tangan adalah tindakan yang lebih baik dilakukan oleh masyarakat.

“Kita faham untuk membasuh tangan memerlukan air dan sabun, tapi penggunaan cecair pembasmi kuman hanya memerlukan kita menuang sedikit ke tapak dan belakang tangan.

“Bagaimanapun, membasuh tangan dengan sabun sehingga bersih adalah lebih baik kerana sahih tangan bersih daripada bakteria mahupun kuman, tapi dengan hanya menyapu cecair pembasmi kuman penggunaannya mungkin tidak rata seperti di celah kuku atau jari,” katanya.

Sehubungan itu, jika berpeluang untuk membasuh tangan, lakukannya dan pada masa sama turut bersedia dengan cecair pembasmi kuman.

DIY hand sanitizer

Cecair pembasmi kuman boleh digunakan untuk membasmi kuman pada kadar sementara. Kredit gambar: A BOB List

Hijab & Heels kongsikan panduan mudah untuk memelihara tangan agar bersih dan tidak terjejas dengan penggunaan cecair pembasmi kuman.

# Cecair pembasmi kuman mengandungi kandungan ethanol yang dibenarkan penggunaannya, namun ada sesetengah kulit akan mengalami alahan dengan bahan berkenaan.

# Selepas menggunakan cecair itu, oles sedikit krim pelembap pada tangan, ia menjadikan kulit tangan lembap dan terhindar daripada kerosakan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Mon, 3 Oct 2022
Acara Fri, 19 Jun 2020

Dapatkan Huawei MatePad Pro hanya pada harga RM2,898 sempena Karnival  Huawei AppGallery

Ringan, kecil dan pelbagai spesfikasi berteknologi tinggi

Featured Tue, 11 Jan 2022

Selamat Ulang Tahun! Rai Hari Jadi Siti Nurhaliza Bersama Stesen Radio Tempatan

Hari ini, 11 Januari merupakan hari ulang tahun penyanyi tanah air kesayangan Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ke-43. Bersempena dengan hari jadi Siti, beberapa stesen radio tempatan seperti Hot FM, Cats FM, Gegar, ERA, […]

Featured Tue, 8 Nov 2022

[VIDEO] Sajat Dedah Sebab Tak Boleh Balik Malaysia – “Selagi Belum Dapat Pengampunan Dari…”

Mana dah pernah jumpa dekat expo, itulah last pertemuan kita – Sajat 🥺🥺

Featured Thu, 4 Apr 2024

Aliff Aziz Lebih 8 Kali Ke Pavillion Suites, Bella Astillah Dedah Bukti Ruhainies Berbohong -“Waktu Tu Mereka Ada Bersama”

Allahuakbar! Geramnyaaaa dengar bila Bella cakap Ruhainies buat-buat terkejut😡😡😡

Featured Sat, 4 Feb 2023
Featured Wed, 5 Apr 2023
Sihat Mon, 10 Dec 2018